Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KEMERDEKAAN DARI BELENGGU BAPA SYAITAN NEGARA 

Mahathir Mamakutty menyeru sekali lagi kepada rakyat untuk menunjukkan semangat patriotik mereka kepada negara dengan mengibarkan JALUR GEMILANG (nota: tidak pasti apa yang gemilang) di merata-rata tempat sama ada di kenderaan, rumah, premis perniagaan, tempat pembuangan najis, kelab-kelab malam, tempat-tempat penjualan arak dan judi dan sebagainya.  Sepintas lalu, seruan ini tidak boleh kita sangkal malah sememangnya turut digalakkan oleh agama (?) sebagaimana mengenang detik-detik manis pembebasan negara dari belenggu penjajahan.  Tetapi, jika diteliti agak lebih mendalam, Mahathir Mamakutty mempunyai agenda yang tersirat yang kadangkala sukar dibaca oleh kebanyakan rakyat.

Mahathir Mamakutty sedar bahawa sokongan rakyat terhadapnya kian merosot dari hari ke hari berikutan banyak peristiwa yang memalukan berlaku hasil tindak tanduknya semenjak kebelakangan ini.  Beliau mengambil kesempatan sempena menyambut hari Kemerdekaan ini untuk melihat samada seruan atau pujukannya masih lagi mendapat simpati rakyat.  Kita akan melihat respon rakyat terhadap seruan ini sedikit masa lagi kerana program mengibar JALUR GEMILANG baru sahaja dilancarkan semalam (17-08-2000). 

Walau bagaimana pun, seperti kebiasaan yang dilakukannya, Mahathir Mamakutty akan memastikan bahawa respon rakyat terhadap seruannya adalah "luar biasa" (nota: binatang seekor ini adalah binatang yang luar biasa kerana dia tidak bertanduk dan tidak berekor, justeru itu apa yang dilakukan semuanya adalah luar biasa) dengan menaja banyak bendera-bendera percuma yang akan diagihkan kepada rakyat.  Pada tahun-tahun lepas, bendera-bendera JALUR GEMILANG dihadiahkan secara percuma kepada pengguna-pengguna jalan raya (nota:  anda boleh meminta bendera lebih dari satu) dan kita jangka pemberian percuma bendera ini akan diperluaskan ke pusat-pusat membeli belah, hatta ke tempat-tempat di mana terdapat ramai pengunjung seperti di tempat-tempat peranginan, hospital-hospital, sekolah-sekolah, panggung-panggung wayang dan sebagainya.

PERSOALANNYA, adakah kita patut menyahut seruan ini?  Pada pendapat saya dua pendekatan boleh kita gunakan, iaitu:

1.         Menyahut seruan tersebut dengan mengibarkan bendera JALUR GEMILANG bersama-sama bendera parti yang kita pilih samada PAS, Keadilan, PRM atau DAP (nota:  inilah masanya bagi anda yang takut berdemo dijalanan bersama-sama kami untuk menunjukkan sedikit keberanian).  Bagi diri saya, tidak "berdosa" untuk mengikut seruan orang tua terkutuk ini, kerana jika sekiranya beliau menyeru kita untuk bersolat, sudah pasti kita akan terus bersolat bila tiba waktunya walaupun tanpa seruan beliau.

2.         Anda juga boleh memilih untuk berdiam diri, tanpa mengibarkan sebarang bendera JALUR GEMILANG (nota: ini adalah pilihan kepada mereka-mereka yang terlalu phobia untuk melahirkan bantahan - "JIHAD DALAM TIDUR").  Pada hakikatnya, pengibaran bendera JALUR GEMILANG bukanlah satu cara terbaik bagi kita melahirkan perasaan kebanggaan dan kesyukuran ketika menyambut hari kemerdekaan (nota: orang yang bankrup idea seperti Mahathir Mamakutty sahaja menganggap hal ini terlalu penting), malah lebih afdhol jika kita lahirkan kesyukuran dengan majlis-majlis doa selamat di surau-surau atau masjid-masjid. 

Akhir sekali, bersama-samalah kita menyambut HARI KEMERDEKAAN NEGARA dengan menanam semangat untuk merdeka sekali lagi dari cengkaman dahsyat MAHATHIR MAMAKUTTY MAHAFIRAUN MAHAZALIM merangkap BAPA SYAITAN NEGARA, yang jauh lebih dahsyat dari kejahatan penjajah.

MENANTI SAMBUTAN KEMERDEKAAN DARI BELENGGU MAHATHIR MAMAKUTTY.

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA MAHATHIR TUMPAS

ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter