ISLAMKAH MALAYSIA KITA
En.Astora,
Dalam tulisan saya yang
terdahulu, jawapan yang En.Astora berikan tidak begitu menepati soalan yang saya
anjurkan. Mungkin pada masa itu En.Astora tidak bersedia agaknya.
Ingin saya
meminta penjelasan dari En.Astora, berkenaan dengan beberapa isu hangat yang sudah
berlaku dan yang sedang berlaku pada masa kini.
Segala kata-kata mengenai isu-isu
semasa bagi pendapat saya perlulah mengikuti landasan seperti janji kita pada Allah,
sebagaimana seperti yang dilaungkan oleh Iman pada Kuthbah Jumaat antaranya
"...Takutlah pada Allah... bertakwalah pada Allah...(yakni mengikuti segala
suruhannya dan meninggalkan segala larangannya)"
Dalam banyak-banyak
jawapan/tulisan yang En.Astora berikan pada setiap media tempatan, agak jelas ianya
terpesong dari akidah yang sebenarnya.
En.Astora nampaknya secara terbuka
memperlekehkan Hukum Allah dengan mencipta fakta-fakta tersendiri. Seolah-olah AL-QURAN
(yakni kata-kata Allah) itu boleh diubah-ubah mengikut keadaan. Dan ini pula disokong
oleh pihak Kerajaan Malaysia yang langsung tidak menghiraukan seseorang yang boleh
memesongkan akidah Agama Islam yang tercinta.
Terutamanya tentang beberapa isu:
-
Isu Tudung (yang menolak Hukum Allah) - Isu Arak (yang menolak Hukum Allah) - Isu
Menghina Nabi S.A.W. (yang menolak sunnah Rasul) - Isu kemaknusiaan - Sdr. Anwar
Ibrahim (dihukum tanpa Hukum Allah) - Isu Bekas MB Selangor Abu Hassan Omar (TAK
dihukum dengan Hukum Allah)
Amat jelas penyelewengan sedang berleluasa yang
menyentuh Akidah dan Hukum ALLAH. Dimanakah yang dikatakan Demokrasi? Dimanakah yang
dikatakan Malaysia negara Islam?
Sepatutnya Abu Hassan Omar perlu menjalani
hukuman seperti Sdr. Anwar Ibrahim, menjalani DNA dan seumpamanya. Tetapi kita semua
agak terkejut apabila PM sendiri ingin menutup kes seumpama ini.
Ingin saya
memohon penjelasan dari En.Astora berkenaan satu Surah Al-Quran:
Surah
Al-Ma'aidah, Ayat 44: "Barang siapa yang tidak berhukum menurut apa yang
diturunkan ALLAH, maka mereka itu adalah orang-orang KAFIR."
Dari kalam Abu
Hasan Asj Syazali Rahimahullah: "Jangan kau jadikan orang yang kafir itu sebagai
pemimpin dan jangan kau jadikan orang yang beriman itu sebagai musuh dan berpindahlah
dengan kelebihan takwa mu didunia."
Surah Ali-Imran, Ayat 32: maksudnya... "Katakanlah
kepada mereka wahai Muhammad. Taatilah Allah dengan mengikuti segala
perintah-perintahnya dan jauhilah segala larangannya. Dan taatilah Rasullullah dengan
mengikuti suruhannya, dan jadikanlah petunjuk-petunjuknya sebagai pedoman hidup."
Semoga
En.Astora dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada saya dan kaum muslimin am
nya, yang serba kekurangan ini....
Wassalam....
|