Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

LAKUNAN SEMULA SANDIWARA SAUK

Assalaamu'alaikum Wr. Wb & Salam Sejahtera. 

Sdr. Webmaster, Surat khabar Berita Harian bertarikh 17 Ogos 2000 (Khamis) dengan jelas (gambar dekat) menunjukkan bagaimana kedudukan senjata dimuatkan dalam pajero, berbanding surat khabar Utusan yang mana gambarnya diambil dari jarak jauh dan tak berapa jelas. Mungkin ini strategi surat kahabar Utusan!!!. 

Cerdik jugak wartawan Utusan ni rupanya. Waooo..., susunan senjata dalam pajero sungguh kemas dan molek macam susunan kain berlipat dalam almari. Sekejap muncung senjata ke hadapan dan sekejap ke belakang bagi membolehkan senjata dimuat semaksima mungkin.   Itulah matlamat lakonan semula. Haiiii...ini betul-betul relek punya perompak tanpa rasa takut dan gerun almaklumlah ada yang backing kot. Cuba dilakunkan semula  dengan mencampak-campakkan senjata ke dalam pajero secara gopoh gapah.  Kan perompak biasanya perlu bergerak pantas.  Kalau boleh diambil misalan macam perompak kedai emas main kaut saja barang kemas.  Tapi tak taulah saya kalau yang satu ini "Konspirasi Rompakan....". 

Ehemmmm..sekali lagi lakonan menemui jalan buntu dan semakin jelas pada orang-orang yang berakal  Peristiwa Sauk adalah satu lakonan untuk mengalihkan isu semasa pemimpin UMNO.  ek..ek..ek...hai..zaini..zaini. Dijamin tak mati....????. Penipuuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. 

Sekian, wassallam. 

Widuri! 

Nota webmaster:
Memang benar kerajaan BN menemui kebuntuan apabila rakyat tetap yakin bahawa episod RAW di Sauk adalah sandiwara UMNO. Justeru itu kita melihat pelbagai agenda dicipta untuk mengelakkan rakyat dari membicarakan salah laku dan rasuah kuasa yang dilakukan oleh PM Mahathir Mohamad apabila mengarahkan bekas Ketua Pengarah BPR Dato' Shafiee Yahya untuk menghentikan siasatan ke atas Tan Sri Abol Hassan yang ditangkap melakukan rasuah menerima wang berjumlah RM100,000 yang dijumpai di dalam laci di pejabatnya. Agenda yang lain seperti hak istimewa orang Melayu yang sudah lama digadai oleh kepimpinan UMNO. Paling banyak kes Tanah Simpanan Melayu (TSM) diambil dan diserahkan kepada syarikat korporat untuk pelbagai projek yang tidak berjasa sama sekali kepada rakyat. Cuba fikirkan, apakah jasanya bangunan kembar Menara H kepada penduduk setinggan atau rakyat yang tidak berumah, dan apakah pula jasanya litar F-1 Sepang kepada penduduk luar bandar yang membayar cukai kenderaan tetapi jalan ke rumah mereka masih berlopak dan lecah di sana sini.
 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter