Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KEHADIRAN LEE KUAN YEW ADA UDANG BALIK 'MEE'

Sdra webmaster,
Apabila Lee Kuan Yew memberi pendapat bahawa Dr Mahathir tidak dimaklumkan mengenai penahahan DSAI di bawah ISA dan tidak bertanggung jawab di atas mata lebam yang dialami oleh DSAI, nampak sangat bekas Perdana Menteri Singapura ni tidak tahu menahu mengenai perangai licik Dr Mahathir. Ataupun beliau buat buat tak tahu dan ada udang di sebatu?

Siapakah Menteri Dalam Negeri ketika itu?

Kalau bukan Menteri sendiri yang memberi arahan atau greenlight, siapa pula? Tak mungkin Rahim Nor berani membelasah DSAI jika tidak ada backing dari orang atas dan siapa gerangan orang atas ini kalau bukan Menteri Dalam Negeri sendiri! Penahanan di bawah ISA pun tak mungkin dilakukan tanpa persetujuan Menteri Dalam Negeri kerana Menteri berkenaan perlu menandatangani surat tersebut. Tak mungkin Timbalan Menteri yang memberi arahan kerana ini melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri! Dan, siapa yang memberi arahan menangkap DSAI ala Gestapo kalau bukan Menteri Dalam Negeri sendiri?

Kita masih ingat lagi, sejurus DSAI kelihatan dengan mata lebamnya, dalam satu rombakan kabinet, Dr Mahathir telah melepaskan jawatan Menteri Dalam Negeri. Kenapa? Walaupun jawatan tersebut telah dilepaskannya, insiden insiden tersebut berlaku semasa beliau menjadi menteri kementerian dalam negeri. Ini kenyataan yang beliau tak boleh lari dan sebagai menteri kementerian tersebut, beliau bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku. No running away!

Kita hairan mengapa LKY boleh buat kenyataan2 ini. Mungkinkah ada udang disebalik batu? Silap2 tanah2 kita yang masih tinggal di Singapura akan digadaikan oleh pihak2 tertentu! Kita masih ingat lagi kontroversi berhubung  tanah kita di Tanjung Pagar dulu. Kecoh! Memang  ada jerung menunggu nak meraih keuntungan besar dan LKY mengambil kesempatan ini untuk mengambilalih tanah2 tersebut! Jangan terperanjat jika ini berlaku!

Kalau iyapun, apa bezanya kenyataan yang dibuat oleh LKY dengan kenyataan2 yang dibuat oleh pemimpin2 negara asing sejurus selepas hukuman dijatuhkan terhadap DSAI baru2 ini? LKY boleh komen (yang dibuat semasa beliau berada disini!) manakala pemimpin2 lain tak boleh komen? Bukankah ini double standard namanya? Kenapa Syed Hamid tak mahu keluarkan kenyataan membantah atau Pemuda UMNO membuat asing dan berkata jangan campur dalam hal rumahtangga kita?? C'mon, jangan hina minda kita! Kami yang berfikiran waras dan tiada kepentingan boleh nampak segala kesongsangan dan kepincangan. There is a limit where we can tolerate all these sandiwara and nonsense!


RAKYAT PRIHATIN

Nota webmaster:
Kita tunggu sahaja impak kedatangan LKY itu. Sudah pasti benar apa yang saudara kata 'ada udang balik batu'. Ingattak kes tanah KTM Tanjung Pagar? Mahathir kadangkala perlukan wang, tergamak menggadai maruah negara ini melalui pelbagai agendanya. Lihat sajalah tanah-tanah di Johor, ditukar syaratnya sehingga warga asing (Singapura) boleh memiliki kemewahan ini, sedangkan raakyat kita almaklumlah... Mengapa tidak rumah tu dijual dengan harga murah untuk rakyat memilikinya?

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter