Lebih terkejut lagi bila ada kenyataan bahawa pemimpin BA
akan hadir dalam pementasan 'Drama Sauk Siri Ke-2' Saya tak mahu komen apa-apa..cuma
dalam hati kecil (mungkin) seluruh rakyat BA tidak menyetujuinya....kerana
apa?..kerana takkanlah pemimpin BA sanggup bersekongkong menyaksikan sebuah drama yang
diilhamkan oleh seorang pengarah drama yang sedang mabuk main filem...macam macam
filem yang cuba ditayangkan untuk mengimejburukan BA tapi setakat ini rakyat tidak
lagi mempercayai segala tipu daya Al-Mahapunah...pelakon airmata sensasi milenium
kini.
Saya rasa syukur dan lega kembali bila terbaca kenyataan
BA tidak akan hadir menyaksikan Drama Sauk Siri Ke-2 kerana dikatakan tiket telah
kehabisan...ops sorry bukan tiket habis..tapi UMNO dan BN habis modal untuk menghadapi
BA.
Andaikata pemimpin BA hadir dalam lakonan tersebut..sudah
pasti pengarah drama tersebut akan mengeksploitasi habis-habisan kedatangan pemimpin
BA.
BN akan kata...dan memang hati busuknya bercadang untuk
kata.
Katanya, " Kalau drama ini palsu...pasti
pemimpin BA tidak akan buang masa menyaksikan drama lakonan semula itu."
Syabas pemimpin BA, kalian masih lagi waras dan punyai
minda bijaksana bukannya minda bijaksini.
Kalaupun nak lakonkan semula..gunakanlah pelakon
Al-Maunah..baru real. Ingat rakyat ni..bangang sangat ke? Yang duk suruh tentera yang
telah dilatih berpuluh-puluh kali menyusun senjata tu...melakonkan episod tu...buat
apa? Mungkin itulah kerja tentera sekarang iaitu sebagai pelakon dan penyusun senjata.
Sepatutnya tolong lakonkan bagaimana wajah dan tutur kata
Mahapunah ketika menengking dan mencaci Dato Shafei ketika memanggil Dato Shafei ke
pejabatnya.
Memang lakonan drama episod susun senjata itu 'berjaya
susun senjata' dalam pajero, tapi pada hemat saya 'Pengarahnya' GAGAL mengheret
sama pemimpin BA untuk bersekongkol dalam pementasan drama itu.
Sebenarnya lakonan tersebut adalah untuk mengelirukan
pemikiran rakyat
Malaysia...lagipun lakonan itu boleh dianggap menghina
kewibawaan mahkamah.
Rakyat Malaysia dipaksa mempercayai 'babak isi
senjata' dengan harapan seluruh rakyat akan mempercayai keseluruhan Drama
Sauk.
Cuba renung analogi ini" Tubuhkan Bank
Islam",tapi Bank Riba bersepah-sepah.... bolehkah dianggap negara ini telah
Islam? Cuba Astora jawab...kalau mu salah... aku hantar mu kelik ke Thailand.
Sekali lagi seluruh rakyat Malaysia mesti sokong BA untuk
menjana kemenangan di Tahun 2004?
Menjelang 2004 bila BN kalah dan BA menang..pada ketika
itu kita akan cari 'pelakon airmata' untuk dipertanggungjawab di atas segala
penyelewengan selama 17 tahun memerintah KRONIMU MALAYSIA. Kita akan kejar Mahadir sehingga ke lubang kubur. Tapi
kalau tak sempat....biar Allah balas dalam kubur setimpal dengan dosanya yang telah
dibuat.
Graduan PJJ