BUAT AMIN SAPIRO: DOA
UNTUK MU
Saudara Aminsapiro
Assalamualaikum wbt.....
Saya akan merasa bersalah kalau tidak menjawab
emel saudara yang menyatakan jihad saudara menjelajahi negeri kelahiran saudara itu.
Namun, saya akan merasa berdosa kalau jawapan yang saya tuliskan itu semata-mata
memberi tahniah, syabas dan diiringi sepotong dua doa' sebagai perangsang usaha itu.
Sebenarnya saudara memberikan saya satu kesempatan untuk menyambung apa yang saya tulis
satu ketika dulu di mana saya menulis betapa jauhnya perjuangan kita ini.
Izinkan saya
menulis secara ringkas kali ini kerana terlalu banyak yang mahu dilakarkan sebagai pesanan
daripada seorang abang yang tua kepada adik sibernya.
- Dalam masyarakat Jawa, apabila
seseorang insan mahu pergi berjuang ada beberapa perkara yang mesti ada padanya:
Satu, Iman yang kental agar ketaqwaan adalah pedomannya. Kedua: Ketahanan diri yang pejal
agar tidak mudah dirasuk hantu, syaitan dan jembalang baik yang secara lahiriah mahupun
yang datang melaui angin. Ketiga: Amalan yang 'cakep' (itu bahasa Jawa mungkin seperti
jempolan) agar tidak mudah diperkotak-katikan oleh orang luar agar berubah pedoman.
Keempat: Pembantu yang Setia: Setiap perjuangan mengabui minda rakyat perlu ada seorang
dua pembantu yang setia, yang sanggup mati direbus oleh pihak musuh kalau perlu. Kelima:
Pantang berpatah balik kerana musibahnya terlalu berat. Lantas, ganjarannya adalah nyawa
diri dan maruah serta martabat keluarga.
- Perjuangan adalah satu kata keramat hanya
difahami sedalam-nya oleh segelintir kecil insan yang dikenali sebagai orang Melayu.
Ramai orang Melayu yang suka menggunakan perkataan perjuangan, tidak sampai satu peratus
yang mampu melakukan perjuangan itu sebenarnya.
- Risiko satu perjuangan adalah
besar. Apabila seorang penulis yang popular sanggup bertukar wajah dan cara untuk membawa
satu arus kesedaran kepada bangsanya daripada menulis kepada terus berinteraksi secara
bersemuka, insan itu sudah tentu bukan calan-calang orangnya. Seorang pejuang Latin
Amerika Che Guiverra adalah seorang doktor perubatan. Dia sanggup melepaskan kerakyatan
negaranya untuk membebaskan Cuba daripada kerajaan feudal dan menegakkan satu kerajaan
rakyat. Dia berjaya dengan perjuangannya tetapi hasil perjuangan itu akhirnya menjadikan
rakyat Cuba menjadi hamba abdi kepada apa yang etelah diperjuangkannya.
Di Timur Tengah,
seorang jurutera telah meninggalkan kerusi ampuk untuk menggembeling bangsanya menentang
Zionisme. Adiknya (seorang jurutera juga) mengikut sama dan bekerja di klinik perubatan
untuk mencipta segala alat perubatan yang diperlukan untuk merawat kaumnya yang tercedera
dalam peperangan. Anak-anak lelakinya terpaksa diberikan nama lain agar tidak dapat
dikesan oleh musuh dan dianiayai. Inilah pengorbanan Yassir Arafat dan Palestin.
Ketika
Kerajaan Komunis diwujudkan oleh Russia di Afghanistan, seorang teman baik saya yang
pernah belajar dan bertugas sama di Amerika, telah mengambil satu tindakan yang sungguh
berani. Beliau telah mengatur satu rencana untuk membolehkan isteri dan anak-anaknya lari
ke Amerika melalui negara ketiga yang lainnya. Beberapa bulan kemudiannya beliau pergi ke
India untuk 'menghadiri satu kursus anjuran Bank Dunia' dan lari keluar daripada negara
itu. Khazanah di bank Negara Afghanistan ketika itu berjumlah lebih Tiga Ratus Juta Dollar
Amerika. Kini, Afghanistan muflis laksana sebuah negara anjing kurap. Banyak lagi
nama yang boleh ditonjolkan untuk membakar semangat kita. Cukuplah dengan tiga
contoh itu.
Saya mengucapkan syabas kepada kegigihan saudara. Tetapi, saya ingin sampaikan
satu pesanan seorang pejuang Melayu yang sudah lama berjuang menegakkan yang Haq di negara
ini:
- Dalam perjuangan, 'element of secrecy', adalah ciri yang paling unggul. Tidak
boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kerana itu, kurangkan berkomunikasi secara tulisan
dengan ramai makhluk yang saudara belum kenal akan isi perutnya. Di alam siber, saya
pernah berkata betapa saya hanya percaya tiga orang Pengendali Web sahaja: Boikot_mm,
Mindarakyat dan juga Webantu. Yang tidak tersebut namanya di sini, tunggu dulu. Bukan
kerana saya mengsyakki sesuatu, tetapi saya tidak mahu keliru. Sebab musababnya yang jelas
memang diketahui oleh PW Boikot dan jua Mindarakyat.
- Satu ketika dulu PW Boikot ada
menonjolkan Seri Bainun. Saya beri ingatan kepadanya kerana saya mengsyaki sesuatu. Kini,
penulis itu sudah lama tenggelam tak tahu bila akan timbul lagi. Dua faktor di atas
memberi satu ingatan kepada kita. Kalau mahu berjuang kurangkan bunyi langkah
kita dan pendamkan degup jantung kita. Orang yang pintar bertarung tidak perlu membawa
keris panjang ataupun menyelitkan keris pendek di pinggang. Tenaga dan senjata lawan
adalah alat pertahanan dirinya. Persekitarannya adalah teman karibnya.
- Ketika Anwar
Ibrahim dipecat oleh Mahathir, anak-anak angkat saya (sekitar empat puluh orang
professional Melayu) telah datang ke rumah. Kami bersolat sunat dan memohon doa ke hadrat
Ilalhi. Saya berkata: pada hari ini akan bermulalah era kejatuhan Mahathir. Kini, dua
tahun akan berlalu, ramalan itu amat tepat sekali. Sejak itu saya tidak berhenti menulis
dan menjelajah seluruh negara. Di mana adanya pesta rakyat tajaan Mahathir, di situ saya
akan pergi. Sauk meletup, saya mendahuluinya dengan mengatakan itu adalah satu lakonan dan
sandiwara panjang. Minggu yang lalu, Mahathir berada di Langkawi menyambut ulangtahun
perjalanan Azhar Mansur. Saya turut berada sama. Cuma saya tidak menulis akan upacara itu
kerana tidak mahu memberi ruang kepada orang Melayu menyedari betapa bodohnya kita, selama
ini.
Bayangkan dulu, jalur Gemilang dibikin dengan keringat rakyat tetapi kini ia berlabuh
di Porto Malai (Bahasa apa itu?) yang dikawal oleh Hotel Awana (kepunyaan Lim Goh Tong)
Hanya orang yang menginap di Awana yang dibenarkan mendekati jalur Gemilang itu.
Alangkah aibnya perkara ini.
Gunakanlah maklumat ini dalam penulisan saudara. Saya izinkan
dengan sukarela. Kalau saudara pernah ke Langkawi tentu saudara tahu akan tempat yang
dinamakan Telaga Tujuh. Kini Mahathir sedang merancang membikin satu pusat pelancungan di
puncak Bukit itu dengan membina 'cable car' daripada puncak Telaga Tujuh hingga ke Kuah.
Siapakah yang akan menaikki cable car itu nanti kalau bukan hantu dan jembalang. Hari ini
jumlah pelancung ke Langkawi sudah menurun. Orang Langkawi sudah resah gelisah. Satu kaki
persegi tanah di langkawi berharga antar empat hingga lapan ringgit. Satu relong ada
lebih kurang 35,000+ kaki persegi. Seorang petani Langkawi mempunyai antara satu hingga
sepuluh relong. Tetapi tanah di Langkawi adalah tanah beradat turun temurun. Apabila si
penama mati tanah perlu diagihkan kepada yang berhak sehinggakan sepuluh orang anak-pinak.
Jadinya apabila dijual tanah itu kepada Mahathir & Co. orang Langkawi kehilangan
tanah. Mereka tidak boleh membantah kerana undang-undang tanah sudah digubal semula untuk
membolehkan negara membeli tanah rezab Melayu.
Tanah yang dibeli dijual kepada Ting,
Ling dan Zing. Mampukah orang Langkawi berharta lagi? Itu sebabnya Sanusi Joned mulakan
tanaman padi di bumbung rumah kerana mahu beri keyakinan pada orang Melayu, kalau mereka
jual bendang pun sekarang ini, mereka masih mampu menanam padi satu hari nanti. Nasib baik
Sanusi sudah lingkup. Bayangkan kalau dia masih menjadi Menteri Besar Kedah. Entah-entah
dia cuba tanam padi atas reban ayam dan kereta orang Melayu. Inilah semangat Malaysia
Boleh. Tidak jauh daripada lapangan terbang Langkawi akan kelihatan satu jambatan yang
panjang terentang di lautan. Inilah raksasa yang dikatakan untuk menahan ombak kuat
daripada menghakiskan tebing tanah yang terdekat dengan landasan kapal terbang.
Sebenarnya
ketika jambatan panjang ini dibina dulu, Mahathir berura-ura mengangkut tanah ke
pertengahan laut untuk membikin pulau buatan. Mengikut yang empunya cerita dengan
terbikinnya pulau itu dia mahu berikan lesen kasino khas kepada 'siapa lagi" agar
pelancung Star Cruise yang menghimpit Langkawi mampu berseronok di pulau buatan syaitan
itu. Nasib baik ekonomi merudum kalau tidak anak-anak muda Langkawi pun turut
dirasuk juga. Setiap kali saya menjelajah negara ini saya terus merapati cyber kafe untuk
mengirimkan tulisan saya ke Mindarakyat dan Boikot. Itu sahaja yang saya lakukan.
Terpulang kepada sesiapa yang menerajui laman web untuk mengutip tulisan itu. Kini,
tulisan itu dikirim juga kepada Webantu setelah beliau menulis kepada saya. Tetapi, saya
lama menulis di Webantu itu seperti juga saudara cuma 'nicknya' yang selalu berbeza-beza.
Dengan lain perkataan, perjuangan saya menegakkan semangat keadilan seprti yang saudara
lakukan itu adalah satu perjuangan yang panjang.
Kos internet bulanan saya melebehi satu
ribu setiap bulan. Inilah yang saya tanggung sendiri dengan wang persaraan. Tetapi yang
lebih besar kos belanja saya ialah menjelajah ke tempat di mana berlakunya peristiwa
hangat yang perlu disampaikan kepada orang kita. Adakalanya saya bersenda gurau dengan
orang politik dan pemimpin kerajaan kerana saya pernah berada di sebelah sana.
Tetapi mereka tidak mengenali saya siapa. Tidak juga anak-anak saya. Namun, pihak Mahathir
memang seolah-olah menaruh syak yang besar terhadap saya. Kerana itu, rumah saya pernah
diselongkar. Walaupun ada alat penggera dan bermacam 'security features' saya masih terus
berwaspada. Sebagai seroang yang erlatik dalam banyak bidang keselamatan negara, saya tahu
nyawa saya laksana berada di hujung pedang. Tetapi saya pasrah menghadapinya bukan kerana
Anwar Ibrahim. Tetapi kerana bangsa saya dan agama saya. Setiap kali bersolat saya
nyatakan nawaitu ini ke hadrat Illahi dan setiap kali itu juga saya meminta barakohnya.
Demikianlah perjalanan hidup saya setiap hari. Tidak ada yang pasti selagi saya menulis di
ruang siber. Sejak berjuang ini saya menolak sebarang jemputan di wawancara di TV dan
berhenti menulis di akhbar-akhbar baik dalam Bahasa Ibunda mahupun dalam Bahasa Inggeris.
Malahan ketika mula menulis di internet saya terpaksa membuat latihan menukar stail
penulisan saya agar tidak serupa dengan apa yang pernah saya tulis dalam buku, satu ketika
dulu. Begitu juga dengan aturcara kehidupan saya. Kami tidak lagi pergi ke lobi dan hotel
besar. Kami lebih menumpukan makan di rumah dengan membeli lauk di kedai sekali sekala.
Dengan lain perkataan, sejak menulis secara prolifik di web reformasi, kami (saya dan
isteri) mula-mula sekali menukar cara hidup kami sehinggakan status ningrat itu
ditinggalkan jauh-jauh untuk menjadi seorang marhaen tua. Dulu kami mempunyai tiga buah
kereta, Kini tinggal hanya satu. Yang lagi dua kami sedekahkan kepada keluarga Melayu yang
memerlukannya.
Kini sambil menulis di alam siber saya mundar mandir menjelajah negara
sambil menziarahi anak-anak angkat yang kami biayai di IPTA dan IPTS. Mereka adalah
anak-anak Melayu yang pintar tetapi tidak mampu mendapatkan biasiswa untuk belajar. Kami
bantu secara termampu dan inilah yang membawa kebahagian kepada kami. Sekali sekala kami
ziarahi pula ibu bapa asal mereka untuk menyebarkan berita gembira.
Akhirkata; Setelah
bercerita secar berkias akan pengalaman saya dan membandingkan cara saudara berjuang
sekarang ini saya hanya mempunyai satu pesanan. Berjagalah! Kalau saya diberikan pilihan
untuk menasehati saudara, saya akan berkata: Kurangkan majlis berinteraksi itu sebelum
musibah datang menghambat. Seorang pejuang yang berjaya adalah si dia yang mampu untuk
terus bernafas dengan bebas. Suadara mempunyai kewiraan sebagai seorang penulis yang mempu
menggerakkan tangan untuk memikul senjata. Lakukan peranan itu dulu secara berkesan. Kita
berdepan dengan seorang manusia berhati syaitan. Cuba perhatikan keliling kita. Berapa
ramaikan penulis siber yang mampu membawa arus kesedaran kepada pembacanya. Yang menulis
ramai sekali tetapi, yang menulis secara berkesan dan mampu mencuit minda serta
menggerakkan tangan dan kaki untuk maju ke hadapan hanya sedikit cuma. Inilah kekuatan
saudara.
Teruskan menulis tanpa berhijrah ke sana-sini untuk menyampaikan apa yang
tersemat di hati. Saya tidak fikir saudara mempunyai satu pasukan ketahanan yang mampu
mempertahankan keselamatan saudara. Contohnya, ketika saudara masuk hospital hampir
seluruh dunia mengetahuinya. Tetapi, saya dimasukkan ke hospital dan hampir diserang angin
ahmar sebanyak dua kali hanya PW Boikot dan Minda Rakyat yang mengetahuinya. Namun, saya
terus menulis tanpa mengkucarkacirkan jadual pengiriman tulisan saya. Ini adalah ciri-ciri
perjuangan kita. Lagi sedikit orang luar mengetahui perjuangan kita, lagi baik. JANGAN
PERLEKEHKAN KEMAMPUAN RISIKAN NEGARA Saya pernah menganggotai risikan tentera negara, saya
tahu kekuatan mereka. Saudara harus bersyukur kerana pihak angkatan tentera adalah di
sebelah kita. Tetapi tidak pula dengan pasukan polis. Inilah masalahnya. Sekarang ini
pihak polis berat menyebelahi Mahathir kerana apa?
- Setiap pegawai kanan polis apabila
bersara sudah mampu menjadi jutawan kerana diberikan lesen empat nombor ekor dan
sebagainya;
- Ada pegawai tinggi polis yang mengendalikan mesin lumba secara komputer dan
jackpot. Malahan, setiap balai polis di'izinkan' mengendalikan mesin kuda di kedi kopi
atau tempat yang tertentu.
- Mengikut maklumat risikan, setiap mesin lumba kuda memberi
keuntungan bersih setiap hari sekurang-kurangnya Rm600 setiap hari. Kalau satu kedai
mempunyai lima mesin pendapatan termurah ialah 3000 setiap hari. Kalau pengusaha meraih
30% dan pengurus meraih 70%, bererti setiap balai polis menerima pendapatan mesin lumba
kuda sekurang-kurangnya RM2100 x 5= 10,500 setiap hari. Bayangkan kalau di balai polis itu
hanya ada tiga puluh orang anggota polis, berapakah pendapatan setiap ahli polis itu
sebulan hanya melalui mesin lumba kuda berkomputer? Tidak kurang daripada 10,000 setiap
bulan. Siapakah yang menjadi mangsa kalau bukan anak-anak Melayu? Adakah perkara ini
ditimbulkan oleh Ling Liong Shit? Kenapa dia hanya cungkil pill ecstasy dan tidak mesin
haram ini ? Sebabnya, kebanyakan perusahaan pill ecstasy adalah dikendalikan oleh Cina
parti Pergerakan dan DAP sahaja dengan kerjasama pihak polis.
- Kita kerap lihat Cafe
Cyber di seluruh Malaysia. Cuba masuk sepuluh kafe cyber di Johor dan perhatikan siapakah
yang memonopoli komputer itu pada hujung minggu dan sebelah petang? Anak-anak sekolah
adalah pelanggannya. Apakah yang mereka lakukan sekarang ini? Mereka main 'tembak-tembak'.
Sembilan puluh sembilan peratus anak-anak sekolah menghabiskan masa mereka bermain
tembak-tembak. Tetapi di kalangan anak-Melayu yang sedang belajar di Tingkat Lima dan juga
maktab dan IPT, mereka menghabiskan masa 'chitchatting'. Adakah Ling Liong Shit tonjolkan
perkara ini. Tidak, kerana kebanyakan Cyber cafe adalah dikendalikan oleh orang BN.
Semua
ini adalah perilaku manusia yang menyanggah rukun hidup musliman. Industri seperti ini
dikendalikan oleh kumpulan Mafia di Itali, Mossad di London dan Amerika, Yakuza di Jepun.
Tetapi di Malaysia industri begini dikendalikan oleh orang BN dan UMNO. Apabila saudara
bergerak cergas di pelusuk Johor untuk mendedahkan kelemahan UMNO saya khuatir saudara
akan membuka pekong di dada untuk mudah ditusuk oleh musuh. Sikap UMNO yang semakin
kecundang sekarang ialah menghapuskan sesiapa yang cuba menyanggah kuasa yang ada di
tangan. Mahaathir dan UMNO sanggup mengorbankan nyawa seorang iban dan jua seorang
detektif India semata-mata kerana Mahathir mahu terus berkuasa. Kejijikan ini hanya dapat
saudara rasakan kalaulah saudara mempunyai saudara mara di Sauk. Saya mempunyai ramai
'saudara' di sana melalui seorang adik angakat. Kerana itu saya semakin sedar betapa
Mahathir sanggup membunuh sesiapa sahaja.
Lupakah saudara bagaimana seorang anak muda
Johor yang baru lulus sebagai doktor dan mati ditembak di terminal LRT? Percayakah saudara
bahawa kematian itu ada kena mengena dengan episod Anwar diberikan racun Arsenik? Cukuplah
dulu tulisan penuh kiasan ini. Untuk mengetahui betapa daifnya pemikiran seorang manusia
berhati syaitan, saudara harus membaca 'ERA' hasil Idris Tulis, BEBAS hasil Yahya Ismail,
kerana mereka mencerminkan rencana Mahathir seperti yang dilakar oleh Aziz Shamsuddin.
Kemudian saudara harus baca selalu tulisan Abdullah Ahmad di Straits Times, Utusan dan
Berita harian. Inilah tulisan yang mendahului skim penglaksanaan Mahathir.
Dengan tulus
ikhlas, kalau saudara semakin 'kerasan' dengan perjuangan secara kelompok kecil, teruskan
tetapi berwaspada selalu. Musuh sentiasa ada di sebalik bahu. Jika tidak, hentikan dan
ambil cuti sambil merancang menulis lebih bersemangat lagi.
Keadaan Negara yang Semakin Getir
Sedarkah saudara ramai tauke China sudah mula menjual saham mereka di pasaran dan
melarikan duit itu ke Singapura? Pergolakan di Indonesia sudah menjadi pertanda. Mereka
takut. Bayangkan, saham Telekom yang berada di tahap 13.00 dua minggu dulu kini sudah
mencecah 10.70 sen? Kenapakah UMNO dan BN mencetuskan masalah ketuanan Melayu, Perdana
Menteri Cina dan hak keistimewaan Melayu sedangkan perkaa itu amat sensitif kepada orang
Melayu? Ingatkah saudara bagaimana pelajar Indonesia mula merusuh untuk menggulingkan
Soharto dulu? Bukankah masalah yang sama yang diungkitkan oleh puak Soharto dan Gereja
Kristian di sana?
Mahathir sudah begitu terdesak sehingga dia sanggup berkata kejayaannya
memimpin negara banyak didorong oleh pengalamannya berniaga di Pekan Rabu. Bayangkan
saudaraku, alangkah jijiknya kata-kata ini. Bukankah dia memperlekehkan kewibawaan orang
Melayu yang berkelulusan tinggi selama ini? Sebenarnya inilah masanya saudara harus
menulis setiap hari, menganalisa gerak geri Mahathir, Aziz Shamsuddin dan jongos mereka.
Rakyat perlu diberikan suntikan ilmu yang spontan setiap kali maklumat songsang
disampaikan kepada mereka. Masih ingatkan saudara peranan kita bersama PW Mindrakyat dan
Boikot menghalang anak-anak Melayu daripada berdemo sebaik sahaja saya mengesan
perancangan Mahathir untuk memerangkap mereka.
Dengan lain perkataan, saudara akan lebih
berkesan sebagai seorang penulis dan tidak sebagai pendakwah dan pembakar semangat
jalanan. Saya menulis setiap hari tetapi tulisan saya tersebar seluruh negara dan beberapa
tempat di dunia dalam masa enam jam selepas tulisan itu dikirim di alam siber. Itulah
perjuangan saya kini. Walaupun ramai yang mengundang saya berceramah di jalanan, saya
tolak itu semua dengan hormat kerana saya katakan saya tidak pandai bercakap. Ketika saya
berkhidmat di luar negara dulu ada seorang guru saya yang berkata: "Presidents (or
kings) rule men BUT wise men rule presidents."
Inilah falsafah hidup saya
selama ini. Alhamdullilah.....
Salam Hormat
Abang Long