Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Buat kesekian kalinya Mahathir menangis. Menangis kununnya untuk mempertahankan Hak Istimewa Orang Melayu agar tidak terhapus dari bumi Malaysia tercinta ini. Manakala beberapa pelakon tambahan dengan begitu bersemangat sekali apabila Hak Istimewa Orang Melayu ini dipertikaikan oleh orang yang bukan Melayu dengan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Mahathir.

Kita yakin orang-orang bukan Melayu tidak akan berani mempertikaikan Hak Istimewa Orang Melayu kalau tidak Mahathir sendiri yang menghakis Hak Istimewa Orang Melayu. Kita lihat sahajalah Tanah Rezab Melayu yang kian terhakis dari masa ke semasa. Semua ini adalah angkara Mahathir yang meminda Akta Kanun Tanah Negara yang membolehkan kerajaan mengambil tanah rezab Melayu atas tujuan pembangunan. Kita dapati banyak tanah rezab Melayu di bandar-bandar dan di Langkawi telah jatuh ke tangan orang bukan Melayu atas tujuan pembangunan. Nilai tanah rezab Melayu pula adalah lebih rendah dibandingkan dengan tanah bukan rezab Melayu. Tanah-tanah rezab Melayu yang telah diambil alih ini pula tidak diganti sepenuhnya. Akhirnya apa yang berlaku ialah orang Melayu semakin kehilangan tanah-tanah milik mereka.

Dalam soal-soal lain pula Hak Istimewa Orang Melayu tidak dinikmati oleh orang-orang sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja yang menikmatinya. Umpamanya dalam soal untuk mendapatkan pinjaman pelajaran, pinjaman tabung usahawan dan sebagainya hanya boleh dinikmati oleh orang-orang Melayu yang bermazhabkan al-Umnowiah dan al-Bieniah sahaja. Manakala yang lain-lain tidak layak sama sekali. Ini lebih ketara selepas pilihanraya umum 1999 yang lalu.

Mahathir juga telah banyak menghina dan memalukan orang Melayu. Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim, kes Mahathir menghina guru, pensyarah dan pelajar-pelajar Melayu dan banyak lagi kes di mana Mahathir  telah mengesampingkan orang Melayu. Mahathir juga yang menimbulkan isu yang bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.

Apakah kita masih mengharap Mahathir untuk mengekalkan Hak istimewa Orang Melayu ini? Hanya orang-orang yang bodoh  dan tidak akal sahaja yang berharap seperti itu. Orang-orang yang cerdik akan bertekad membuang Mahathir ini dari tampuk pemerintahan negara kerana orang seperti ini tidak boleh diharapkan untuk mengekalkan Hak Istimewa Orang Melayu ini. Jangankan Hak Istimewa Orang Melayu malah hak rakyat Malaysia pun kalau boleh hendak dikikisnya dan disalurkan ke poketnya.

Apapun isu yang dibangkitkan sekarang ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menutup kebejatan dan kebobrokan pemerintahan Mahathir hari ini yang amat parah dan tidak mungkin boleh dirawat lagi. Hanya menunggu masa untuk dikafankan dan dikuburkan. Batu nisannya telah tersedia. Amat besar rupanya dan amat mahal harganya.

Apakah kita mahu supaya kita ini hancur bersama-sama dengan Mahathir dan konco-konconya? Sudah tentu tidak sama sekali. Oleh itu kita persetankan dengan isu Hak Istimewa Orang Melayu ini yang kununnya hendak dibela oleh Mahathir. Mengharapkan Mahathir adalah seperti mengharapkan perompak untuk menjaga harta benda kita. Nanti secara kita sedar atau tidak semua harta kita dirompaknya.

Abu Zahra' 
Banting, Selangor

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter