Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

CADANGAN

Assalamualaikum....

Dengar khabar pihak UMNO di bawah naungan AL-MAMAK KUTTY bersungguh benar untuk melakonkan semula kisah RAW yang berlaku di Sauk. Ini mungkin disebabkan pihak UMNO merasa seluruh rakyat jelata kurang yakin dan percaya di atas peristiwa yang ala filem Tamil tersebut. Kalau filem Tamil baru tengok 5 minit penonton dah boleh agak apakah kesudahannya.

Berbalik kepada isu ketidakpercayaan rakyat ini, maka saya mencadangkan agar kes DSAI juga dilakonkan semula. Ini adalah kerana di dalam kes ini rakyat lagilah tidak yakin malah merasa tertipu dan diperbodoh-bodohkan seperti lembu. So, pihak UMNO perlu melakonkan semula kes ini DEMI untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Filem ini juga seharusnya ditayangkan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara supaya seluruh penduduk dunia dapat menyaksikan dan mengadili akan kehebatan Polis, FRU dan juga Mahkamah Malaysia. Tetapi yang menjadi persoalannya berani ke puak UMNO ni buat? Rasanya mungkin tak berani kot sebab takut nampak pekung di dada sendiri.

Kalau UMNO tak berani buat, apa kata pihak BA pulak yang buat. Saya percaya ianya pasti akan mendapat sambutan yang menggalakan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Selain daripada dalam bentuk filem, sesiapa yang pandai menulis novel atau ada rakan-rakan saudara samada orang Malaysia atau pun orang luar, bolehlah suruh dia menulis tentang kes DSAI ini mesti dapat best seller punya. Kalau boleh buat dalam versi Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Takashi Asano

P/s Apakata MR cadangkan kat SIDNEY SHELDON untuk menulis Novel ini.

Nota webmaster:
Terima kasih dan jazakumullah kepada anda yang sudi mengemukakan cadangan. Memang MR sudah menerima permintaan para netters supaya adegan 'liwat' yang didakwa Azizan itu dilakonkan. Maaf jika saya terkasar bahasa, seseorang yang mengaku diliwat seharusnya membuat persediaan untuk diuji keluasan d*b*rnya yang sudah dilakarkan akibat perbuatan keji itu. Justeru itu kita cadangkan Azizan beraksi dan kita sama-sama menontonnya, amacam?

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter