Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Dato' Dr Hassan Ali paling layak jadi MB Selangor

Berikutan perletakkan jawatan MB Selangor Dato Abu Hassan yang didapati tidak layak oleh P..M.. dan UMNO, dan setelah banyak hari masih juga tak diperolehi gantinya dari kalangan UMNO dan BN, nampaknya pegawai-pegawai kerajaan Selangor merasa amat lega dan selesa dengan ketiadaan MB dari kalangan BN.

Jika diamati kelayakan semua wakil-wakil yang telah dipileh oleh rakyat di Negeri Selangor, orang yang paling layak menjadi Mentri Besar ialah YB Dato' Dr Hassan Ali.

Beliau punya pengalaman, kebolehan, taraf akademik, pengetahuan agama, charisma, dan kepimpinan yang tidak dapat disangkal.

Demi kebaikan rakyat Selangor sepatutnya beliaulah yang menjadi Menteri Besar Selangor.

Kalau DYMM Sultan Selangor prihatin akan kebajikan rakyat dan negeri Selangor, patutlah baginda bersuara dengan tegas untuk melantik YB Dato' Dr Hassan Ali,  InsyaAllah rakyat akan menyokong Tuanku.

Apa peduli Tuanku punya kuasa politik atau tidak .... suaraka aje dengan tegas . . . apa takut . . . apa Mahathir boleh buat ?!  Rakyat akan menyebelahi Tuanku.

Masa inilah raja-raja Melayu patut mengambil kesempatan terhadap Mahathir yang telah memperkecilkan Raja-Raja Melayu !

Ahli Mangku Negara.  

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter