NILAI NYAWA RAKYAT KEPADA AGENDA MAHATHIR
Saudara webmaster,
Saya tertarik dengan komen
yang dibuat oleh Lee Kuan Yew mengenai isu Sauk. Mengikut LKY, sesebuah kerajaan tidak
mungkin merancang dan melakonkan tragedi seperti di Sauk yang melibatkan nyawa.
Kenyataan seperti ini ada logik dalam keadaan biasa tapi dalam keadaan di mana ada
pihak-pihak tertentu terasa amat tersepit, segolongan manusia yang berkuasa dalam
kerajaan kemungkinan besar, telah merancang dan mencetuskan tragedi Sauk ini.
Selepas mencetuskan tragedi tersebut, puak-puak
ini yang memegang teraju kerajaan telah mengguna segala jentera untuk menghalalkan
agenda keji dan kotor mereka. Perancangan insiden ini hanya dilakukan oleh puak-puak
ini, maka hanya segelintir dalam kerajaan yang betul-betul mengetahuinya. Pak Lah, Najib
dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pun tak dimaklumkan terlebih dahulu. Maklumlah,
satu konspirasi yang diatur di kalangan puak-puak yang tersepit yang terdiri dari PM
sendiri, Aziz Shamsuddin dan beberapa pegawai dalam JPM!
Maka tak hairanlah pada awal tercetusnya
insiden ini, nampak sangat kelam kabut laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan yang
dikeluarkan oleh media-media, Pak Lah, Polis, Najib dan juga Angkatan tentera! Kita
dapat saksikan bagaimana pihak ATM membisu seketika, terpinga pinga! Najib sendiri pun
macam tak percaya apabila membuat kenyataan dalam TV. Nampak sangat Najib tak serius
disebabkan beliau tak tahu hujung pangkal.
Yang sibuk sangat ialah Mahathir sendiri yang asyik
menuding jari kat PAS kerana beliau terlibat secara langsung dalam perancangan
tragedi ini. Mahathir ada kepentingan dalam kes ini. Ada udang di sebalik batu! Maka
seperti biasa, pandailah beliau berlakon. Sayang sekali kerana Mahathir
OVERberlakonlah, maka rakyat nampak segala kepincangan dan kesongsangan rancangan jahat
yang cuba puak2 ini cetuskan.
Apabila sesuatu yang dirancang oleh manusia
bermotif jahat, Allah swt tidak akan meredainya. Mereka yang berfikiran waras dan tiada
kepentingan, memang nampak sandiwara yang cuba dilakonkan oleh puak-puak ini. Dalam
keadaan biasa, tiada kerajaan akan melakukan kerja terkeji ini tapi dalam keadaan gawat
sekarang, pihak-pihak yang berkuasa dalam kerajaanlah yang pasti melakukannya!
RAKYAT PRIHATIN
Nota webmaster:
Ada dua
perkara yang diperhatikan dalam perbicaraan saudara. Pertama ialah mengenai
kenyataan Lee Kuan Yew nampak seperti mahu campurtangan dalam isu politik di negara ini.
Sebagaimana kenyataan seorang penulis di laman ini semalam, mengapa Wisma Putra atau
Mahathir tidak menyatakan bantahan kerana orang luar mahu campurtangan dalam hal ehwal
dalaman politik negara ini.
Kedua, isu Sauk. Kegagalan
kerajaan meyakinkan rakyat nampaknya memberi kesan yang begitu mendalam kerana ahli-ahli
UMNO di peringkat 'grassroots' sendiri melahirkan kekecewaan mereka dengan isu ini. Logika
yang disogokkan turut dipertikaikan mereka. Ada yang menyatakan mengapa perlu
seorang yang berpangkat tertinggi (Kolonel) menyiasat simpanan senjata sedang ramai lagi
pegawai peringkat bawahan yang boleh melakukannya.
Ketiga ialah mengenai nyawa
yang murah. Kepada pemimpin UMNO nyawa rakyat berada dalam genggaman mereka. Sesiapa
sahaja boleh jadi mangsa untuk menutup kebusukan perbuatan mereka. Ingat tak kepada
Jalil Ibrahim penyiasat kes pecah amanah BBMB di Hong Kong, Datuk
Taha, Muktazilah, doktor yang ditembak di berhampiran LRT (yang mengetahui racun arsenik
yang dikenakan ke atas DSAI) dan berbagai-bagai lagi. Nyawa rakyat cukup murah bagi
mereka.
Kesimpulannya imej UMNO/BN
pasti akan terjejas teruk sehinggakan apabila dipecat Abu Hassan Omar tidak dipecat
sifatnya sebagai ADUN kerana bimbang satu pilihan raya kecil ketika ini akan meranapkan
sebuah lagi kerusi ADUN di Selangor. Yang nyata, masa depan politik pemimpin seperti ini
mengalami zaman gelap mereka. Ianya turut melibatkan parti yang didokong mereka.