Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

BERITA TERKINI DARI PUTRA JAYA

PUTRAJAYA:  Berita terkini yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa tema hari kemerdekaan negara yang ke 43 "KERANAMU MALAYSIA" telah ditukar berkuat kuasa serta merta kepada "KERANAMU MAHATHIR".  Pertukaran ini dibuat disebabkan tema asal tidak membawa apa-apa makna yang signifikan kepada negara, malah menurut pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang tidak mahu identitinya didedahkan, perkataan yang digunakan di dalam tema tersebut adalah "tergantung" maksudnya dan boleh memberi implikasi negatif kepada negara jika digunakan oleh orang-orang miskin, penjenayah, para penagih dadah, sampah masyarakat dan sebagainya.  Kita beranggapan bahawa tema "KERANAMU MALAYSIA" akan disalahguna dengan berleluasa oleh golongan tersebut yang akan menuduh bahawa "KERANAMU MALAYSIA" kami menjadi miskin, "KERANAMU MALAYSIA" kami menjadi penjenayah, "KERANAMU MALAYSIA" kami menjadi penagih dadah dan segala macam tuduhan liar lain yang akan kedengaran di seluruh negara.

Menurut sumber rasmi berkenaan, yang tidak mahu namanya disebut, tema baru "KERANAMU MAHATHIR" adalah lebih bertepatan kerana Dato' Seri Dr. Mahathirlah satu-satunya pemimpin negara yang berjaya membawa nama Malaysia dikenali ke seluruh dunia.  Menurut sumber tersebut, sebelum pemerintahan Dato' Seri Dr. Mahathir, dunia langsung tidak mengenali Malaysia, malah ada di antara mereka mengatakan Malaysia adalah sebahagian dari negara China atau India kerana hubungan namanya dengan banjaran Himalaya.  Terdapat juga di kalangan mereka mengatakan Malaysia adalah terletak di Afrika kerana terdapatnya nama Malawi.  Tetapi, kini mereka sedar dan insaf bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang jauh tidak bertamadun dari negara-negara tersebut.  Inilah yang membuatkan nama Malaysia menjadi semakin "harum".

Menurut sumber itu juga, usaha-usaha Dato' Seri Dr. Mahathir memperkenalkan Malaysia ke mata dunia dengan memacak bendera Malaysia "JALUR GEMILANG" di gunung Everest,  mengibarkan bendera yang sama mengelilingi dunia melalui kapal layar dan mendarat di "loope-hole" kutub utara (nota: usaha ini gagal), dan berbagai-bagai percubaan lagi, kurang memberi kesan kerana kesemua usaha-usaha tersebut telah dilakukan "orang lain" lebih 50 tahun yang lalu.  Ini, malangnya, tidak disedari oleh Dato' Seri Dr. Mahathir.  Begitu juga, kejayaan beliau mendirikan dua (nota: bukan satu) bangunan tertinggi di dunia tidak mendapat perhatian kerana ianya melambangkan pembaziran wang rakyat dan berita mengenainya di luar negara tidak mendapat liputan meluas seperti yang digembar-gemburkan oleh media tempatan.  Namun begitu, usaha gigih dan tidak henti-henti Dato' Seri Dr. Mahathir untuk memperkenal dan mengharumkan nama negara membuahkan hasil dengan kenyataan beraninya mengakui bahawa dia adalah "MAHAFIRAUN".

Malaysia menjadi tambah terkenal dengan kepimpinan "diktatorship", corak kepimpinan yang hampir pupus, yang digunakannya selepas tindakan ber"hemah" beliau memaki hamun "penjangak matawang" yang telah meruntuhkan sistem ekonomi negara.  Episod terkini yang telah membuka mata dunia kepada Malaysia adalah campurtangan Dato' Seri Dr. Mahathir di dalam sistem perundangan negara yang jarang-jarang berlaku di dunia moden ini.  Filem bercorak thriller "the Sauk" hasil sutradara Mahathir juga telah berjaya mencapai "box office" di seluruh dunia dan beliau telah dipilih sebulat suara tanpa bertanding sebagai "the Best Director" di dalam anugerah perfileman terkenal "the Grammy Award - 2000".  Berdasarkan fakta-fakta di atas dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Dato' Seri Dr. Mahathir sendiri, maka dengan itu tema hari kemerdekaan "KERANAMU MAHATHIR" diguna pakai serta merta.  Dato' Seri Dr. Mahathir juga tanpa segan silu mencadangkan agar tema ini diguna pakai sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dato' Seri Najib Razak yang ditemui selepas pengumuman tersebut mengalu-alukan pertukaran tema itu.  Menurutnya "pertukaran tema ini adalah tepat pada masanya, kerana tanpa Dato' Seri Dr. Mahathir, siapalah kita. Saya naik pun kerana Mahathir dan masa depan politik saya amat bergantung kepada kebijaksanaan Dato' Seri perdana menteri.  Mungkin esok saya dilucutkan jawatan tetapi saya akur dengan kehendak pucuk pimpinan".

Dato' Abu Hassan Omar yang baru melepaskan jawatan akibat salahlaku seksnya turut menyokong pertukaran tema tersebut.  Dengan suara yang agak ketakutan beliau berkata  "Saya mesti menyokong apa yang dipersetujui oleh Dato' Seri Dr. Mahathir  kalau tidak sudah tentu kisah saya tidak akan berakhir di sini.  Mungkin salahlaku seks saya ini akan dibawa beliau ke mahkamah seperti apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Habislah tilam di rumah saya diangkut bersama ke mahkamah.  Mana saya nak letak muka".

Dato' Seri Abdullah Badawi yang juga ditemui memberi sokongan seratus peratus dengan pertukaran tema tersebut dan memberi amaran "jika sesiapa tidak menerima pertukaran tema ini, pihak Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah akta ISA.  Sesiapa yang cuba melakukan demonstrasi jalanan kerana tidak menyetujui tema ini, saya akan menyuruh pihak polis bersikap lebih tegas terhadap mereka"

Menteri Kewangan, Daim Zainudin yang mewakili ahli-ahli korporat yang ditemui dikediamannya akan berada teguh di belakang Mahathir untuk mempertahankan tema baru itu dan menurutnya "kerana Dato' Seri Dr. Mahathirlah rakyat boleh hidup mewah seperti sekarang ini.  Sekiranya tanpa keprihatinan Dato' Seri ramai di kalangan kami yang telah jatuh bangkrup lantaran kemelesetan ekonomi baru-baru ini.  Hidup Mahathir!"

Beberapa orang pemimpin di pihak pembangkang juga sempat ditemui seperti Dato' Fadhil Nor (PAS), Datin Dr. Seri Wan Azizah (Keadilan), Lim Kit Siang (DAP) dan juga dan Dr. Syed Hussin (PRM).   Secara umumnya, kesemua mereka menyetujui dan menyokong tema baru yang diperkenalkan itu, tetapi pada perspektif yang berbeza.  Kenyataan bersama ketua-ketua pembangkang tersebut secara ringkas merumuskan "KERANAMU MAHATHIR" negara menjadi kucar kacir, nama baik negara di mata dunia tercemar (sistem keadilan dan perundangan diliwat), rakyat hidup menderita dan dalam ketakutan (dengan ancaman pelbagai akta seperti akta hasutan dan ISA), dan sebagainya.  Persetujuan ini benar-benar menyusuk jiwa dan kalbu Dato' Seri Dr. Mahathir dan dengan menintiskan air mata beliau bersyukur kerana akhirnya pembangkang dan Kerajaan berjaya mencapai satu kesepakatan.

 

KERANAMU YA ALLAH!

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA MAHATHIR TUMBANG! ALLAHUAKABAR!  

BOMOHDIN.

Nota webmaster: Memerlukan kekuatan minda untuk anda memikirkannya

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter