INI BETUL-BETUL SANDIWARA
Setelah sandiwara Sauk yang hampir satu setengah
bulan berlalu tak memberi impak yang menguntungkan
Ameno ( malah telah backfire), maka kita kini
dihidangkan pula dengan isu HAK KEISTIMEWAAN MELAYU
yang kononnya dikatakan telah dicabar oleh seorang Cina
MCA dalam MAPEN 2. Kita tak mempersoalkan siapa di belakang dia yang menyuntik semangat keberanian
dalam menyentuh isu LAPOK ini. Seterusnya seperti biasa, akhbar-akhbar pengadu-domba tempatan pun
menggembar-gemburkanlah cerita ini. Ini dikuatkan lagi
oleh radio dan tv. Kemuncaknya ialah Diktator
Mahathir, perdana menteri seumur hidup pun muncullah
dikhalayak dalam satu lagi drama sandiwaranya. Maka
ditunjukkanlah bagaimana ia begitu mengambil berat dan
prihatin dengan menerima memorandum dari pelbagai pihak yang didakwa mewakili masyarakat Melayu. Seperti
biasa..diktator ini pun berlakon semula menunjukkan
mukanya yang sebak, sebek, sedih dan terharu. Maka
dengan penuh rasa tanggungjawab (yang palsu), beliau
pun terketar-ketar mulutnya memberi satu lagi janji
palsunya untuk mempertahankan keistimewaan hak orang
Melayu.(janji mamak...!!!, biasalah kan)
Untuk kesekian kalinya muka durjana ini yang telah
merosak-hancurkan KETUANAN MELAYU sepanjang pemerintahannya, muncul lagi dengan 'lidah bercabang'
menabur kata-kata pembelaan terhadap bangsa yang telah
dinodainya secara sedar maupun tidak.
Ameno yang hanya mendapat lebihkurang 34% undi
orang-orang Melayu kini umpama orang yang kelemasan
dalam air. Mau tak mahu dia akan berpaut pada apa saja
yang tercapai oleh tangannya untuk berpaut, mengelak
dirinya dari tenggelam. Dia akan bertungkus-lumus
melakukan ikhtiar terakhirnya demi penyambungan
hayatnya. Begitu juga dengan Ameno! Sejak keputusan pilihanraya lalu yang terpaksa ia raikan dalam
kesedihan akibat peralihan undi MELAYU BARU, maka tak
berhenti-henti Ameno memainkan isu dengan pertolongan
media massa yang tak bermoral itu. Isu gugurkan
perkataan Islam, sembahyang dua imam, amanat Hj Hadi, komisyen Petronas, Sauk dan yang
terbaru (sebenarnya dah lapuk) ialah HAK KEISTIMEWAAN
ORANG MELAYU. Rasanya ini adalah isu bisa terakhir
yang boleh dimainkan Ameno.
Dengan memakai hujah sejarah dan pengalaman lalu ,
selepas isu yang sebegini akan adalah operasi mat ISA.
Sedapat dan sedaya mungkin Ameno cuba menarik simpati
dan gembeling orang Melayu supaya bersatu di bawahnya.
Maka wartawan tawanan Mahathir yang seekor ni pun
berlumba-lumba meniupkan semangat membenci antara kaum. (Polis tak nak guna akta hasutan ke?) Yang
peliknya kes rasuah kuasa (ini duit pun mesti ada
punya) Sidurjana suami Hasmah ni tak mahu siasat ke???
Pelbagai isu yang sebelum ini cuba disogok dan
digemburkan untuk menarik orang Melayu kepadanya
ternyata gagal. Bukan itu saja, malah ianya memakan
diri dan menyebabkan rakyat MUAK dan MUAL dengan
karenah Ameno yang seolah-olah dipunyai PU**M*K yang seekor ini. Isu pengguguran perkataan ISLAM ternyata
membangkitkan kemarahan PAS dan orang-orang melayu.
Bila saja suara-suara PAS mencabar Ameno dengan keras
dan menuntut Ameno buang perkataan melayunya, terus
saja isu ini jadi sunyi sepi. Begitu juga amanat Hj
Hadi yang mulakan dikatakan fatwa. Kini ianya menjadi
sejuk(maklumlah usianya sudah 20 tahun). Kemudian pula
tentang royalti Petronas yang cuba diputarbelitkan
oleh dua pemimpin nyanyuk Ameno- Mahanyanyuk dan Ayah
Wang. Hujah bohong mereka disanggah oleh penerangan
Presiden Petronas dan disokong surat-surat perjanjian.
Dua pemimpin Ameno itu terus terjelepuk tanpa ada rasa
'kemaluan' akibat pendedahan bukti itu (kasihan..Shahidan Kassim Baba pun tumpang semangkuk).
Tak lama kemudian, isu Sauk yang nak digunakan untuk
SAUK Pas; tetapi kemakaran Allah mengatasi segalanya.
Walaupun dah dibuat lakonan semula namun rakyat tetap
tidak percaya. Adakah boleh 15 orang nak disumbat
dalam bahagian depan 3 buah pajero tersebut.(geng
almaunah besar-besar badan mereka). Lakonan semula itu
sebenarnya bukan menyelesaikan masalah malahan ia
menimbulkan lebih banyak keraguan dan pertanyaan(itu
sebab tak ada sesi soal jawab), dan terus menjunamkan kredibiliti kerajaan Zalim pimpinan Ameno. Hanya
suruhanjaya diRaja saja yang boleh menyelesaikan
misteri ini.(macam kes DSAI yang dipukul Bapa Anjing
berpakaian KPN). Menggunakan Mahkamah yang sudah
menjadi tunggangan Maha Firaun adalah mustahil dewasa
ini untuk mencari kebenaran. Lihat saja kes Rahim Thamby Chik, Lim Guan Eng dan DSAI.
Kini isu yang paling hangat dan mungkin menelurkan
kejayaan pada zaman dahulu kala, ketika rakyat belum
bersatu seperti sekarang ini. Pencabulan HAK
KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU. Gendang perang Ameno dan
tiupan nafirinya pun bergema ke seluruh pelusuk negara
cuba untuk menimbulkan kerisauan dan kegelisahan dalam
masyarakat. Isu ini adalah urat nadi dan jantung Ameno sendiri. Isu yang boleh cetuskan huru-hara jika tak
ditangani dengan betul dan bijaksana. Dalam masa yang
sama KERAjaan Ameno jugalah yang laungkan perpaduan.
Inilah dia contoh pentadbiran berpura-pura(talam
multifacet) yang Ameno amalkan dari DULU, KINI DAN
SELAMANYA.
Inilah dia sikap hipokrit di sebalik muka sedih, sebek
dan sebak PM yang telah menipu dan menjual ketuanan
Melayu demi anak-anak dan kroni. Inilah sikap sebuah
KERAjaan yang kononnya memperjuangkan ketuanan
dan hak keistimewaan orang Melayu, tetapi merekalah
yang telah menghancurkan sebaik saja Maha Firaun ini
memegang tampuk kuasa. 40 tahun...Yaaa empatpuluh
tahun kuasa diberi kepada mereka, bukannya mereka
memperkuatkan kedudukan Melayu dalam perlembagaan
malah mereka mengkoyakhancurkan segala peruntukan yang
ada semaunya demi untuk keluarga dan kroni.
Antara intipati dan dasar perjuangan hak
keistimewaan Melayu ialah jaminan dari segi pendidikan, agihan ekonomi, tanah, agama dsbnya. Hal ini
tertera dalam perlembagaan negara cuma tak kukuh
sebagaimana longgarnya kedudukan PM untuk orang
Melayu. Pas sebagai Parti Islam yang juga memayungi
orang Melayu telah nampak akan kelemahan ini. Lalu Pas
pun menyuarakan dalam Parlimen pada tahun sekitar
64-66. Tujuannya untuk memperkemas dan memperkuatkan
lagi kedudukan Melayu di dalam perlembagaan. Tiba-tiba
bangun seorang wakil Ameno yang mengaku Melayu Ultra
menentang usul Pas. Malah beliau berhujah bahawa dasar
keistimewaan Melayu memalukan orang melayu sama darjah
dengan Red Indian di Amerika. Seterusnya dia
menekankan akan perlunya hak keistimewaan itu
dihapuskan berperingkat-peringkat di masa hadapan.
Persoalannya siapakah wakil Ameno yang begitu bahlul
dan zalim pada kepada bangsa yang diwakilinya itu?
Siapa lagi kalau bukan manusia seribu wajah
MAHATHIR A/L MOHAMED ISKANDAR KUTTY yang ketika itu
menjawat setiausaha di parlimen. Yaa... itulah orang
yang sama kononnya dengan muka sedih dan sebak berjanji
untuk mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.
Masalah berbangkit ialah bolehkah orang Melayu
mengharapkan pada orang seperti ini>>> manusia
hipokrit dan munafik. Apa alasan untuk menunjukkan falsafah perjuangan nya telah berubah untuk
memartabatkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. (memurtabakkan ..adalah). Manusia pengkhianat
inilah yang telah menghilangkan hak-hak orang Melayu
yang tinggal KTM dan Askar Melayu di Raja. Sejak
kematian Tun Abdul Razak, habis cacamerba segala
peruntukan dan perancangan untuk kepentingan Melayu,
zaman chet Dead ni lagi dahsyatlah kemungkaran dan
kemusnahan yang dilakukan demi kantung KERAbat dan
kroni. Dalam DEB, kekayaan dan harta negara diagihkan samarata kepada Melayu di kampong-kampong, Cina di
kampong baru dan India di estet-estet. Tujuan DEB
ialah untuk membantu orang susah terutamanya orang
Melayu yang jauh ketinggalan, di samping hak kaum lain
dijaga.
Pemberian biasiswa sepatutnya kepada bumiputera/Melayu yang susah dan miskin. Ini
tidak...anak menteri pun dapat. Anak Mahathir pun
bolot juga. Walhal ini secara tak langsung menafikan
hak orang miskin. Begitu juga bidang-bidang lain
seperti agihan projek, tender, saham dsbnya. Peruntukan
untuk Melayu/bumi telah salahalurkan dan dapat kepada
Amenoputra yang biasanya ada kaitan dengan tokoh-tokoh
Ameno. Maka rasuah kuasa pun berleluasa seperti dalam
kes Kak Roughfidah yang menyalurkan saham peruntukan
Bumi/Melayu kepada anak menantunya. Akhirnya kerangka
DEB yang bertujuan memulihkan ekonomi orang Melayu tak
kesampaian. Sebaliknya wujud pula golongan Kapitalisma/oppressor dalam negara yang terdiri dari
bangsa Melayu, Cina dan India.
MALAYSIA BOLEHKAN!!!!!!!
Kapitalis2 Melayu seperti Tun Daim, Tajudin Ramli, Mirzan
Mahafiraun, Mokhzani Mahazalim Dan Mukhriz
MahaTamak. Contoh Kapitalis Cina ialah Vincent tan,
Tan SRI LOY, Ting pek Khiing dan bangsa INdia terkenal
seperti Ananda Krishnan, Arumugam Pilai dll. Golongan
penindas ini telah memeras dan memerah darah serta
keringat rakyat seluruh kaum di Malaysia. Siapa yang
kita nak salahkan dan tuding jari apabila isu HAK
KEISTIMEWAAN MELAYU INI TIMBUL?? tentu sekali KERAjaan
Ameno dan BN yang diketuai oleh Mahathir a/l Mohamed
Iscander Kutty yang memang ANTI Ketuanan Melayu seawal
tahun 60an lagi. Yang dia buat muka sedih tu bukannya
bimbangkan nasib orang Melayu dicabar, yang tersirat
ialah dia bimbangkan masa depan dia, KERAbat dan kroni
yang semakin kabur dan suram. Amat bimbang kalau-kalau
jadi macam Indonesia apabila Soeharto dibawa ke muka
pengadilan.
Kini Mahathir melalui saluran-saluran tertentu mula
menggerakkan juak2 dan wak dogolnya untuk
menghangatkan suasana isu lapok ini. Maka
berturut-turutlah perhimpunan 'haram' perkauman Melayu
tonggangan Mahathir berkumpul menyatakan bantahan
kepada 'Sunqui' dan MCA. Menteri2 yang telah pudar
dasar perjuangan dan melayunya @ memang bukan
Melayu(mamak!!!) masing-masing mengemaskan tengkolok
dan sampinnya. maka memberi komenlah akan mereka dalam
akhbar yang tak betul, tak jujur dan maha penipu itu.
Berkatalah sang Najib >>JANGAN MAIN DENGAN API
PERKAUMAN dan bersuara pula Naib presiden yang pernah
membawa duit 2 juta ke Australia; katanya >> JANGAN
JOLOK SARANG TEBUAN!!! Maka gegak gempitalah alam maya pada ini dengan cerita bikinan sang Mendeliar
moden yang durjana kepada bangsa yang mengangkatnya ke
kedudukan sekarang.
Sebelum kita terpengaruh dan terikut-ikut rentak
tari Ameno, ada baik kalau kita merenung sejenak
peristiwa yang hampir-hampir sama berlaku pada tahun
1987. Ameno tersepit macam sekarang setelah perpecahan
angkara Mahathir dan juga Kuli. Siapa bersalah semua
sudah maklum. Cuma yang kita nak faham ialah berbagai
isu akan Ameno buat untuk menarik balik Melayu
menyokongnya. Pelakon-pelakonnya tetap MCA dan Ameno.
Melalui lidah sial Lee Kim Sai keluarlah keluarlah
kenyataan berbaur perkauman yang kesannya ialah
MENCABAR KETUANAN MELAYU. Seperti yang dirancang,
media massa pun memainkan peranan masing-masing
membakar semangat orang Melayu untuk bersatu. MCA pun
begitu juga, melalui media Tionghua meniup semangat
Fong Sai Yuk menipu dan mempermainkan rakyat yang tak
bersalah. Kempen-kempen politik juga dibuat mereka
tanpa memperdulikan keamanan negara. DS Najib dan
rakan-rakan pemudanya membuat perhimpunan di stadium
TPCA membakar semangat dan menghasut orang Melayu
membenci Cina. Kemudian ada pula rancangan untuk
mengadakan PERHIMPUNAN SEJUTA ORANG MELAYU yang
antara bertujuan untuk menunjukkan kekuatan dan kuasa
orang melayu. Ada pula kata-kata jahat dan onar untuk
membasahkan Kuala Lumpur dengan DARAH. Itu semua AUTA
saja. Sejarah menunjukkan bahawa itu hanyalah
sandiwara mempergunakan ahli Ameno yang setia demi
kerakusan TUAN-TUAN BRAHMA dalam Ameno. Rupa-rupanya
Ameno nak lumpuhkan pakatan pembangkang yang nampak
mengancam status quo mereka. Selepas insiden itu,
habis dikautnya pemimpin pembangkang antaranya Mohd
Sabu, Mahfuz dll.Operasi itu terkenal dengan nama OP
LALANG 1. YAng buat hal dan masalah ialah Ameno dan
MCA , tetapi yang diangkut ialah PAS, DAP dan PRM. Adalah orang Ameno yang diangkut 2-3 orang sebagai
kosmetik. Inilah dia perangai pemimpin Ameno dulu, kini dan selamanya. Adilkah apa yang berlaku sekitar tahun
1987 itu? Tetapi itulah contoh KEPIMPINAN MELALUI
TELADAN dan semangat MALAYSIA BOLEH yang menjadi teras
kepimpinan Penipu Mega sekarang. Mahukah anda
terpedaya sekali lagi kepada golongan ini.
Setakat ini rasanya isu ini tak akan kemana. Mereka
akan kembali lemah dan lesu, kerana isu itu dah basi
dan orang dah nampak helah dan sepak terajang mereka.
Lagi pula segala projek dan perancangan mereka selama
ini memang bertujuan memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu mengikut agenda arkitek agungnya yang menipu
rakyat dengan buku 'Malay Dilemma'(sepatutnya mamak
dilema)
Inilah kayanya Yang Maha Berkuasa. berterusan Ameno
merosakkan dan menghancurkan ciri-ciri ketuanan
Melayu dan hak keistimewaannya ( institusi raja, akta tanah94,dasar pelajaran, penswastaan
dsbnya). Kini cuba
mendabik dada bahawa merekalah jaguh pembela yang
teragung. Tak mungkin dan takkan berjaya Ameno
mempengaruhi rakyat melainkan batang tubuhnya sendiri.
Wahai ahli-ahli Ameno yang berfikiran bangunlah dan
bebaskanlah diri anda dari penjajahan sang ADI JAGAT
durjana itu. Jangan kita semua terperangkap
dengan helah Sang Mendeliar seperti mana kitul yang
bahlul yang akhirnya menyebabkan kematian seluruh
keluarga Melayu>> si Bendahara yang taat membabi-buta.
Bangunlah wahai rakyat yang perkasa dan bersatulah
dalam erti kata yang sebenarnya untuk nusa. Jiwa dan
raga jadi taruhan demi masa depan zuriat kita.
Hendaklah kita tetap dan kukuh dalam ikatan BARISAN
ALTERNATIF dan lakukan perubahan yang cemerlang
untukmu MALAYSIA.
INGATLAH INI BUKAN SANDIWARA TERAKHIR DARI PADUKA
MAHA YANG SEDANG KELEMASAN DALAM LAUTAN TAK BERTEPI
BUATANNYA SENDIRI .
TAKBIIIR!!!!!!!!
Dr (bukan diktator)