Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SULIT

MODUS OPERANDI: MEMESONGKAN TUMPUAN RAKYAT DARIPADA ISU ANWAR IBRAHIM  

ISU UTAMA

Rakyat terlalu bersimpati dengan kes Anwar Ibrahim dan majoriti daripada mereka tidak percaya dengan tuduhan salah laku seksnya serta menganggap kes ini sebagai satu konspirasi pihak tertinggi dalam Kerajaan untuk menjatuhkan karier politik beliau.  Ini telah mengheret Kerajaan ke dalam situasi yang begitu genting.   Malah kes ini juga telah mengaibkan YAB Perdana Menteri ke seluruh dunia dengan tuduhan penglibatan beliau dalam skandal rasuah negara samada secara langsung seperti yang perakui oleh bekas pengerusi BPR, mahupun secara tidak langsung melalui tuduhan Anwar ke atas menteri-menteri Kerajaan seperti Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainudin.

KESAN KEPADA NEGARA

Bantahan terhadap kes yang disebut di atas oleh sebahagian dari rakyat akan mendorong sebahagian yang lain untuk turut serta dan ini akan terus menjejaskan kredibiliti Kerajaan. Di samping itu, banyak negara-negara melahirkan bantahan kerana ketidakadilan dari segi hukuman ke atas Anwar. Walaupun bantahan tersebut dilakukan  secara tidak rasmi, ini benar-benar mencabar kewibawaan Kerajaan yang dikatakan terlalu campur tangan dalam urusan perundangan negara.  Negara-negara yang membantah adalah terdiri daripada Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, sebahagian negara ASEAN dan lain-lain negara maju.  Bantahan juga diterima dari badan-badan bukan Kerajaan seperti Amnesty International, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan-pertubuhan agama dan lain-lain lagi.  Kes ini juga telah mengheret Kerajaan kepada isu hak asasi manusia, akibat tindakan pihak polis menyekat perhimpunan haram dan memukul segelintir penyokong-penyokong liar Anwar Ibrahim.  Anggapan ketidaktelusan pihak mahkamah dan kecaman mengenai hak asasi manusia di dalam pengendalian kes ini boleh memberi implikasi buruk kepada kemasukan pelaburan asing dan ini akan terus menjejaskan langkah-langkah Kerajaan memulihkan ekonomi yang kelihatan semakin tenat.

TINDAKAN SEGERA

Mencipta isu hangat - Percubaan Rampasan Kuasa.

Mengambil iktibar dari peristiwa penculikan rakyat asing di Pulau Sipadan, Sabah dan kemudian berpindah ke Jolo, Filipina yang telah menarik minat rakyat tempatan dan juga antarabangsa, maka dicadangkan satu peristiwa yang seumpama itu dirancang di Malaysia. Tempat yang dikenalpasti adalah di Sauk, Perak di mana terdapat sekumpulan pengamal ilmu mempertahankan diri boleh diperangkap dengan isu untuk menggulingkan Kerajaan secara bersenjata.  Kumpulan ini juga boleh dikaitkan dengan parti PAS yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat.

Menangkap guru agama terkenal Ustaz Shamsuri.

Menangkap guru agama ini di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) dengan tidak menyatakan sebab-sebab penangkapan yang jelas boleh menimbulkan sedikit keresahan kepada rakyat, namun boleh meninggalkan impak yang baik kepada kita.  Guru agama ini mempunyai pengikut yang sangat ramai.  Di samping untuk melihat reaksi rakyat mengenainya, kaedah ini juga dapat memberi sedikit ugutan kepada pemimpin-pemimpin Keadilan dan PAS dari melakukan sesuatu yang mengancam kedudukan Kerajaan.

Isu menarik balik royalti minyak di Terengganu

Kita akan membangkit isu ini, walaupun dari segi undang-undang ianya hampir pasti tidak menyebelahi kita.  Namun isu ini cukup menarik untuk diketengahkan.

Mendesak MB Selangor meletakkan jawatan.

Walaupun kita mempunyai banyak bukti-bukti yang jelas tentang salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa di kalangan menteri-menteri kabinet dan juga menteri-menteri besar, tetapi mangsa kita yang paling sesuai ketika ini adalah MB Selangor memandangkan ancaman ketidakpuasan hati rakyat lebih tertumpu di Selangor dan juga Kuala Lumpur.  Perletakan jawatan ini akan menjadi isu yang besar dan seakan-akan membenarkan tohmahan seks ke atas MB tersebut.  Walaupun kes ini sedikit memalukan kita, tetapi ianya boleh menandingi isu-isu semasa yang mengancam kita ketika ini.

Menghidupkan semula isu amanat Haji Hadi

Walaupun mengulangi semula isu ini tidak akan memberikan kesan yang signifikan, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh mengalih pandangan rakyat atau menakutkan rakyat terutamanya kepada masyarakat bukan bumi putera tentang sikap ekstrimis pemimpin parti PAS dan sebaliknya menonjolkan sikap toleransi parti pemerintah.

Menghidupkan semula isu kehilangan hak bumiputera

Walaupun isu ini sangat popular semasa pilihan raya, tetapi ianya boleh memberi sedikit impak jika digembar-gemburkan secara bijak oleh media yang kita kuasai.

Menjemput Lee Kuan Yew ke Malaysia

Lee Kuan Yew bukan sahaja dihormati di persada antara bangsa, malah ia amat disanjungi oleh rakyat berketurunan Cina di Malaysia.  Sebarang pandangan beliau mengenai isu kepartian boleh memberi kesan yang mendalam kepada rakyat bukan bumiputera.  Kelicikannya berhujah boleh memesongkan pandangan rakyat kepada isu yang dibawanya.

Merayakan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran

Menganjurkan sambutan hari kemerdekaan secara besar-besaran dan merayakannya selama sebulan dengan mengibarkan jalur gemilang boleh memberi gambaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Kerajaan.

 

TINDAKAN SUSULAN

Mengadakan lakonan semula peristiwa Sauk

Kita yakin bahawa peristiwa ini tidak akan dipercayai oleh rakyat dan sememangnya kita melakukannya sedemikian rupa agar rakyat tidak percaya.  Ini boleh mengalih perhatian mereka kepada peristiwa ciptaan kita ini dan mengurangkan tumpuan mereka kepada isu utama di atas.   Selepas rakyat menyatakan ketidakpercayaan mereka itu, kita akan mengadakan demonstrasi untuk membukti kebenaran cerita tersebut dan demonstrasi itu bukan bertujuan untuk meyakinkan rakyat, malah kita lakukannya untuk menambahkan kekeliruan yang wujud. 

Melantik MB baru Selangor di kalangan pemimpin yang tidak dikenali

Selepas mendesak MB Dato' Abu Hasan Omar meletak jawatan, kita akan melantik MB   baru yang langsung tidak dikenali di kalangan rakyat dan sudah tentu beliau juga mempunyai rekod buruk yang boleh kita gunakan disaat-saat getir seperti ini.  Pemilihan MB baru yang tidak dikenali ini diharap akan menumpukan sedikit pandangan rakyat terhadap beliau, terutamanya tentang diri dan corak kepimpinannya.

Isu-isu agama akan terus dikelirukan.

Isu-isu mengenai aurat wanita (tudung dan suara) akan terus dimainkan di kalangan rakyat bagi menunjukkan bahawa Islam itu boleh menyekat pembangunan negara dan kebebasan rakyat. 

Mengadakan banyak perhimpunan rakyat

Rakyat terutamanya kakitangan awam, polis dan tentera, murid-murid sekolah dan ahli-ahli parti pemerintah digesa dan dipaksa untuk menghadiri pelbagai perhimpunan yang ditaja oleh Kerajaan bagi menggambarkan sokongan yang semakin meningkat kepada Kerajaan.

Hiburan-hiburan yang melekakan akan terus digalakkan.

Artis-artis popular dari luar negeri akan terus dijemput untuk menghiburkan muda-mudi di negara ini agar mereka leka dan tidak memberi perhatian kepada isu-isu semasa.  Filem-filem luar yang mengasyikkan seperti filem-filem Hindi, Hong Kong, malahan filem-filem lucah akan dibiarkan beredar secara berleluasa di dalam negara.

 

TINDAKAN KECEMASAN

Menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah akta ISA.

Sekiranya keadaan menjadi semakin gawat, kita akan melakukan tindakan yang drastik dengan menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang yang utama seperti Mohamad Ezam, Haji Hadi, Mahfuz dan lain-lain.  Penangkapan ketua-ketua pembangkang ini boleh menyekat kemaraan rakyat menentang Kerajaan.

Mencetuskan keadaan huru-hara perkauman

Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat provokasi perkauman melalui pembunuhan beberapa orang Cina atau melayu agar kita boleh melaksanakan perintah Mageran.

Membebaskan Anwar Ibrahim dan menangkapnya semula di bawah ISA

Jika bantahan rakyat dan negara luar berterusan dan tidak dapat dibendung, kita akan membenarkan Anwar Ibrahim dibicarakan semula (melalui rayuan kes) dan mengarahkan mahkamah untuk membebaskan beliau.  Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa kita tidak campur tangan di dalam kes ini.  Selepas itu kita akan menangkapnya semula di bawah ISA dengan alasan menjaga keselamatan negara dan namun demikian, tempoh penahanannya adalah tidak terhad.

MODUS OPERANDI INI AKAN DILAKUKAN SECARA AD-HOC DAN BERPERINGKAT-PERINGKAT. PERJUMPAAN AKAN DILAKUKAN SEBULAN DARI SEKARANG UNTUK MENILAI KEBERKESANAN STRATEGI-STRATEGI YANG DICADANGKAN.

 

Bertugas Untuk Negara

ABDUL AZIZ SHAMSUDIN

 

Nota:

Wahai pemimpin-pemimpin syaitan, ketahuilah "kamu merancang dan Allah juga turut merancang, tetapi Allah adalah Perancang yang Terbaik".

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA PARA SYAITAN UMNOmore TERSUNGKUR KE BUMI.

ALLAHUAKBAR!

 

BOMOHDIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter