Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ASSABIYAH SATU CIRI AJARAN SESAT!

Saudara webmaster,
Nampak sangat UMNO ni tak jujur. Setelah akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia memutarbelit dan memanipulasikan kenyataan yang dibuat oleh David Chua, semata mata dengan tujuan untuk membakar semangat orang orang Melayu, pemimpin pemimpin UMNO pula bersuara lantang kononnya nak mempertahankan ketuanan Melayu sambil memberi isyarat kepada kaum kaum lain supaya jangan sesekali bermain api! Satu lagi lakonan yang dirancang oleh Mahathir dan kuncu kuncunya yang sudah desperate dan tersepit!

Lakonan atau sandiwara seperti ini lebih kurang sama dengan apa yang pernah berlaku pada tahun 1980an setelah menteri dari MCA membuat satu kenyataan yang berakhir dengan operasi lallang. Yang kononnya bertelagah ialah di antara MCA dan UMNO tapi yang menjadi mangsa ialah pemimpin pemimpin seperti Mat Sabu, Karpal Singh, Lim Kit Siang!!

Inilah senjata UMNO. Inilah senjata yang cuba dimainkan oleh Mahathir dan kuncu kuncunya. Isu perkauman dimainkan sesuka hati mereka untuk menakut nakutkan orang orang Melayu dan kaum kaum lain. Padanlah sejurus selepas insiden Sauk Mahathir ada berkata kalau nakkan kestabilan, beliau menyeru kaum kaum bukan bumiputera supaya terus menyokong BN! Apa kena mengena tragedi tersebut dengan perkauman? Untuk menakut nakutkan lagi kaum bukan bumiputera maka diletakkan bom di beberapa tempat! Hiss, nampak sangat kita ni cuba diperbodohkan!

Lepas tu, TV3 pula menayangkan satu rencana yang membawa cerita lama-cerita Mei 13. Masih rakyat tak yakin dengan propaganda yang cuba dilakonkan oleh Mahathir dan kuncu kuncunya, maka dieksploitnya pula kenyataan yang dibuat oleh David Chua, selaku Timbalan Pengarah NEEC! Maka berhimpunlah puak puak yang rata rata berkepentingan berjumpa Mahathir dengan laungan mereka 'Hidup Melayu! dan seperti dalam skrip, Mahathir pun  mengambil kesempatan ini berlakon depan kaca TV-tersebak sebak, kononnya sambil cuba menaikkan semangat orang orang Melayu!

Lama manakah lagi rakyat berbilang kaum di negara ini akan diperbodohkan dengan politik perkauman UMNO dan lakonan lakonan Mahathir? Lama manakah lagi rakyat negara ini akan didera dengan ketidakjujuran cara berpolitik pemimpin pemimpin tertinggi UMNO? PAS, PRM atau pun Keadilan tidak pernah berjuang atas pletfom politik perkauman yang sempit. Pernahkah kita mendengar parti2 ini cuba menyemarakkan semangat orang orang Melayu dengan mensensationalisekan isu isu perkauman? Yang jelas ialah mereka nampak lebih jujur dan berjuang di atas pletfom menegakkan KEADILAN!

HANG TUAH

Nota webmaster:
Saudara Tuah, perjuangan bangsa memang bukan dari ajaran Islam. Perjuangan assabiyah itu adalah salah satu dari ciri ajaran sesat atau disebut 'thaghut'. Justeru itu sesebuah parti atau organisasi yang mentauhidkan ajaran Allah tidak akan berpaksikan kepada perjuangan assabiyah. Mungkin timbul persoalan 'kamu bangsa apa, dan apakah kamu tidak mementingkan bangsa kamu?'

Allah menjadikan berbangsa, suku kaum dan puak-puak bukan untuk bersaing sesama mereka atas semangat assabiyah. Sebaliknya perbezaan itu untuk menunjukkan betapa kehidupan kita tidak mengira bangsa dan kaum, melainkan untuk mentauhidkan Allah yang Esa. 

Kita perhatikan semangat assabiyah hanya wujud dalam UMNO. Sebaliknya dalam BA kini semangat assabiyah sudah lama luntur. Perjuangan menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman dengan sendirinya menolak semangat assabiyah sehingga terpancar kemurnian agama Islam  dan keadilan itu sendiri.

Kita sedar Mahathir sedang memainkan lakonan-lakonannya melalui pelbagai drama dan sandiwara. Memang firaun itu bertujuan untuk mnejadikan rakyat leka dengan lakonan-lakonan itu agar mereka melupakan perbuatan salah laku rasuahnya setelah mengarahkan bekas ketua Pengarah BPR, Dato'  Shafiee Yahaya menghentikan siasatan ke atas perbuatan menerima wang sogokan oleh Tan Sri Abol Hassan. Rakyat jangan terpedaya dengan segala lakonan Mahathir ini. Teruskan perjuangan kita menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman.

Dalam hubungan ini perbetulkan niat kita iaitu untuk menegakkan syariat Allah. Sepatah pesan tuan guru, sekiranya kita mati dalam perjuangan ini (perjuangan agama, bukan assabiyah), mati kita adalah mati syahid. Memang benarlah tidak payah kita masuk agama Hindu, Keristian atau Buddha, tetapi iman kita akan gugur dan terbatal akidah Islamiyah seandainya kita mengakui perjuangan assabiyah dengan meninggalkan kepentingan tauhid dan kehidupan beragama.

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter