Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHATHIR SUDAH GILA!!

Saudara webmaster,

Saya rasa belum terlambat bagi saya untuk memberi sedikit pandangan mengenai perlantikan Dr. Mohd. Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, yang menjadi isu utama dalam CATATAN MINGGUAN saudara.  Bagi diri saya yang sangat daif dalam arena politik ini menganggap bahawa menganalisis perkembangan politik tanah air semenjak kebelakangan ini bukanlah merupakan satu pekerjaan yang mudah, walaupun pengalaman yang dihimpun oleh sesetengah pihak boleh dianggap bertaraf profesor di sesebuah universiti.   Percubaan untuk menganalisis perkembangan politik di saat-saat kewafatan regim Mahathir Mamakutty @ P**M** samalah seperti membuat ramalan mengenai pergerakan harga saham di BSKL atau lebih teruk dari itu, menganalisis tingkahlaku orang yang 'tidak siuman' atau 'gila'.  

Sekiranya anda berjaya meramalnya pada hari ini, niscaya sepuluh ramalan anda yang akan datang terpesong jauh dari realiti.  Hal ini berlaku kerana ramalan yang berdasarkan pemikiran yang rasional tidak lagi boleh dipakai untuk membuat telahan mengenai apa yang akan berlaku kerana sesuatu ramalan yang berdasarkan pemikiran rasional memerlukan rentetan peristiwa yang bergerak secara rasional juga.  Saya lebih cenderung untuk menganggap analisis saudara mengenai hal ini adalah berbentuk rasional (nota: hanya sesuai untuk membincangkan masalah-masalah kita di kalangan kita yang rasional, bukannya masalah UMNOmore yang dipenuhi oleh orang-orang gila, bodoh, benak, tongong dan lain-lain lagi).  

Tetapi, bagaimana mungkin kita katakan tindakan terbaru P***M** ini adalah rasional, sedangkan apa yang berlaku adalah di luar tanggapan umum mengenainya.  Suka saya memberi contoh, dalam permainan tinju umpamanya, kita akan meramalkan samada peninju A akan berjaya menewas peninju B dan di pihak yang lain, mereka meramalkan peninju B akan menang dalam perlawanan tersebut.  Ramalan ini adalah berbentuk rasional.  Tetapi, tidakkah saudara terperanjat apabila pemenang yang diumumkan adalah pengadilnya. Di sinilah yang saya maksudkan pendekatan yang tidak rasional.  Dalam hal mengenai perlantikan MB Selangor yang baru ini, pendekatan yang digunakan oleh P***M** adalah berbentuk tidak rasional kerana 11 pemain yang bertarung di gelanggang politik (nama-nama mereka dicadangkan untuk jawatan MB), tetapi pemenangnya adalah seorang pemerhati sahaja.  Jadi, dalam menganalisis perkara ini pendekatan yang harus diambil adalah pendekatan yang tidak rasional (nota: saya cadangkan pendekatan ini akan terus digunakan untuk menganalisis tindak tanduk P***M** dan UMNOmore) .    

Cuba perhatikan di sekeliling kita, segala sistem yang ada seperti sistem keadilan, keselamatan, kepemerintahan (governance) dan sebagainya tidak bergerak mengikut yang sewajarnya disebabkan cengkaman kuku besi sistem pemerintahan "diktatorship" yang diamalkan oleh P***M**.  Oleh itu, segala ramalan mengenai masa depan politik tanah air sepatutnya turut mengikut andaian yang digunakan oleh seorang diktator.  Jika kita menempatkan diri kita sebagai seorang diktator walau sebentar, kita dapati bahawa jawapan yang kita cari mengenai isu perlantikan ini adalah begitu mudah iaitu, PECAH DAN PEMERINTAH (nota: kita boleh mendapatkan penjelasan lanjut mengenai sistem ini melalui buku-buku sejarah dan buku-buku politik).

Pada perspektif P***M**, melantik Dr. Mohd. Khir Toyo sama sahaja dengan perlantikan Menteri Pelajaran dan Timbalannya yang bukan berdasarkan pilihan rakyat.  Strategi ini akan membolehkan P***M** mengatur agendanya yang tersendiri kerana beliau sudah tidak mempercayai sesiapa sahaja hatta di kalangan kepimpinan UMNOmore negeri yang pada bila-bila masa boleh bersatu menentang beliau. Dalam erti kata lain, siapa yang dilantik adalah tidak penting, tetapi yang lebih penting adalah orang yang dilantik itu sedia tunduk berlutut apabila dikehendaki oleh P***M**.  Ringkasnya, mereka tidak lebih dari "sebatang tunggul kayu".  Ini tidak menghairankan kerana pada hakikatnya P***M** yang akan mentadbir negeri Selangor dan negeri-negeri di bawah pemerintah UMNOmore, bukannya MB-MB yang ada.  Bukan itu sahaja, malah kementerian-kementerian, jabatan-jabatan sehinggalah ke JKKK adalah di bawah telunjuk manusia berkembar syaitan ini.  Ini dapat kita buktikan ketika beliau campur tangan di dalam hal ehwal wanita, agama, sukan, keselamatan dan lain-lain lagi.

Berkaitan dengan perkara di atas, saya suka membayangkan bagaimana P***M** dengan perasaan marah menghempas nama-nama calun yang diberikan kepadanya dan meminta fail-fail skandal yang dilakukan oleh calun-calun dan bukan calun agar mudah beliau memilih sesiapa yang mempunyai skandal yang paling sensasi akan layak menyandang jawatan MB.  BEGITULAH BUSUK PERANGAI UMNOmore PADA TANGGAPAN SAYA.

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA P***M** TEWAS

ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN

Nota webmaster:
Benarlah kata saudara itu. Dua peninju saling bertarung yang menang adalah pengadilnya. Satu contoh terbaik buat kita menyelami hati nurani Mahathir. Apakah maknanya ini? Tidakkah ini dapat memberikan kita gambaran betapa Mahathir sudah gila? Adakah sesiapa dapat menyesyorkan bahawa pemikiran diktator itu gila atau nyanyuk kerana memberikan kemenangan kepada seorang penonton (pemerhati) kepada perlawanan tinju tadi? Ini lebih menggilakan!! Justeru itu memang sukar membaca pemikiran seorang yang gila melainkan seorang penganalisis itu gila juga. Jadi perbuatan Mahathir sepatutnya menjadi iktibar kepada pendokong UMNO sendiri kerana memberikan kemenangan kepada penonton yang hadir dalam perlawanan tinju (saya katakan tidak kepada pengadil pun) dan suasana ini menjadi lebih gila sebagai bukti seorang diktator yang nyanyuk dan kehilangan arah dalam pemerintahannya. Namun satu persoalan kepada pendokong dan pengampu Mahathir, gila apakah 
mereka, kerana mengiktiraf seorang 'gila' menjadi pemimpin mereka?

 

 

 

 

 

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter