Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kebajikan rakyat perlu diperlihatkan

Kita telah melihat bahawa Maha Firaun dalam membawa Malaysia ke arah kemajuan kununnya telah banyak menswastakan perkhidmatan kerajaan. Kesannya, rakyat membayar kemajuan ini (kununnya) dengan harga yang mahal. Maka yang berduit tentunya tidak merasakan ini sebagai satu keganjilan bahkan menghargainya, walaupun kocek duit sebanyak sedikit terasa sakit juga. Golongan ini (kakitangan A sebagai contoh) mungkin mengambil sikap tak kisah sebab masih mampu dan lagipun sanggup bayar kos keselesaan. Isteri bersalin di hospital swasta, jumpa doctor di klinik swasta (maaf ya doctor), periksa gigi pergi ke swasta – pendekkan kata swasta semata-mata. Nak keselesaan kenalah bayar harganya – bisik hatinya.

Sebagai kakitangan A, terfikir jugalah oleh saya, bagaimana pula yang kelas B, C, D, E hingga ke Z.? Di manakah keselesaan dan kebajikan mereka? Berfikir juga, kenapa perlu juga saya membayar keselesaan yang sepatutnya merupakan perkhidmatan asas yang perlu disediakan oleh kerajaan? Rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan penswastaan boleh begitu terlena dan terus tidur tanpa mengendahkan slogan PAS bahawa pendidikan dan kesihatan akan disediakan percuma. Peliknya, masih nak mengundi UMNOmore (maaf kerana pinjam istilah ini – yang bagus kenalah ambil). Sedarlah rakyat bahawa UMNOmore memaksa rakyat membayar dengan kos yang tak sepatutnya bagi mendapatkan keselesaan dan kebajikan hidup yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

Sedarlah rakyat bahawa kesihatan dan pendidikan sebenarnya sepatutnya percuma kerana ianya adalah tanggung-jawab kerajaan untuk menyediakan pada satu tahap yang munasabah. Pendidikan adalah penting dan merupakan pelaburan yang baik kerana rakyat yang celik pastinya membawa kemakmuran pada negara. Juga, miskin kaya boleh bersaing secara sihat kerana wang bukan persoalannya. Tidak mahulah kerana tiada wang, maka pendidikanya terpaksa di pinggir atau terbantut. Pendekata, siap yang mahu belajar seharusnya diberikan insentif dan kemudahan untuk mendapatkannya. Dalam hal ini, kita perlu mengambil contoh dari negara-negara maju seperti Britain. Masalahnya dengan Malaysia ni, diabaikan pula malahan buat sekolah swasta dan siapa yang nak bagus pergilah swasta yang pastinya adalah milik kroni juga. Kroni juga dapat duit dan terpinggirlah yang kurang berduit.

Sedarlah rakyat bahawa sepatutnya, ibu yang bersalin tak perlu bimbang bagaimana ia dapat membayar kos hospital atau kesihatannya. Di Britain, ini adalah percuma dan standardnya, masya-Allah lebih baik daripada bersalin di Hospital Pantai milik anak Maha Firaun (betulkah?). Itu kena bayar. Tak habis di situ, Ibu dan anak selama dua tahun dapat perubatan percuma. Pendekata di UKni, budak-budak semuanya percuma, sakit gigi, sakit mata, telinga, kos perubatan percuma saja. Saya pun tak faham, macamana Maha Firaun boleh kata negara Barat dengki Malaysia? Sekali lagi seperti pendidikan yang diabaikan, mutu dan bilangan hospital awam juga diabaikan supaya orang pergi ke swasta (yang kununnya lebih bagus) agar hospital milk kroni juga lah yang berjaya dan dapat duit. Maha Firaun memang perompak bertauliah. Nak yang bagus pergi hospital anak saya, tapi bayarlah hehehe, macam tak biasa.. Sampai  mampuspun, takdelah Maha Firaun nak tambah dan tingkatkan mutu hospital awam. Mana boleh buat, rugilah bisness anaknya. Fikir-fikir logik juga. Kalau bapa tak tolong siapa lagi. Masa jadi Piemnilah buat kalau tidak bila lagi..

Lagu yang sama dibuat untuk jalan raya dan banyak lagi. Marah betul bila MB Terengganu Haji Hadi hapuskan TOL. Slogan Maha Firaun ialah bayar saya kalau nak yang lebih baik. Yang free tu memang saya sengaja tak bagi baik – nak jaga bisnes saya dan kronilah hehehe..

Dasar Maha Firaun telah banyak menyusahkan orang yang kurang berduit atau tak berduit. Yang berduit sedikit (biasanya berkelulusan tinggi) akan berkata takpelah, mana boleh dapat jalan raya selesa kalau tak nak bayar – sebenarnya bodoh kerana Maha Firaun kenakan bayaran  lebih dari sepatutnya. Golongan ini jugalah, akan berkata takpelah, kos buat paspot takdelah mahal sangat walaupun mahal, kalau takde duit janganlah keluar negara. Tapi dia tak sedar, kerajaan menyedut duit rakyat, dan yang miskin dipinggirkan. Takde duit, mainlah jauh-jauh dan hanya boleh pergi ke sekolah asal boleh, hospital asal boleh, tak kiralah semuanya asal boleh, jangan tak boleh sudahlah kerana macamanapun lebih baik dari tak boleh. Malaysiakan boleh. Ialah takde duit tak bolehlah merungut.

Tentang paspot ni, bukanlah saya nak kata Malaysia tak maju berbanding India, tapi di India hak untuk mendapatkan paspot perjalanan merupakan hak mutlak, tapi di negara asal boleh Malaysia ni, paspot adalah keistimewaan bukannya satu hak, dan mahal bukan main pulak tu. Rakyat dihalang makan angin kununnya merugikan Malaysia. Melancung sajalah di Malaysia. Tapi kalau nak paspot juga  bayarlah mahal. Tujuannya sebenar Maha Firaun agar dia boleh beli jet peribadi (dah belipun) dan melancung luar negara, hasil dari keuntungan kenaikan kos paspot. Dia boleh melancung keluar negara sedangkan rakyat tidak digalakkan. Nak salahkan Maha Firaun tak boleh juga, sebab dia maha Firaun. Rakyat juga pilih dia.

Pendekkan ceritalah, saya harap bila PAS dan Barisan Keadilan memerintah, ambillah langkah agar kebajikan dan keselesaan rakyat lebih jelas diperlihatkan. Lawyer selalu berkata `justice must be seen to be done’ (keadilan mestilah diperlihatkan). Begitu juga dengan kebajikan. Pendidikan dan Kesihatan asas diberikan percuma. Saya tak tahulah samada diTreangganu dan Kelantan sekolah agama sudah percuma, kalau tidak dapat diadakan segera. Buat masani, sekolah agama di Selangor dan Wilayah agak mahal walaupun untuk saya kakitangan A. Rumah, kereta, komputer kena bayar juga. Saya harap satu hari, impian ini akan tercapai, kalau tidak pada zaman saya, zaman anak saya pun takpelah. Pass (kelulusan) untuk PAS dan Barisan Keadilan. UMNO – no more. Terima kasih kerana sudi membaca.

Jinbravo.

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter