APA MAKNA HAK ISTIMEWA MELAYU BA BERBANDING MELAYU UMNO
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilaporkan sebagai berkata UMNO
akan terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini agar ia terus
termaktub dalam Perlembagaan.
Beliau berkata, selagi parti Umno berkuasa di negara ini kedudukan bangsa Melayu
akan terus dibela demi kesejahteraan dan keharmonian negara.
Kita ingin memberikan 'salute' kepada kenyataan Najib itu. Tambah Najib lagi, pendirian
UMNO jelas, bahawa akan terus mempertahan dan melindungi peruntukan hak keistimewaan
orang Melayu. Selagi UMNO berkuasa, UMNO akan terus memastikan ianya termaktub dalam
Perlembagaan.
Menurut Najib lagi, isu hak keistimewaaan orang Melayu yang
ditimbulkan baru-baru ini merupakan sesuatu yang sensistif yang akhirnya boleh
mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu di negara ini.
Perkara yang perlu
dielakkan kini ialah pepecahan di kalangan orang-orang Melayu sendiri berikutan tidak
mempunyai kepercayan dan sokongan terhadap UMNO yang telah digambarkan sebagai sebuah
parti yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, katanya.
Kita ingin bertanya Najib
secara ikhlas, bagaimanakah beliau mahu menjelaskan kedudukan dan hak istimewa yang
didakwa memperjuangkan nasib Melayu. Jika benar adanya hak istimewa terhadap kaum
Melayu, mengapa Melayu Pas tidak berpeluang menerima pemberian tanah sebagaimana
diberikan kepada Melayu UMNO?
Secara panjang lebar jika ingin dibicarakan, mengapa Melayu UMNO menerima berbagai
keistimewaan antaranya:
- pemberian tanah lot perumahan/industri
- pemberian kawasan balak dan konsesi hutan simpanan negara
- pembahagian istimewa kuota dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pekerjaan
- rancangan tanah seperti Felda, Felcra dan lain-lain
- pemberian lesen kontraktor, CIDB dan seumpamanya
- pemberian permit kereta sewa, teksi dan bas penumpang serta bas kilang
- pelbagai lesen perniagaan yang tiada batasnya dll
Apakah Melayu BA (PAS dan Keadilan) menerima segala keistimewaan sebagaimana yang
didakwa oleh Najib? Justeru itu sama ada wujud atau tidak hak istimewa, orang
Melayu BA (PAS dan Keadilan) tetap tidak menerima apa-apa keistimewaan berbanding
Melayu UMNO.
Oleh itu buat apalah kita mahu mengagungkan Hak keistimewaaan itu?
mr canggih