Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KITA KETURUNAN KUNTA KINTE?

Akhirnya saya dapat mengumpul tenaga untuk menulis semula setelah reda rasa marah dan terkejut yang amat sangat kerana melihat betapa keji dan hinanya manusia sehingga sanggup mengangkat FITNAH itu sebagai suatu KEBENARAN dan KEBENARAN itu dianggapnya suatu FITNAH.

Maka benarlah kata orang bijak-pandai...Dalam kumpulan haiwan tidak ada manusia..Tetapi dalam kumpulan manusia terdapat banyak haiwan!! Dan rentetan peristiwa yang berlaku sesudah Sepetember 1998 telah membuktikan dengan nyata akan ungkapan itu.

Memang seperti dijangka, keadilan mahkamah di bumi ini sudah mati  sudah tunduk sujud dikaki si bangsat tua itu. Semua rakyat tahu dan seluruh dunia juga tahu.

Hari Selasa 8 Ogos 2000, hari di mana prinsip dan kebenaran berkubur. Seluruh Badan Kehakiman telah melacurkan dirinya dihadapan warga dunia tanpa sedikit pun ada rasa segan dan silu. Bumi Malaysia hari ini seperti dicengkam suatu kuasa kejahatan...dimana Dajjal menjadi raja. Hari ini juga manusia yang bernama Ariffin Jaka dan sekutunya adalah menusia yang DAYUS dan keturunan mereka tidak boleh dibiarkan subur dinegara ini. Kerana BAKA yang tidak baik itu akan menyusah dan memalu serta membawa sial kepada bangsa dan negara. Hari ini juga mereka sudah kita anggap sebagai orang bangsat yang paling hina dan keji.

Kita ingin bertanya. Mengapa, setelah menjatuhkan hukuman yang zalim, Ariffin Jaka terus lari ke Australia? Apakah di sana tempat dia memungut hasil dari pelacuran dirinya? Atau apakah dia lari kerana malu? Apakah manusia ini masih ada harga diri setelah menconteng arang diwajah bangsanya dan menggadaikan maruah negaranya serta pendustaan terhadap agamanya? Mengapakah kamu meminta dilahirkan sebagai bangsa Melayu wahai anak Jaka? Perbuatan kamu itu WALAU apapun alasannya, sampai putih tulang pun tidak boleh dimaafkan!

TERKENANGKAN KUNTA KINTE

Dalam keadaan Alam muram durja pagi itu, saya susuri lagi jalan berjuta kenangan, jalan yang di kirinya tertegak Mahkamah Tinggi yang sudah rendah martabatnya dan di kanannya terhampar Dataran Merdeka yang sudah hilang roh merdekanya.

Dalam kesibukan mobil pelbagai rupa, kehadiran polis berkuda memegang rotan panjang, membuat saya terkenangkan Kunta Kinte, abdi kulit hitam, pekerja ladang kapas orang kulit putih di Amerika beberapa abad yang lalu. Manusia berkuda ini bergerak sana sini dengan keadaan megah dan superior sekali.

Memang hari itu Kuala Lumpur sudah jadi ladang kapas, bukan kepunyaan kulit putih tetapi kepunyaan Mahathir Mohammad. Di Kuala Lumpur, rakyat dijelma dan di terjemahkan oleh Mamak Kutty, sebagai ROOTS Kunta Kinte dan perlu dirotan sesuka hati oleh mandor berkuda itu. Sesungguhnya kita kini telah kembali kezaman perhambaan. Dan rakyatlah hamba itu! Lihat betapa merbahayanya jika Mahathir dan UMNO{B}/BN terus diberi kepercayaan untuk memerintah.

Alangkah hinanya kita, diperlakukan seperti keturunan Kunta Kinte, seolah-olah kita ini pengemis yang meminta makan pada mereka, seolah-olah bumi Malaysia ini mereka yang punya..memang Regim Keling Tua ini jenis bangsat yang tidak tau untung. Tidak sedar bahawa kedudukan Si Tua dan kuncu-kuncunya di istana kuasa itu adalah hasil dari kepercayaan kita?

Atau apakah kita sebenarnya keturunan Kunta Kinte sedangkan Mahathir dan kuncu UMNO{B}nya melaung-laungkan kepada kita untuk mempertahankan KETUANAN MELAYU? Bebalkah kita selama ini? Tidakkah dengan segala perilaku yang diluar sifat kemanusiaan itu bangsa ku berasa aib dan dayus?
Dan lagak sombongnya manusia berkuda itu adalah amat hina lebih hina dari haiwan yang ditunggangnya.

KETUANAN MELAYU...CANDU DARI LADANG UMNO BARU{A}

Selang beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Merdeka. Keadaan negara hari ini membuat kita tercari-cari erti perkataan MERDEKA sebenarnya? Apakah kita sudah merdeka? Apakah dengan melihat pasukan biru tua yang bersepah dimerata tempat lengkap dengan rotan, anjing dan kuda serta meriam penyembur air asid itu menandakan kita sedang menikmati hidup merdeka?

Dan apabila menyebut perkataan MERDEKA membuat kita terkenang kembali sejarah pahlawan silam. Bagi mereka erti sebuah perjuangan itu terlalu mahal dan nyawa, harta serta keluarga malah keturunan jadi taruhan. Mereka berjuang tanpa selogan Merdeka, tanpa memikirkan soal habuan, bukan untuk meraih nama dalam sejarah jauh sekali berbangga dan mengungkit soal apakah dan siapakah yang mereka perjuangkan. Mereka cuma tahu bahawa mereka tidak mau tanah air mereka diperintah oleh orang lain, tidak mau anak cucu mereka dimurtadkan dengan agama dan budaya asing. Itu perjuangan mereka.

Tetapi hari ini roh perjuangan itu telah diperdagangkan, sudah menjadi suatu perniagaan yang hasilnya terlalu lumayan. Hari ini perjuangan mereka rata-rata tidak perlu lagi mengangkat senjata malah cukup dengan kata-kata yang disaduri dengan tipudaya dan putar-belit belaka contohnya perjuangan UMNO{B}. Hari-hari mereka mendabik dada dan melaungkan bahawa merekalah selama ini berjuang untuk orang Melayu dan agama Islam, Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu dan entah beratus ribu lagi corak perjuangan mereka. Soalnya jika mereka benar-benar berjuang seperti apa yang mereka katakan, mengapa perlu mereka mencanang? Biar saja masa dan bangsa menentu dan menilai perjuangan mereka sama seperti mereka lakukan terhadap pahlawan silam.

Sebenarnya terlalu banyak kepincangan yang dapat dilihat dan banyak lagi yang boleh kita sanggah dan pertikaikan mengenai laungan perjuangan untuk Melayu oleh orang-orang UMNO Baru{A} ini.

Ketuanan Melayu, himpunan kata yang merupakan candu kepada orang Melayu yang datangnya dari ladang UMNO BARU{A}. Kata dasarnya ialah 'tuan' dicantum dengan perkataan Melayu jadilah Tuan Melayu.Kemudian 'Tuan' ini diberi kata awalan dan akhiran iaitu ke....an maka jadilah Ketuanan. KETUANAN MELAYU boleh dipelbagai ertikan iaitu;

  1. Bangsa Melayu mempunyai berdarjat iaitu bangsa yang dimuliakan. Seluruh orang Melayu itu menjadi tuan...tuan kepada siapa ya? Biasa orang yang bergelar 'tuan' ini kaya dan banyak harta. Adakah seluruh orang Melayu yang menjadi 'tuan' ini kaya-kaya belaka?
  2. Seluruh orang Melayu itu memerlukan tuan tidak kira siapa yang jadi 'tuan'itu. Apakah seluruh orang Melayu sebagai haiwan ternakan yang dipunyai oleh seorang 'tuan'? Mungkin juga..kerana sifat haiwan ternakan... hanya perlu diberi cukup makan minum saja. Apabila perut sudah kenyang...otak berhenti berfikir..dan 'tuan'nya boleh buat apa saja terhadapnya hatta disembelih sekalipun namun haiwan ini tetap tidak terdaya untuk melawan.
  3. Atau orang Melayu itu perlu seorang tuan dari bangsa Melayu. Apakah 'tuan' orang Melayu kini berbangsa Melayu? Tidakkah terlihat seorang keturunan Kutty dari Karela India sedang memegang Camti bersedia untuk memukul orang Melayu kelembah kehinaan? Atau butakah mata orang Melayu sudah tidak kenal akan bangsanya sendiri sehingga bangsa pelarian itu,bangsa Mamak, dianggap sebagai bangsanya?
  4. Mungkin seluruh orang Melayu bangsa tuan...seperti Tuan ahmad bin Tuan Ali dsbnya.

Kita mahu bertanya orang UMNO yang begitu megah memperjuangkan Ketuanan Melayu. Apakah kamu tidak malu, tidak takut tulah, saban kali memukul, menghambat dan menangkap serta menghianati bangsa yang berdarjat mulia..'Ketuanan Melayu' seperti yang dilaung-laungkan itu? Di manakah kemuliaan dan darjat mereka ketika kamu arahkan anjing-anjing kamu membaham orang bangsawan berbangsa 'tuan' ini? Apakah ketika itu kamu sudah lupa apa bangsa dan darjat mereka?

Adakah kita sekarang sudah menjadi tuan Melayu? Biasanya yang diiktiraf 'tuan' ini, orang mulia, kaya dan banyak harta.Adakah semua orang Melayu sudah kaya? Adakah orang Melayu ini sangat dipandang mulia oleh mereka yang bertaraf hamba? Kalau orang Melayu sudah jadi tuan siapa pula hambanya? Atau apakah perlu orang Melayu, mempunyai 'tuan'?

Dan kalau pula orang Melayu memerlukan tuan adakah tuan kamu sekarang ini seorang Melayu? Hmm...baca salasilah 'TUANMU' itu wahai sekelian ahli UMNO{B}.

Apakah di sebalik sikap memerlukan 'tuan/Ketuanan Melayu' itu sebenarnya kita ini di doktrinkan sebagai hamba?

Jika diamati, angkaikata 'Ketuanan Melayu' ini mendidik orang Melayu, secara sedar atau tidak, menjadi lemah, leka bermegah-megah tidak tentu pasal dan bodoh sombong. Ianya sering diucapkan apabila keadaan sudah tersepit. Seperti gula-gula, yang perlu diberi apabila kanak-kanak merengek kebosanan.

Sebenarnya, jika orang Melayu mempunyai programmer yang baik, diasuh dengan tulus mengikut acuan Agama Islam, mereka dengan sendirinya lebih dinamik dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain, dalam pelbagai aspek. Mereka tidak perlu kepada slogan 'Ketuanan Melayu' tidak payah membawa sepanduk, menjerit-jerit untuk mempertahankan 'Hak Keistimewaan Orang Melayu', seperti yang dilakukan oleh Pemuda UMNO{B} pada hari ini.

Ironinya...Aziz Sheikh Fadil [{Melayu?} sila tatap kulit dan baca salasilah sendiri]..bertempik hendak mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Ketuanan Melayu {atau Ketuanan Mamak?} Huh... what a joke!

Mari kita renungkan....Mana lebih baik, menjadi bangsa 'tuan' yang hanya ada pada nama sahaja, padahal hidup melarat, bebal yang sentiasa 'diperhambakan', atau bergelar 'hamba' tetapi 'dipertuankan', dan hidup kaya raya serta memiliki kuasa?

Jadi apa yang dihairankan dengan selogan lapuk 'ketuanan Melayu' yang selama ini telah mematikan semangat jatidiri dan melemahkan keimanan serta membangsatkan orang Melayu sendiri?

Lihat saja Melayu Umno{B}, semuanya berlumba-lumba mengumpul harta tanpa mengira halal haram. Hidup mereka penuh dengan rasuah, kaki perempuan, sanggup memfitnah, membunuh, mengkhianat bangsa sendiri demi mahu menjadi kaya, menjadi 'tuan Melayu'. Apa sudah jadi dengan mereka? Mereka tidak berdaya memperjuangkan Hak Keistimewaan Orang Melayu/Ketuanan Melayu. Mereka semuanya sudah menjadi makhluk paling bangsat dalam sejarah bangsa. Inilah hasil ternakan Mahathir Iscandeer Kutty. Inilah yang dimahukan olehnya untuk menyuburkan benih-benih Melayu Baru{a}. Dan mereka inilah juga akan menjadi barah yang memusnahkan seluruh bangsa Melayu.

Memang 'Ketuanan Melayu' merupakan lagu lama yang menjadi nyanyian kumpulan yang lapuk, UMNO{B} yang sudah jatuh bangsat itu. Rakyat dan UMNO{B} sudah tidak selagu dan seirama lagi. Jadi mestikah kita berdendang bersama mereka? Biarkan saja kepala koir {Mahathir} dan kumpulannya menggila melenggukkan kepala, menghayun tangan menghayati lagu usang itu sampai mati. Jangan pula rakyat khayal menari dan mengikut lengguk mereka yang boleh membunuh kita. Kita persetankan saja mereka itu...biar jadi kera sumbang.

Ketahuilah wahai bangsaku bahawa kini setiap lengguk yang mereka tarikan dan setiap yang terhambur dari mulut mereka adalah DUSTA...adalah RACUN BERBISA yang telah menjahanamkan bukan saja Agama kita, buka saja Hak Keistimewaan orang Melayu malah HAK semua rakyat Malaysia sehingga entah berapa puluh keturunan pula akan pulihnya!

Rakyat harus ingat, walau apa pun bila sebut saja soal 'tuan' tentulah ada hambanya dan yang nyata orang Melayu dan seluruh rakyat marhein tidak kira bangsa, kini sudah jadi HAMBA TUAN..Mahathier a/l Escandeer Kutty!!

So, it time we put a full-stop to all these!..sudah sampai masanya kita berhenti jadi KUNTA KINTE!

HAK KEISITMEWAAN ORANG MELAYU

Bila sentuh saja Hak Keistimewaan Orang Melayu, dengan tidak semena-mena Mamak tua yang berusia 75 tahun menangis..mengapa ya? Mengapa pula hak orang Melayu, Mamak menangis? Orang Melayulah sepatutnya meratap hiba kerana hak mereka telah punah-ranah dan hilang ghaib seperti disambar garuda.
Bukankah Mamak sekor ini sedang berkuasa dan mempunyai kuasa untuk mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu jika dia mahu? Instead, mempertahankan HKOM itu, bercucuran pula air matanya..bak mutiara putus dari karangan..mengapa? Bukankah ditangannya terlucut segala HKOM itu? Bukankah itu yang diidam-idamkannya selama ini..sejak dia menjadi ADUN Kota Star lagi? Mengapa pula dia sanggup menghancurkan HKOM itu? Apakah apabila segala-galanya terhakis akibat perbuatannya dan tiada apa lagi yang hendak dikhianati pada orang Melayu, menyebabkan dia menangis? Mengapa Mamak tua ini sangat benci pada orang Melayu? Mengapa sering saja dia menangis? Tidak malukah dia? Sudah banyak soalan ini diperkatakan dan dijawab...diantara jawapan yang paling popular ialah.....

  1. Untuk meraih simpati orang Melayu yang sudah hilang kepercayaan terhadapnya.
  2. Suatu strategi memerangkap orang Melayu, untuk mengekalkan kuasanya, berpura-pura mengeluarkan air mata buaya..konuunnya dialah jaguh untuk mengekalkan KM dan HKOM, oleh itu teruslah menyokong UMNO{B}. Porrrrahhh cit!!
  3. Mungkin betul-betul menangis mengenangkan kuasanya yang sudah dipenghujung senja, begitu juga nasib zuriat dan kroni-kroninya yang akan diburu oleh rakyat walau pun sampai ke kaki langit.
  4. Menangis kerana baka dan keturunannya tidak boleh bertukar menjadi Melayu walau pun menggunakan bin/binti...mereka terus juga diiktiraf sebagai Mamak keturunan Kutty?
  5. Mungkin juga dia sedang diburu perasaan bersalah diatas keterlanjuran dan kezaliman yang dilakukan selama ini, tetapi orang seperti ini rasanya tidak mungkin bersifat demikian, tangannya kini berlumuran darah dengan berbagai-bagai peristiwa ngeri seprti kes Mimali, dan 8 Ogos telah mengesahkan lagi kekejamannya itu.

Persoalanya...apakah dengan asyik menangis itu perasaan rakyat akan luntur dan merasa sedih terhadapnya? OOOOO TIDAK!!

  • Rakyat lebih sedih melihat HANA bt ANWAR menangis rindu akan pelukan dan kasih sayang bapanya yang terang-terang dizalimi oleh si Keling tua kaki menangis ini.
  • Rakyat lebih sebak melihat nasib seorang pejuang bangsa, Anwar Ibrahim, dikhianati, difitnah dan dizalimi oleh regim Mamak ini.
  • Rakyat lebih hiba melihat si cilik anak YB Azmin Ali menjerit kesakitan kerana darahnya diambil untuk ujian DNA akibat fitnah si Pariah ini.
  • Rakyat makin sedih mendengar si cili anak YB Azmin yang berusia 4 tahun itu disapina ke mahkamah, sedangkan si tua berusia 75 tahun kaki menangis itu takut menghadapinya.
  • Rakyat lebih sebak dada melihat sedu sedan ibu/bapa/balu dan anak-anak yang jadi yatim kerana kehilangan orang yang mereka kasihi dan tempat berlindung, maut akibat fitnah dan mempertahankan kuasa si PIEM tua ini.
  • Rakyat lebih sedih melihat bangsanya dipukul, di simbah dengan air asid dan diperlakukan sebagai hamba atau haiwan oleh si Mamak zalim ini.
  • Rakyat bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak mereka sayu dan menangis tidak dapat menjejak kaki mereka ke menara gading, akibat kemiskinan hidup dan Menara itu sebagai suatu Institusi Perdagangan dan bukan tempat mendidik anak bangsa yang menjadi aset negara.
  • Rakyat meratapi, mengenangkan beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga tujuh keturunan yang belum pasti langsai, akibat kerakusan dan tabiat membazir si bangsat yang memek ini.
  • Rakyat sedih melihat khazanah negara yang kaya dengan minyak dan pelbagai hasil buminya, hak seluruh rakyat, di songlap oleh Pariah yang menangis itu, dan difara'itkan kepada anak-anak, kaum keluarga dan kroni-kroninya. Sedangkan rakyat hidup menderita, sangsara dengan kenaikan cos sara hidup, pelbagai cukai yang dikenakan.
  • Rakyat lebih sedih dan malu melihat anak bangsanya yang mewarisi semangat perjuangan pahlawan silam sudah dikasi dan bertukar menjadi bangsat oleh manusia tua bangka ini.
  • Rakyat terus hiba melihat anak-anak mereka terbiar menjadi kaki rasuah, dadah, perempuan sundal, menganut budaya Hedoism dan murtad.
  • Rakyat juga sedih melihat seluruh Institusi kemanusiaan..seperti Polis, Kehakiman, Pencegah Rasuah dll, hatta Parlimen sekalipun sudah tidak bermaya lagi.
  • Dan diantara beribu-ribu kesedihan, yang PALING MENYEDIHKAN rakyat yang beragama Islam ialah apabila hukum ALLAH dikatakan tidak sesuai dan zalim, Nabi Muhammad di persendakan, para Ulamak di perlekeh dan dipinggirkan dan Agama Islam itu sendiri sudah diputarbelitkan oleh regim Keling Tua ini. Dan kini janggut, kupiah putih dan warna hijau pula menjadi sasaran... Alangkah GILANYA manusia ini.

Jadi kita tidak perlu sedih dan hairan dengan tangisan si Mamak Tua ini. Biar bergantang airmatanya keluar kita peduli apa! Sudah bertahun kita membantunya dan memberinya peluang untuk berkuasa, tetapi apa sudah jadi? Segala pertolongan kita itu ibarat "Menolong Anjing Tersepit...bila sudah lepas kita digigitnya pula". Sedarkah kita, Si Tua dengan kroni-kroninya, mengekalkan kuasanya, membalun, menghina,  memperhambakan kita dengan wang dan khazanah kita sendiri?

Ketahuilah wahai bangsaku, sesungguhnya 'Ketuanan Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu' sudah lama pupus sejak 20 tahun yang lalu ketika bermulanya era anak Kutty ini menjadi PIEM.

Teringat saya akan kata Tuan Guru Nik Aziz..' Bangsa Melayu tidak payah dijaga, yang kita nak jaga tu Islamnya...sebab bila bapa atau ibubapa orang Melayu tentulah anaknya akan jadi Melayu mana boleh jadi bangsa lain'

Ya tak ya juga...mana mungkin Melayu + Melayu = Samy Vellu!!

PILIH YANG MANA SATU

Melihat keadaan yang cacamarba dan penuh kezaliman ini,sudah tiba masanya rakyat buat pilihan:- Yang mana kita mau..
1. Kita hidup, mereka mati atau..
2. Mereka hidup, kita mati?

HIDUP...dalam ertikata hidup sebagai bangsa besar dan bermaruah, sebagai manusia yang mulia di dunia dan akhirat, bebas fizikal/mental dan bertamaddun atau....

MATI....mati sebelum mati...iaitu hidup sebagai bangsa bangsat, mati minda dan jati diri, dihina, diperhamba....dan dayus dunia akhirat.

Jika kita pilih untuk HIDUP...maka sudah tiba masanya kita menolak mentah-mentah regim TUA yang bangsat ini...regim yang penuh dengan tipudaya dan airmata buaya...Dan

Jika memilih untuk MATI...well, silakan menangis bersama-sama Si TUA kutuk ini..maka anda semua akan disumpah oleh seluruh zuriat dan keturunan, diatas kebodohan yang anda sendiri pilih...untuk terus menjadi KETURUNAN KUNTA KINTE.


  Tun Teja
  22/8/000

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter