AWAS MB SELANGOR YANG BARU!
Sdra webmaster,
Akhirnya, Selangor sudah
mendapat MB yang baru! Tahniah kita ucapkan kepada YB Dr Khir. Sudah pasti ramai yang
mengharap harapkan jawatan tersebut sudah menempah kot tapi hampa belaka!
Kita harap
MB baru ni janganlah repeat perangai buruk dua menteri besar yang lepas setelah memegang
jawatan tersebut. Jangan main anak raja. Kalau nak main pun minta persetujuan raja dulu.
Nanti raja dapat berita secondhand, murkalah raja! Jangan juga membawa berkarung
karung duit ke luar negara. Kalau nak bawa pun, jangan sampai tertangkap. Besar
kemaluan! Jangan juga main dengan adik ipar sampai ada anak! Haram!
Walaubagaimanapun,
kita doakan selamat berkhidmat untuk rakyat kepada YB Dr Khir.Kita perhatikan dalam masa
dua tahun ini samaada ada atau tidak perubahan ketara dari segi kemewahan pada
keluarga Dr Khir ini. Kalau dulu rumah sebiji tapi selepas jadi MB, rumah dan kereta
berderet2, makan tak habis macam Mat Tyson tu, tahulah kita nanti mana datangnya
kemewahan segera tu! Ramai yang berebut rebut nak jawatan dalam UMNO kerana nak jadi
jutawan segera!
RAKYAT SELANGOR