MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Siapa Bakal Menteri Besar Selangor Yang Baru  

Assalammualaikum Wrh. Wbh.

Biasalah puak UMNO ni, kalau tak suka maka dikonspirasikanlah/dimangsakanlah member mereka. Bila lubang dan ruang ada mereka pun mulalah ambil peluang. Yang teruknya yang lebih-lebihnya tu geng-geng "Wa ampu sana Wa ampu sini - Wa sapu sana Wa sapu sini". Janji perut dan bawah perut mesti jangan miss !.

Kalau semuanya masih ingat lagi, telah dihebahkan bahawa Dato' Abu Hasan Omar dilantik sebagai sebagai MB Selangor beberapa tahun lalu kerana mengikut rekodnya beliau adalah merupakan seorang tokoh yang paling bersih (tak sangka pula dia ni juga geng sapu bersih !). Kalau yang paling bersih di kalangan ADUN UMNO ni pun didapati tidak bersih, apahal pula yang lain-lain. Lebih-lebih lagi 3 orang yang dipromotkan itu. Semua orang kenal siapa mereka-mereka tu. Dato Prof. Zainal Abidin Ahmad tu jugalah salah seorang yang anti tindakan JAIS di Pub The Ship tempoh hari. Sementara Dato' Mokhtar Dahlan ni sibuk himpun harta, usahawanlah katakan !. Dato' Mohd Sharif pula atas sikit kurang, mana boleh jadi MB bikin malu je !.

Teliti punya teliti diantara barisan ADUN Negeri Selangor nampaknya tidak ada seorangpun di kalangan wakil UMNO dan BN yang nampaknya layak, berkarisma, berketrampilan untuk dilantik sebagai MB Selangor. Tetapi kalau ditengok disebelah sana nampaknya Dato' Hasan Ali lebih sesuai dilantik sebagai MB Selangor. Apa kata PM melantiknya sebagai MB Selangor yang baru. Beri beliau 6 bulan sebagai tempoh percubaan. Insya-Allah kita akan dapat saksikan satu kelaianan dan perubahan yang positif untuk Negeri Selangor.

Membangun Bersama Islam
Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

Sekian.

Rakyat-Hakim-Negara@freeanwar.com

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 


OX Free Counter
OX Free Counter