BERAPA LAMA KITA BOLEH BERTAHAN?
Assalamualaikum saya ucapkan....
Saya
ada beberapa komen dan cadangan di atas diskusi kebelakangan ini.
Saya terkilan
sedikit kerana ada yang mengusulkan yang bujang tanpa ada anak bini sahaja untuk pergi
berjuang menentang kezaliman. Apakah Rasul hanya memanggil yang bujang-bujang
sahaja untuk pergi berjuang? (mungkin sesiapa yang lebih arif boleh memberitahu?). Kalau
takut kepada risiko, tidak payah kita berjuang....kata pemimpin yang sekarang berada di
mahligai Sungai Buloh yang juga ada anak bini. Yang memelihara anak bini adalah Allah.
Yang memberi rezeki adalah Allah. Apakah jihad hanya untuk yang bujang saja? (jihad
demonstrasi) Apakah isteri dan anak kecil tidak boleh di ajar juga berjihad?
Syurga jihad untuk suami sahaja kah?
Saya akui saya termasuk orang tidak
percayakan peti undi lagi (sebagaimana penulis SPR sendiri yang tidak percaya kan SPR
sendiri) dan rata-rata rakan saya juga tidak percayakan peti undi. Bukan salah kita
menunggu 4 tahun lagi tetapi...
a) BODEK, UGUT BN...
Juga harus di ingat,
dalam 4 tahun, macam-macam boleh berlaku. BN boleh kembali membodek rakyat dengan
janji-janji manis, dan masa itu lah juga rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap
pemaaf nya akan melupakan segala-galanya dan akan terus mengundi untuk sehelai kain
pelikat. Lihat lah bagaimana BA memuji seorang pemimpin yang terlibat dengan Memali yang
sekarang ini berjuang untuk hak asasi manusia kononnya. Apakah darah Ibrahim Libya sudah
dapat di basuh dari tangannya? (Teringat Lady Macbeth membasuh tangannya yang
"berdarah" tetapi tak hilang-hilang). Media akan memainkan peranannya juga
dengan berpuluh kali ganda untuk berbagai usaha untuk menakutkan rakyat.
b)
Penjual CENDOL yang jijik dan mengaibkan...
Untuk menunggu dalam 4 tahun, kita
juga harus bersabar dengan kerenah BN yang entah apa-apa lagi....isu ANWAR di penjara,
ABU H di lepaskan, isu Al-Ma'unah.... Bersabar dengan mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan
mereka biarpun di buta pekak tulikan oleh mereka. Dalam itu juga kita akan di
hidangkan dengan segala kejijikan yang mual dan memuntahkan untuk menunggu Peti Undi
yang mungkin memenangkan kita? Umpama pergi belajar di Universiti...biarlah di
"sepak terajang" oleh apa pun kerana di penghujungnya ada segulung ijazah yang
menunggu.
Tetapi pastikah ada "ijazah" yang menunggu?
Cadangan....
a)
Memantapkan BA.....PAS dan DAP
Apa yang di takuti BN adalah usaha sama PAS dan
DAP. Untuk BA memerintah, undi rakyat Cina harus di perolehi. Kerana undi rakyat Cina jugalah UMNO menang. Walaupun sudah ada tanda-tanda perubahan di siri pilihanraya kecil
lepas, kita tidak harus diam tanpa berusaha. Usaha PAS dan DAP untuk bekerjasama
haruslah lebih agresif. Lim Kit Siang juga sudah bersuara tentang perkara ini secara
terang-terangnya ....BN pastinya akan berusaha menggagalkannya dengan apa cara
sekalipun. Jika PAS dan DAP tidak sehaluan, BN masih akan dapat meraih segala sisa
kegagalan ini. Dalam empat tahun, jika ini tidak di lakukan dari sekarang, jangan harap
untuk menang menerusi Peti Undi. Berbagai cadangan telah di utarakan untuk memantapkan
BA dan ini haruslah di lakukan dari sekarang. Bukan menunggu masa pilihanraya sahaja.
b)
Undi Hantu....
Apa yang telah BA lakukan untuk mengelak perkara ini berulang?
Kita pastinya akan dapat menyaksikan lebih ramai hantu dan orang mati hidup balik dalam
2004. Kerana masa itu, teknologi menghidupkan orang mati oleh BN mungkin lebih mantap?
Berjuta dolar telah di bayar kepada Abu Sayyaf untuk menutup mulut hantu jembalang.
Habis duit rakyat.....
c) Harta Rakyat...
Dalam empat tahun ini juga, BN
akan membolot, mengikis, membakar wang rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri. BA
harus sedar....jika dapat memerintah dalam empat tahun ini...apa lagi yang tinggal?
Lihat saja isu pindaan Perlembagaan tentang kuasa menteri kewangan dan DanaHarta di
luluskan depan mata tanpa dapat di bincangkan lebih mendalam. Apa yang akan tinggal
lagi? Jika BN tahu ianya akan kalah, maka adakah BA ingat BN akan "handover"
sebegitu saja tampuk pemerintahan? BN sudah terkenal dengan permainan kotor nya. Kalau
kalah, pastinya akan di "bakar" seluruh kampung dahulu. BA harus sedar perkara
ini mungkin terjadi. Memang Kelantan dan Terengganu telah jatuh kepada BA..PAS. Tetapi
untuk memberi teraju pemerintahan negara kepada BA, BN pastinya BN tidak akan duduk
diam.
Sekian buat kali ini....saya minta maaf jika terlalu emosional..kerana
rasanya tidak tahan menelan cendol basi dari penjual cendol tersebut.....muntah dah
berkali-kali terpaksa juga menelan kerana perut kosong.
DAMAK