Isu Penghapusan Hak Istimewa Orang
Melayu
Jika dilihat dari segi logik, tidak perlu isu ini
ditimbulkan kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan di mana ia tidak boleh
dipertikaikan lagi. Tetapi isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak yang berkepentingan
dalam politik disebabkan beberapa perkara iaitu:
- Supaya orang melayu merasa terancam dan
bersatu kembali menyokong kerajaan dan UMNO.
- Mengalihkan kemarahan orang melayu dari
pemimpin yang korup, kronisme, nepotism, penipu, tukang belit dan fitnah,
bersandiwara dll dalam UMNO kepada orang Cina.
- Supaya orang melayu melupakan isu-isu panas
semasa seperti kes Che Det dengan Dato' Shafie, kes Dato' Abu Hassan, kes tragedi
Sauk, kes penghakiman DSAI dan lain-lain.
- Sebagai satu provokasi untuk menimbulkan
huru-hara.
Pada masa dahulu, taktik sebegini amatlah berjaya,
tetapi pada masa sekarang, orang melayu sudah cerdik dan berfikiran matang. Tambahan
pula, kemudahan internet banyak membantu untuk mereka mengumpulkan pendapat dan
bertukar-tukar idea. Diharapkan pihak terlibat menukarkan cara atau muslihat lain yang
lebih cerdik.
m.s