Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

CUKUP BERSEDIAKAH BA MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN?

Pemberita Nestea.

Matlamat rakyat yang dahagakan Kebenaran dan Keadilan ditanah air kita yang tercinta ini adalah untuk merealisasikan penyingkiran pemerintahan zalim,rakus dan rasuah UMNOB/BN pada Pemilu kesebelas 2004.Cita cita murni ini, pada khususnya, disandarkan olih rakyat kapada Barisan Alternatif untuk melakukannya.Soalannya sekarang adakah BA cukup bersedia atau setidak tidaknya bersedia untuk memikul tanggong jawab dan memainkan peranan yang berkesan bagi memenohi harapan besar rakyat ini?

Tahun 2004 tidaklah begitu jauh untuk kita menghadapi petempuran demokratik (walau pun kita tahu peraturannya berat menyebelahi kapada UMNOB/BN) bagi perjuangan kita untuk menegakkan Kebenaran dan Keadilan.Adalah dijangkan petempuran kali ini akan menjadi jauh lebih sengit dan hebat dari yang pernah kita lalui sejak pemilu pemilu yang lampau.Terlalu banyak dan mendalam risiko yang ingin dielak olih ahli ahli serta pemimpin pemimpin UMNOB/BN jika mereka kecundang.Barisan pucuk pimpinan UMNOB/BN pula akan berhadapan dengan soal hidup matinya mereka sabagai manusia yang  berwiwaba dan dihurmati atau menerima pembalasan yang setimpal terhadap kerakusan,kerasuahan dan kezaliman yang telah mereka lakukan selama ini.Mahadead dan jongosan kroninya akan berhabisan mempertahankan segala hasil rompakan dan rasuah yang telah dihimpunkan semenjak berkuasa.Pada mereka harta dan barang kemegahan dunia adalah segala galanya. Samestinya lah laluan yang akan dihadapi olih BA dalam Pemilu ke-11 akan menjadi tersangat genting cabarannya dan terpaksa pula menghadapi penoh daya tipu helah UMNOB/BN dan jentera pemerintahan yang curang.

Kita akur dan menerima hakikat bahawa Kerajaan UMNOB/BN berada dalam keadaan yang sangat rapoh dewasa ini.Kita bolih ibaratkan  ianya sabagai sabatang pohon kayu besar yang terlalu tua yang melalui proses "mati berok", dalam mana masih kelihatan berdiri dengan gah, tetapi isi dalam batangnya reput sedikit demi sedikit dengan peraliran masa.Skandal demi skandal yang terbongkar dari kalangan mereka memberi gambaran betapa jijik dan busoknya perilaku dan sifat kepimpinan yang ada pada mereka.Hasad dengki dan tamak mengejar pangkat dan kekayaan dikalangan ahli ahli UMNOB/BN telah menjuruskan perjuangan mereka kapada konspirasi dalaman berpasokan untuk jatuh menjatukan antara satu sama lain.Prinsip dan amalan budaya  tindakan dan tingkah laku mereka pula adalah "matlamat menghalalkan cara".Pertimbangan kemanusian dan hukum hakam Agama diketepi serta diperlecehkan dalam mengejar kehendak peribadi.Zahir dan batin pemerintahan UMNOB/BN terserlah berpenyakit dan rosak yang tidak bolih diubati atau dibendong lagi.Kita berharap keadaan ini berterusan sahingga 2004.

Seharusnyalah keadaan UMNOB/BN yang begitu kritikal bolih memudahkan usaha usaha BA menumpaskannya pada Pemilu ke-11.AKAN TETAPI kita mesti peka kapada lumrah alam dalam mana saekor lembu yang amat tua pun apabila disembelih akan menggunakan kekuatan terakhirnya untuk meronta dan menendang sakan sebelum menghembus nafas terakhirnya.Jikalau orang yang menyembelihnya tidak bersedia dan cekap, tendangan terakhir lembu tua itu bolih membawa maut atau setidak tidaknya memudaratkan.

Kita bukannya berhadapan dengan lembu tua yang diibaratkan (sunggoh pun UMNOB/BN mempunyai ramai pengikut yang lebih kurang itu juga)TETAPI satu regim makhlok perosak yang kejam dan zalim, yang mempunyai rupa manusia, serta berkuasa pula kaatas segala peralatan negara, dan memiliki sumber kewangan yang melimpah ruah.Bagi Mahadead dan UMNOB/BN mengkorbankan nyawa rakyat yang tidak bersalah sanggup dilakukannya untuk terus berkuasa.Berita disebalik penculikan tebusan di Pulau Sipadan yang telah tersiar jelas memberi gambaran sajauh dan sajelek mana pihak UMNOB/BN sanggup lakukan untuk memenangi pemilu yang lalu.Memberi undi berupah kapada rakyat asing untuk menentukan pengekalan kuasa pemerintahan adalah sahina hina pengkhianatan kapada rakyat dan negara.Itu pun sanggup dilakukan. Persedian kita kali ini mestilah terperinci,dan kecekapan kita mestilah mantap,agar segala ruang perbuatan kejam dan tipu helah mereka disempitkan, untuk kita menghadapi mereka bagi mencapai kejayaan.Jikalau tidak, janganlah harap kita bolih mengatasi kerakusan penggunaan kuasa dan tipu helah mereka!

Kita harus mengambil iktibar dari pelajaran dan pengalaman pencapaian kita dipemilu yang ke-10 yang lalu itu.Walaupun kita dapati dari segi sambutan dan sokongan zahir rakyat kapada perjuangan kita hebat dan padu,dan kita berkeyakinan sakurangnya kita bolih berjaya menawan 4 negeri, dan bolih menafikan majoriti 2/3 UMNOB/BN,hakikatnya kita gagal, dan kurang percaya akan prestasi pahit kita ini.Mahukah kita menggalami keadaan yang serupa pada 2004?Mahukah kita berhadapan dengan kenyataan bahawa prestasi kita jauh dari sasaran dalam pencapaian dipemilu ke-11 nanti?Jika BA tidak mula melengkap dan sediakan diri dari sekarang ini,sasudah mengetahui segala ringtangan yang mesti dihadapi,dan juga sasudah mengetahui kehendak dan harapan rakyat terramai dipihaknya,kegagalan juga akan diperolihi nanti.Kira ini berlaku, pemimpin dan semua yang bertanggong jawab dalam BAlah yang akan disanggah sabagai petualang terhadap perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.Pimpinan BAlah yang akan dianggap mengkhinati Keadilan dan Kebenaran.Pimpinan BAlah yang akan ditempelak menghancurkan harapan bangsa dan negara untuk mendapat martabat dan daulatnya kembali.Begini Besarnya Harapan Rakyat Kapada BA.Betapa juga besarnya tanggung jawab pimpinan dan mereka yang berada dalam BA kapada agama rakyat,bangsa, dan negara.

Kepimpinan BA mestilah sedar dan insaf terhadap peranan mereka untuk menjayakan harapan dan cita cita rakyat dan negara dalam perkembangan sejarah Malaysia masakini.Segala tindakan dan dayausaha mereka dalam masa 3-4 tahun kahadapan akan menentukan sama ada rakyat dan negara kita akan keluar dari era KEGELAPAN yang penoh dengan pembohongan,kezaliman,rasuah,sifat kebinatangan,tiada maruah,tampa kewiwabaan dan iklim pembusokan yang berterusan,atau KEKAL dalamnya.Kepimpinan BA berpeluang mengambil tempat dalam sejarah ketemadunan manusia sabagai  mereka mereka yang membebaskan rakyat dari cengkaman PEMERINTAHAN DIKTATOR, Mahadead dan jongosan regimnya, yang melakukan segala amalan yang bertentangan secara langsong dengan norma kemanusiaan sejagat dan nilai suci abadi Agama Allah swt. Adalah amat merisau dan menyedihkan rakyat sasudah hampir satahun pemilu ke-10 berlalu masih tiada nampak dengan jelas dan tegas arah tuju,garis panduan,susunan jentera,penyelarasan organisasi,latihan ahli biasa dan tunjuk ajar yang diselengarakan olih BA khususnya dinegeri negeri yang dibawah pemerintahan UMNOB/BN.Haruslah difahami dan dihayati bahawa pemimpin pertengahan dan bawahan dan ahli ahli biasa BA dalam negeri negeri pemerintahan BN senantisa didesak dan dihimpit kehidupan mereka.Masaalah seharian mereka tidak dapat meruangkan masa dan kemudahan untuk mereka membuat perancangan dan menyusunkan segala yang perlu bagi maksud disebutkan.Tambahan pula perancangan dan susunan yang tidak bersepadu akan menyulitkan tindakan dan usaha usaha.Dari itu adalah sesuai dan tanggungjawab kepimpinan pusat atau atasan menyediakan satu rangka dan panduan untuk dilaksanakan diperingkat pertengahan dan akar umbi.Tidakkah BA sedar bahawa kekuatan yang jitu kapada satu satu strukture,terutamanya gerakan politik massa,bergantung kapada foundation diakar umbinya?Bila lagi hendak difikirkan pekara ini?Yang paling mengecewakan dari perkembangan BA yang diikuti ditempat dan negeri penulis, adalah, sahingga kini, tiada satu makanisma atau badan membawa kesemua parti parti BA dalam satu forum resmi.Bagaimana hendak dipereratkan kerjasama dan menjalinkan persefahaman dan perancangan yang bersepadu?Hayatilah motto negara "Bersatu Tegoh Bercerai Roboh".Kalau pekara yang asas saperti ini belum diselesaikan olih pucuk pimpinan BA,apa peluang kita menghadapi lawan yang mempunyai segala peralatan dan resources?

Umumnya,adalah diperhatikan parti parti BA diperingkat pertengahan dan akar umbi menjalankan aktibiti aktibiti mereka secara bersendirian sahinggakan menampakkan kecelaruan BA.Keadaan yang ujud adalah saperti sabuah kereta kuda yang ditarik olih 4 ekor kuda kaarah yang berlainan.Satu kakiri,satu kakanan,satu kadepan dan satu lagi kabelakang.Apa yang akan dihasilkan dalam situasi ini?Jika tidak berkecai kereta itu ianya akan tidak berganjak dari tapak asalnya sunggoh pun habis tenaga kerja kuda kuda tersebut.Inilah yang dikatakan kerja sia sia!Mengapa kepimpinan BA tidak mahu mengelakan kerja sia sia ini terutamanya sesudah kita mengetahui kita tidak mempunyai resources yang tidak terbatas?

Apa yang digambarkan diatas adalah contoh contoh keadaan "commonplace" BA diperingkat pertengahan dan akar umbi.Diperingkat inilah yang paling berkesan untuk mentafsirkan sokongan kapada undi.Jika disini kita tidak tersusun maka segala sokongan kita bolih bocor dan diselewengkan semasa pemilu.

Adalah juga diperhatikan kepimpinan BA bukan saja kurang berusaha untuk menyelesaikan kelemahan kelemahan diperingkat pertengahan dan akar umbi,disebaliknya terserlah pula percakaran dan pertelingkahan mereka, sama ada antara parti atau dalam parti.PAS dengan DAP,Marina degan Chandra dalam Keadilan,pengabongan Keadilan dengan PRM yang tidak putus ujung pangkalnya,semua ini menyemarakkan confusion kapada ahli ahli peringkat pertengahan dan akar umbi.Kepimpinan BA mestilah padu menghadapi musoh yang satu dan apa apa perselisehan MESTI dibincang dan diputuskan dalam jemaah Kepimpinan BA.Ingin juga ditanya,"Ada kah Kepimpinan Tinggi BA mempunyai forum resmi untuk berbincang?".Kalau ada masih perlukah kepimpinan BA berbincang dalam akhbar UMNOB/BN untuk mencapai kata sepakat?

BA mesti bulatkan iltizamnya untuk mengusirkan regim zalim Diktator Mahadead dari tampok pemerintahan Malaysia pada 2004.Selagi matlamat utama ini tidak tercapai PAS tidak bolih mimpi untuk mengujudkan sabuah negara yang berpaksikan Al-Quraan dan Hadis,DAP bolih lupakan Malaysian Malaysianya,KeAdilan jangan ingatkan pemerintahan tulus,bersih dan berperikemanusian,dan PRM jangan cium bayang keadilan sosial.Pada dasarnya tidak mustahil semua anggota BA menrealisasikan ideal ideal perjuangan mereka kerana banyak titik pertemuan ujud diantara matlamat mereka.Satu muzakarah antara parti parti BA bolih diatur untuk tujuan ini apabila Mahadead dan UMNOB/BN dinyahkan dari pentas politik Malaysia nanti.Satu satu perjuangan adalah mustahil untuk berhasil selagi batu rintangan yang utama tidak diketepikan dulu.Untuk parti parti BA yang mesti dan wajid diutamakan dalam perjuangan mereka adalah melenyapkan Mahadead dan jongosannya UMNOB/BN.BA janganlah teralih dari kenyataan mutlak ini!Janganlah terseleweng fokus perjuangan disebabkan isu isu secondary dan remeh yang sememangnya akan dijana olih musuh rakyat dan negara, Mahdead dan UMNOB/BN.

Bagi tujuan mancapai matlamat utama BA ini dan untuk memberi sacebis pandangan (jika baik digunakan,jika tidak lupakan saja) bagi menyediakan BA menghadapai tarikh bersejarah 2004, adalah dicadangkan BA segera magambil langkah langkah berikut diantara lainnya:

1.Ujudkan Logo dan Panji Panji BA

Pekara ini harus disegerakan kerana mengguna logo yang satu untuk BA bolih membawa maana kesepakatan,kesatuan dan kesepaduan matlamat perjuangan.Ianya senang dikenali olih semua penyokong BA semasa membuat pilihan tahun 2004 nanti, tidak saperti sekarang.Olih kerana logo dan panji panji perlu dihayati tiba 2004, pengenalannya kini akan membantu penerimaannya kelak.

2.Tubohkan Forum/Badan Resmi BA peringkat Nasional,Negeri dan Parlimen.

Forum/Badan Resmi ini amat penting disegerakan keujudannya untuk tujuan:- a)membincang dan menyelesaikan polisi bersama,masaalah dan salah faham antara parti BA. b)membincang dan menyelaras aktibiti parti parti BA. c)merancang dan menyelaraskan tindakan dan strategi BA d)memberi tenaga sokongan dan perkhidmatan bantuan untuk sasatu parti BA melaksanakan projek projek politik (misalnya penyebaran maklumat,kajian daftar pemilih dan pemantauan kesan isu isu terhadap pengundi setempat)

3.Tubohkan Jawatankuasa Peti Undi Kekal BA peringkat Parlimen, DUN dan Tempat Mengundi.

Yang paling ketara penipuan yang dilakukan olih UMNOB/BN adalah terhadap memanupulasikan daftar pengundi dan pengundi pengundi.Kita sering dikhabarkan betapa ujud pengundi hantu,pemindahan pengundi katempat tempat yang tidak dihuni mereka,pengundi pos yang tidak sapatutnya menjadi undi pos (Pasokan keselamatan pencen dan keluarga mereka)dan penundi baru yang tidak disenaraikan.

UMNOB/BN dengan kerja-jahat SPR bolih mengesan siapa yang mengundi menentang mereka (sememangnya undi kita bukan rahsia diMalaysia ini),dan kerja kerja mengesan ini dipermudahkan dengan perkiraan undi mengikut tempat mengundi dan saloran undi.Inilah sebabnya kita bolih dapati pengundi pengundi yang menyokong kita tiba tiba dipindahkan kakawasan lain sesudah dikenalpasti undian mereka olih UMNOB/BN.Penulis mempunyai pengalaman dalam pekara ini.Percayalah.

Kesilapan besar BA adalah hanya menumpukan daftar pemilih pada masa pemilu saja dan tidak memantaunya dari masa ka masa walaupun tiada pemilu.Segala penyelewengan dikesan apabila sudah terlambat untuk diperbaiki.

Tujuan diujudkan jawatankuasa peti undi ini adalah untuk:- a)memantau secara terperinci perkembangan dan tambahan terhadap tiap tiap daftar pemilih bagi tiap tiap peti undi apabila SPR mendaftar pemilih baru dan mengeluarkan daftar pemilih tahunannya. b)Mengambil tindakan susulan terhadap penyelewengan daftar pemilih (saperti undi dipindahkan tampa direstui pemilih berkenaan,pengundi yang tiada alamat setempat,atau apa apa undi yang diragukan kesahihannya). c)memberi krusus dan tunjuk ajar kapada ahli ahli BA yang dipilih bertugas sabagai polling ajen,counting ajen dan sabagainya agar benar benar bertanggongjawab dan berpengetahuan lengkap akan hak dan kuasa mereka.

4.Ujudkan "Think Tank" diperingkat Nasional, Negeri dan Parlimen.

Ramai dikalangan professinal,koporat,pegawai kanan yang telah bersara dan individu individu tertentu, sama ada menjadi ahli biasa BA atau penyokong bebas BA,yang tidak mahu kahadapan dalam parti atau yang tidak berminat memegang jawatan politik,harus dihampiri dan dihargai.Olih itu mereka mereka ini haruslah digembelingkan kepakaran dan kecendiakawannya untuk memanafaatkan perjuangan BA.Mereka mereka ini mestilah dilantik sabagai badan "Think Tank" BA,sama ada di peringkat nasional,negeri dan Parlimen,untuk membantu BA dengan pengubalan polisi,membuat position paper,menyediakan data dan kajian agar dapat dikemukan sabagai asas pejuangan dan penghebahan.

Pertembungan 2004 antara BA dan BN,Insyaallah,bolih membawa satu perubahan yang menyerlah kapada rakyat dan negara kita.Kekuatan BA adalah ketaranya perasaan jelak dan jemu rakyat terhadap kebobrokan regim zalim Mahadead dan UMNOB/BN.Kekuatan BA juga akan dapat diperkukuhkan olih prestasi kerajaan PAS/BA diKelantan dan Trengganu kiranya kedua dua kerajaan tersebut dapat memberi ketulusan,kecekapan dan keadilan sosial yang dicita cita olih semua rakyat Malaysia.Olih hal yang demikian, adalah sangat diharapkan, olih tiap tiap rakyat yang mahu menegakkan keadilan dan kebenaran, kapada kerajaan Kelantan dan Trengganu untuk menyerlahkan wajah dan inti satu pemerintahan yang sangat berkesan nilai nilai kemanusiannya yang secucuk dengan aspirasi semua bangsa,semua agama dan negara yang bertemadun secara total.

SEMOGA ALLAH SWT MEREDHOI CITA CITA DAN PERJUANGAN KITA. LAWAN TETAP LAWAN. ALLAHUAKHBAR!

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter