BETULKAH KITA?
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya amat tertarik
dengan artikel Tok Misai ‘Siapa yang harus sedar?’ terutamanya apabila beliau menegur
semua umat Islam tanpa mengira parti politik apa yang mereka anuti dan juga mereka yang
tidak melibatkan diri dalam politik.
Yang paling menarik ialah apabila beliau, di
penghujung artikelnya, menyeru supaya kita sebagai umat Islam meletakkan Islam itu
melepasi segalanya yang ada di muka bumi ini. Hanya umat Islam yang benar-benar faham
tentang tuntutan dua syahadah yang mahukan Islam berada di tempat sepatutnya.
Sebaliknya, mereka yang tidak sebenar-benarnya faham, walaupun mereka mengaku mahu memuliakan
Hukum-hukum Allah, adalah mereka yang tidak sedar mereka sebenarnya tidak mahu (renungkan apa
yang baru saya tulis…).
Terlintas pula soal bagaimana kita mahu melaksanakan
impian kita. Adakah mahu cara UMNO, yakni mahu membersihkan najis yang memang tidak
bersih kerana yang hanya boleh dibersihkan adalah tempat yang kena najis (dalam konteks
kita negara kita sebagai tempat kena najis). Atau cara keADILan? Atau cara PAS?
Adakah
benar cara yang kita buat? Betulkah cara demokrasi yang kita ambil ini sedangkan
kita tahu cara ini adalah cara ciptaan manusia yang masih memusuhi Allah Tuhan sekalian
alam? Adakah Islam itu hanya untuk di Malaysia sahaja? Bagaimana pula dengan saudara
kita di Indonesia, di Thailand, India, Filipina, Brunei, China, Kuwait, Iran, Iraq dan di
seluruh pelusuk bumi ini?
Adakah kita bersaksi Muhammad (SAW) itu sebagai contoh
ikutan yang baik sebagaimana firman Allah Ta’ala yang lebih kurang maksudnya :
pada Muhamad (SAW) itu satu contoh (ikutan) yang baik?
Bagaimana cara Nabi
kita menubuhkan Allah’s Kingdom on the face of this Earth yang kita laung-laungkan itu?
Adakah kita mahu mencontohi cara Muhamad Bin Abdullah itu atau cara orang zaman moden
kita?
Mengapa cara demokrasi masih tidak mendatangkan hasil? Di Algeria,
parti Islam (FIS) menang 90% undi daripada penduduknya tetapi apa yang terjadi? Mana dia
suara rakyat yang dibangga-banggakan itu? Di Turki, Erbakan menang majoriti juga tapi apa
yang terjadi?
Adakah ini satu pelajaran buat kita semua? Atau adakah ini satu ujian
Allah Ta’ala yang mahu menguji kita ataupun kemurkaan Allah terhadap cara perjuangan
kita? Adakah kita memilih cara demokrasi kerana itu adalah pilihan popular mengikut
keadaan semasa atau kerana kita masih tidak mahu mengikuti cara yang didorongkan Allah
bagaimana Muhamad SAW menubuhkan Daulah Islamiah yang pertama di Madinah dibawah satu
pemimpin iaitu Baginda sendiri dan disambung oleh Khalifah2 yang seterusnya? Atau kita
mahu menafikan SUNNAH Nabi kita?
Sama – sama kita fikirkan hakikat dan
persoalan-persoalan
tadi. Dan tanya diri kita : Adakah kita masih buta atau memang kita tergolong daripada
mereka yang tidak sebenar-benarnya faham, walaupun mereka mengaku mahu memuliakan
Hukum-hukum Allah,
iaitu mereka yang tidak sedar mereka sebenarnya tidak mahu?
Yang simpati dengan
semua umat Islam, terutama dirinya sendiri.
DWEN