Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SAJAK BERTAJUK : Pesanan buat "ISTERI"
(Pergelutan EGO kita)

Sayang…..,
Cahaya matamu….
Penawar kalbu,
Bukti sebuah cinta,
Tanda kita saling menyayangi.

….yang,
cahaya matamu….
Gila mengejar bayang,
EGOnya mamanjang.
Mengajak mu terlibat dalam pergelutan.

….yang,
EGOmu  EGOku jua,
Cahaya mata kita,
EGOnya  bagai sebuah bendang…
Padinya sedang menghijau,
Ia mau dipandang,
Ia mau ditendang,
Ia mau paluan gendang.

….yang,
EGO kita milik siapa sebenarnya.

….yang,
lihat di sana,
kemusnahan cahaya yang makin berbalam,
itu anak kita….
Yang berjalan terhoyong-hayang,
Mabuk melayani EGOnya.

Nun di sana,
Siapa itu yang aksinya menyangsikan,
Dari belakang anak kita dia persembahkan ….
Joget ....tenggelam dalam paluan gendang.

Lihat….!
Anak kita digiring menuju jurang!
EGOnya masih menang.

….Yang,
EGO kita kini milik siapa ?

Jelinglah ,
Anakmu yang EGOnya telah menang
… dalam pertarungan gusti,
kecundang dihujung hatimu…
yang terluka.

Neraka ganas menyeringai…
Rakus tanpa ehsan,
Anak kita kini sedang jadi tumpuan.

….yang,
bangunlah  …..yang!
hari sudah siang.

….yang,
anak kita sudah kencing malam,
anak kita mau tukar lampin,
anak kita mau sarapan.

….yang,
EGO kita,
Cahaya mata kita,
Penawar kalbu,
Kurniaan Ilahi,
Solehkanlah  egonya.

Solehkanlah EGO kita,
Milik Allah Rabbul 'izzati,
Syurga  menanti.

Ingat tu… yang!

Oleh  : Azhari(s)
Jum.18Ogos2000.

Para ibu....elaklah mudah tergores terus membiar anak menjadi DERHAKA 
jadi "Isi Neraka" ...

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter