Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

TANGISAN MAHATHIR

Mujurlah ketika Mahathir Mamakutty @ P***M** itu menitiskan air mata buayanya, saya tidak berada di hadapan TV, kalau tidak sudah tentu saya pun akan turut menangis kegelian dan kemualan melihat orang tua nak mampus itu membuang tabiatnya sekali lagi. Tangisannya kali ini adalah mengenai perjuangannya untuk mengekalkan hak-hak kaum Melayu atau bumi putera yang kian terhakis, sama seperti tangisannya ketika melafazkan sajak "Perjuanganku Masih Belum Selesai". Maka ramailah anak-anak syaitan keparat UMNOmore turut bersedih melihat Bapak Syaitan Negara mereka melakonkan adegan stereotaipnya. Sungguh berkesan sekali lakonanmu yang sungguh versatile wahai P***M**, benar-benar seperti lagak bintang filem Hindi Shahrukhan yang sangat-sangat kau minati itu.

Wahai Syaitan bertopeng manusia, kami orang Melayu ini pun tidak pernah menangis seperti engkau yang kununnya ingin menjaga kepentingan Melayu. Sejak sekian lama dulu, kami anak-anak Melayu jati tidak pernah menganggap engkau sebagai sebahagian dari kami.  Kami tidak tahu asal usul engkau, dari negeri atas angin atau bawah angin atau seekor syaitan yang terlepas dari neraka.  Tetapi yang pastinya, engkaulah penyebab utama bangsa kami semakin terpinggir jauh ke belakang. Kerana engkau nama baik bangsa dan agama kami tercemar ke seluruh dunia.  Engkau kebas apa sahaja hak-hak kami hingga licin tidak berbaki.  Kini engkau menangis pulak.  Kepala otak engkau!

Mengapa engkau begitu tersentuh mengenangkan nasib orang-orang Melayu, sedangkan berapa banyak tanah-tanah rezab Melayu telah engkau "baham" anak beranak dan kau agihkan kepada saudara mara engkau tanpa mengira bangsa?

Mengapa engkau begitu tersentuh mengenangkan nasib orang-orang Melayu, sedangkan rezeki yang melimpah ruah hanya kau "lantak" sesama engkau dan kroni-kroni engkau?

Mengapa engkau begitu tersentuh mengenangkan nasib orang-orang Melayu, sedangkan perasaan mereka tidak pernah engkau pedulikan, agama mereka terus engkau injak-injak sesuka hati?

Mengapa engkau begitu tersentuh mengenangkan nasib orang-orang Melayu, sedangkan hidup mereka semakin terhimpit kerana kerakusan dan ketamakkan engkau dan kerabat-kerabat engkau?

Engkau ingat kami mudah lupa bahawa dulu engkau pernah berkata pada suatu hari nanti orang-orang Melayu akan kehilangan hak-haknya.

Engkau ingat kami mudah lupa bahawa dulu engkau pernah berkata orang-orang Melayu tidak akan maju dan boleh bersaing selagi mereka dibelai dan dimanja oleh Kerajaan.

Engkau ingat kami mudah lupa bahawa dulu engkau pernah berkata kejayaan orang-orang Melayu sekarang bukan berdasarkan keupayaan mereka tetapi hasil bantuan Kerajaan kerana hak-hak Melayunya.

Persetankan itu semua………

Kami tidak takut akan kehilangan hak-hak itu kerana kami sudah tiada tanah dan kepentingan lain lagi untuk takut akan kehilangan hak-haknya.  Kami bukan diberi rezeki lantaran hak-hak itu, tetapi rezeki kami hanya semata-mata datangnya dari Allah, Tuhan kami dan Tuhan engkau.  Hak-hak untuk meneruskan hidup bukanlah segala-galanya.

Tetapi…….

Hanya yang kami khuatirkan adalah usaha terus menerus engkau menyelewengkan anak bangsa kami dari ajaran agamanya. 

  YA ALLAH KAMI BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SYAITAN YANG DIREJAM!  

  LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA ISLAM TERTEGAK DI BUMI INI

  BOMOHDIN 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter