Tak tahu saya sama ada untuk mengucap tahniah atau takziah kepada YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, di atas perlantikkan beliau selaku Menteri Besar
Selangor yang baru.
Dilantik oleh Mahathir dalam keadaan sekarang, dan pula dilantik bukan
dari kalangan nama-nama yang dicadang, dalam keadaan mereka yang
disekeliling beliau, jauh lebih senior dan berpengalaman, juga dalam
keadaan pemegang-pemegang jawatan terdahulu nyata gagal melaksanakan
tugas, perlantikan ini membawa seribu macam andaian dan syak wasangka.
Saya kira tahniah dan takziah berjalan seiring. Terserahlah kepada YB
(Yang Berkhidmat) Dr Khir, sama ada hendak menmanfaatkan jawatan tersebut
untuk Hasanah Fild Dunia semata atau Hasanah Fild Dunia wal Akhirat.
Sebagai seorang Islam YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, kena ingat Hasanah Fil
Akhirat itu lebih AWLA . . .!
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, Menteri Besar Baru Selangor kena ingat,
perlantikan beliau adalah dengan izin Allah, dan jawatan itu adalah suatu
AMANAH ALLAH bukan amanah Mahathir.
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, kena ingat, beliau akan dipersoal mengenai
tanggung jawab ini diakhirat kelak.
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, kena ingat, jangan nak syok berlarutan dengan
terkejut diberi "kepercayaan" oleh DrM, hingga berterima kasih tak
habis-habis.
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, kena ingat, jangan sampai mendapat dosa
syirik.
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, kena ingat, perlantikkan itu, sebenarnya
suatu dugaan, juga suatu peluang beliau membetulkan semua kemungkaran yang
sedang berlaku diSelangor.
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, kena ingat, beliau patut berpihak kepada
Jalan ALLAH, bukan kepada mana-mana individu.
YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, INGAT . . . . INGATLAH semasa SUJUD dalam
SOLAT mu . . . bahwa YB (Yang Berkhidmat) Dr Khir, menyembah ALLAH bukan
Mahathir, bukan harta bukan kuasa .. . .