BUDAYA BARAT DENGAN PEMIMPIN UMNO

Oleh : Mohd Suffian Salleh

Begitu asing bagi pemimpin UMNO apabila mengutuk tindakan SUHAKAM kerana ,pertamanya tidak menyokong gagasan ampu yang sinonim dengan pemimpin nya, keduanya ,kerana budaya Barat itu agak asing bagi UMNO dan pemimpinnya. Inilah yang berlaku dalam sebuah negara Bolehland . Jika ada unsur-unsur yang bertentangan dengan mereka, maka budaya Barat dan tindakan yang dilakukan oleh orang Barat adalah asing. Inilah pemimpin yang mendapat pendidikan di Barat , sekaligus juga memperlekehkan tahap pemimpin yang menentang arus mereka. Apa yang jelas ketidaksesuaian antara kenyataan Hishammuddin Hussein bukanlah boleh digunapakai. Ini berdasarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan pemimpin tersebut bersama isterinya memegang tin minuman keras. Apakah ini yang dikatakan budaya Bolehland?? Soalnya pemimpin yang menggunakan perkataan mengikut budaya Barat itu sendiri masih mengamalkan adat barat.

Bagi pemimpin UMNO perkataan dan kutukan kepada  Tan Sri Musa Hitam , bekas Timbalan Perdana Menteri ini bukannya berdasarkan cermin diri sendiri, malahan ianya seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya, lagak dan kehidupan masih mengikut budaya Barat itu sendiri, malahan sikap mengangguk itu juga sama sahaja dengan sikap pakturut-pakturut baik di peringkat akar umbi, sampailah ke peringkat atasan. Oleh sebab budaya angguk itu bukan budaya Barat, maka budaya apa pula yang digunakan oleh UMNO ????. Melihatkan akan drama yang berkisar kepada bentuk penjajahan dalam  filem , nampaknya budaya angguk ini adalah budaya kaum Melayu, atau layu ini  , dan inilah yang ditanamkan dari generasi ke generasi dalam UMNO yang hanya tahu mengampu dan yes man. Sebenarnya budaya ampu dan angguk ini tiada kaitannya dengan apa budaya sekalipun, namun jika ianya adalah benar, katakan benar, namun jika ianya dikatakan tidak benar, maka tidak benar harus dinyatakan. Begitulah pendirian Tan Sri Musa Hitam di atas kebenaran bagi mendengar keputusan perbicaraan insan yang berada di Sungai Buloh ini. Betapa malangnya di negara Bolehland ini apabila setiap kenyataan yang tidak menyokong akan dicop sebagai mengikut telunjuk Barat  , walaupun dalam masa yang sama stesen television di muatkan dengan sebahagian besarnya dengan cerita-cerita dari Barat. Untuk mentimurkan budaya Malaysia sendiri , pihak kerajaan belum mampu untuk melaksanakannya. Apabila generasi demi generasi disogokkan dengan filem , maka secara tidak langsung fahaman ini tertanam dengan jiwa dan mentaliti Barat. Mentaliti Barat yang  kurang disenangi oleh pemerintah Bolehland ini ialah apabila ianya berkaitan dengan pembangkang. Setelah mengcopkan dengan budaya Barat maka Baratlah sebenarnya yang teruk. Dalam masa yang sama juga para menteri kabinet menggunakan  seratus peratus buatan  negara Barat. Bermula dari siaran negara Barat, sehinggalah kepada makanan Barat kepada menaiki kenderaan Barat itu sendiri. Adalah tidak Barat jika tidak berseluar pendek gaya orang Barat. Malah jika dikaji semula semuanya Barat apabila Barat menyetujuinya.

Sebenarnya mentaliti pemimpin itu sendiri adalah Barat. Cara menangani budaya Barat ini haruslah dimulakan dengan  kurangnya tertanam fahaman Barat dalam minda rakyatnya sendiri. Oleh itu  , berkiblatkan kepada negara-negara bukan Barat akan membawa budaya yang kurang maju. Pemimpin yang bercakap sebegini biasanya kurang arif dengan soal budaya Barat itu sendiri. Asalkan ianya dapat memuji pemimpin dan menyokongnya serta keinginan mencari nama , maka semuanya akan dibolehkan dalam negara Bolehland ini. Inilah salah satu keajaiban yang tertanam dalam minda pemimpinnya . Telah terbukti bahawa kebanyakan pemimpin UMNO kerap kali melatah dalam mengawal keadaan. Bermula dengan peristiwa di Sauk sehinggalah kepada berbagai masalah yang ada dalam negara, yang berkaitan dengan kehakiman, keselamatan negara, ekonomi yang tak pulih-pulih, harga saham tak naik-naik, globalisasi, malah kes dadah begitu tinggi , skandal seks pemimpin, fitnah, adu domba dan cacamerba ini, pemimpin masih menyalahkan budaya Barat dan pihak asing. Entah apa yang ada dalam pemikiran pemimpin UMNO/BN sehinggakan setiap yang tidak menyokong mereka akan dicopkan sebagai Barat. Entah bagaimana undang-undang ini tidak dipatuhi walaupun ianya dari penjajahan Barat. Inilah pemimpin yang cakap tak serupa bikin, bila ada teguran, melenting dan marah-marah. Renunglah dan sedarlah betapa sejarah banyak mengajar pemimpin yang seperti ini. Sejarah tidak pernah berbohong melainkan ianya berada di Bolehland. Kes yang menimpa insan yang berada di Sungai Buloh ini , bukan sesuatu keajaiban , melainkan ianya cuma wujud di negara yang mengamalkan amalan semuanya boleh. Jika semuanya boleh maka tuduhan dan keaiban yang menimpa insan ini, menuntut satu budaya dan fahaman budaya yang diwarisi dari generasi demi generasi. Bermula di tanam di kalangan kaum Hud , maka kini ianya berulang semula di sebuah negara yang mengamalkan semangat ajaran sesat Malaysia Boleh. Jika ini bukan budaya Barat dan diamalkan di seluruh dunia, maka Malaysia tidak ketinggalan. Cuma yang kurang hebatnya ialah kerana kebolehan ini sebenarnya kurang mendapat sambutan dan kepercayaan  yang hebat di kalangan rakyatnya.  

Keadaan ini juga berlainan dengan bekas Menteri Besar Selangor. Setelah menghabiskan ratusan ribu ringgit bermalam di hotel lima bintang untuk membaiki rumah  kediaman rasmi berharga lima juta  sewaktu menjawat jawatan ,  kini  ia menerima nasib seperti insan yang tidak disokongnya. Jika berani, maka silakan lakukan ujian DNA sebagaimana yang dilakukan oleh insan yang berada di Sungai Buloh tersebut. ABU HASSAN  pastinya tidak berani melakukannya. Jika beliau berani, maka sudah tentulah semuanya menjadi Boleh.