UMNO LATAH BERUK
Sdra webmaster,
Akhirnya, Datuk David Chua
terpaksa berjumpa dengan PM untuk menyelesaikan kontroversi kenyataan yang dibuatnya.
Sebenarnya, kenyataan yang dibuatnya adalah starightforward tapi telah dimanipulasi dan
diputarbelitkan oleh akhbar milik UMNO sendiri, Utusan Meloya!
Kemungkinan besar ini
semua sudah dirancang oleh puak2 ini khususnya Mahathir, Aziz Shamsuddin dan yang lain2.
Tujuannya simple, nak menyemarakkan kemarahan orang2 Melayu terhadap orang2 Cina supaya
orang2 Melayu kembali memberi sokongan kepada UMNO. Dah dicubanya tragedi Sauk dan
insiden2 pengeboman untuk menakut nakutkan orang2 bukan Melayu tapi tak menjadi,
dicuba pula naikkan semangat orang2 Melayu.
Ini semua kerja kotor dan tidak ikhlas
UMNO yang cuba melaga lagakan Melayu dengan Cina. UMNO diguna oleh pihak2 yang sudah
tersepit dengan bermain api mempergunakan isu perkauman. Kami nak tanya MCA atau
Gerakan, Utusan Meloya tu milik siapa dan siapakah yang memutarbelit dan
mensensationalisekan kenyataan David Chua?
Tak semena mena, Pemuda UMNO boleh berdemo
kononya membantah. Is there a need in the first place to demonstrate? A demo especially
organised by UMNO Youth will definitely worsen the situation! Afterall, David Chua tidak
menyoalkan hak istimewa orang2 Melayu! Bukan itu yang dipersoalkan! David Chua cuma
memberi cadangan untuk memperbaiki kedudukan bumiputera dan kita patut bersikap terbuka
dan menerima cadangan beliau jika ia boleh diimplementasikan!
Bukankah tindakan
melulu golongan2 berkepentingan dalam UMNO ini memalu dan mengaibkan bangsa kita? As if,
no one else is allowed to tell the Malays what to do! Kalau kita berpandu kepada
kitab suci Al Quran dan ajaran Islam, sudah pasti perkara seperti ini tidak mungkin
berlaku!
Kita tunggu dan lihat, apa lagi adegan adegan kotor yang nak dirancangkan
oleh pihak2 yang sudah tersepit ini!!Selagi mereka tak dapat sokongan selagi tulah
mereka akan mencetuskan sesuatu!
RAKYAT PRIHATIN
Nota webmaster:
Biasaklah!!
Utusan Meloya memang sedang mencari isu untuk satu projek ampusana ampusini kepada
kediktatoran Mahathir. Utusan siapa punya? Justeru itu kalau nak dinilai percakapan
Davids Chua itu ada juga rasinaolnya cuma UMNO sahaja 'latah beruk!'. Lepas tu berlawak
sendiri, menangis dan ketawa sendiri..