Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, Maha Penghukum lagi Maha Pengazab
Ketentuan dan Keputusan daripada Tuhan kepada Manusia
Kenapakah tidak ada paksaan di dalam memilih agama Islam itu? Oleh
kerana barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Tuhan
itu, maka tiada siapa yang boleh menyesatkannya dan
barangsiapa yang disesatkan oleh Tuhan itu pula, maka
tiada siapa yang boleh memberi petunjuk kepadanya.
Siapakah yang mampu mengubah atau membatalkan
keputusan Tuhan terhadap seseorang itu?
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,
melainkan kaum itu sendirilah yang akan mengubah nasib
diri mereka masing-masing. Barangsiapa yang hendak
beriman, maka mereka akan berusaha memantapkan keimanan mereka dan
barangsiapa yang hendak menjadi kafir maka mereka akan melakukan perkara yang dilarang
Allah dan menzalimi diri mereka sendiri.
Contohnya ialah Iblis dan Nabi Adam, kedua-duanya
melakukan kesalahan terhadap dirinya masing-masing.
Iblis tidak mahu mengaku kesalahan dirinya dan tidak
mahu bertaubat serta memperbaiki dirinya dan mengubah
nasibnya serta menyelamatkan dirinya daripada azab
neraka.
Tetapi Nabi Adam pula, ia mahu mempergunakan akal
serta berfikir diatas kejadian yang telah berlaku
terhadap dirinya serta memahami keadaan dirinya telah tergelincir dari jalan Tuhan yang lurus itu dan ia juga mahu
mengaku akan kesalahan dirinya serta bertaubat dan
memperbaiki dirinya serta mengubah nasibnya dan mahu
menyelamatkan dirinya daripada azab api neraka.
Berdasarkan perkara-perkara yang tersebut diatas, maka
terpulanglah pada setiap diri atau setiap kaum itu
yang membuat keputusan bagi diri mereka masing-masing di dalam beragama.
Tidak ada paksaan sebenarnya dalam memilih agama
terhadap diri seseorang itu. Namun sekiranya beliau telah memilih Islam, tidak akan
terlepas darinya sebarang peraturan yang telah Allah wahyukan dan wajiblah ia
mentaatinya, tanpa memilih lagi.
APABILA DATANG YANG HAK
MAKA HILANGLAH YANG BATIL.
Yang benar,
K*har A. Jalal
Hamba Tuhan