Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHATHIR CABUL UNDANG-UNDANG NEGARA?

Saudara webmaster,
Apa sudah jadi dengan KEDAULATAN UNDANG UNDANG dan KELUHURAN PERLEMBAGAAN yang termaktub dalam RUKUN NEGARA jika ada manusia di negara ini yang KEBAL  dan TIDAK LUT  dengan sebarang saman? The law does not apply to the chief executive of the country nor the ruling party because they are  above the law!

Kenyataan Dato Shafie bekas Ketua Pengarah BPR dalam  mahkamah sudah jelas menunjukkan bahawa perdana menteri telah berlaku salah. On the first count, cuba menghalang pegawai kerajaan dari menjalankan tugasnya. On the second count, kesalahan tersebut melibatkan satu kes rasuah dan on the third count, sudah nyata Ali Abul melakukan rasuah, dilantiknya pula sebagai Gabenor Bank Negara! Seorang perasuah dilantik untuk menjaga the CENTRAL BANK!Sama juga melantik seorang perompak menjadi pengawal keselamatan di sebuah bank!

Mengapa tindakan undang2 tidak diambil terhadap perdana menteri yang telah jelas melakukan kesalahan yang amat berat? Patutkah kita dipimpin oleh seorang perdana menteri yang berkelakuan tak senonoh seperti ini? Where are our values? Where are our morals? Takkan manusia bernama Mahathir Mohammad ini terlalu indispensable? Kalau dia sudah menjadi satu liabiliti kepada imej negara, pasal apa rakyat tak mahu menolaknya?

Adakah kerana beliau sudah terlalu mengkontrol institusi2 tertentu dan juga media2, rakyat tak mampu memaksa beliau berundur? Apa yang patut kita lakukan? Sudah tentu, selagi he is in power, he will continue to insult our intelligence dengan lakonan2 dan strategi2 liciknya yang nyata nak menyelamatkan dirinya, keluarganya dan kuncu2nya! Sambil itu, beratus juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan agenda agenda kotor mereka!

Sistem kita sudah hancur! Habis diliwat oleh puak puak ini. Budaya2 yang tak senonoh sekarang berleluasa. Mengampu, membodek...macam2 lagi. Ramai yang mengambil kesempatan dan mereka ini ialah golongan yang tidak berwibawa, tidak bermoral, kurang berkelayakan, kurang berkebolehan  dan lebih mementingkan diri sendiri saja. Tidak ada tempat untuk mereka yang berwibawa, bermoral, berkebolehan, berkelayakan dan bersikap professional. C'mon, let us do something to stop the rot!

RAKYAT PRIHATIN

Nota webmaster:
Saudara, tidak ada apa yang mampu kita lakukan dalam waktu terdekat ini. Hendak kita berdemo saudara maklum sajalah. Bukan kerana kerana kita penakut, tetapi saya berani mengatakan apabila berdemo pemimpin pembangkang ke semuanya akan ditangkap kerana dituduh menaja rakyat menunjuk perasaan.

Memang Mahathir sudah mengongkoli semua jentera kerajaan. Lihat sahajalah surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO sehingga pegawai kerajaan yang henda menghadirikan diri dalam majlis bersama Maha Firaun itu dilarang berkopiah putih dan berjanggut. Terang-terang mereka menolak sunnah!!

Apa yang mampu kita lakukan teruskan memberikan kesedaran kepada rakyat marhaen tentang kesedaran mereka mendaftar sebagai pengundi dan kezaliman yang berlaku. Amatlah penting kita meruntuhkan kerajaan yang sedia ada untuk satu-satunya jalan menyingkirkan apa yang kita benci hari ini. Mudah-mudahan kita berjaya dan saya yakin, insya-Allah kita pasti berjaya!!

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter