PUNCA AJARAN SESAT
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Penghukum lagi Maha
Pengazab
Punca ajaran sesat itu timbul adalah disebabkan syaitan, oleh kerana ia
telah mengubah tempat-tempat
ayat dan menggantikan perintah dengan yang tidak
diperintahkan oleh Tuhan kepada manusia.
Contohnya ialah ketika syaitan
menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan perintahnya kepada Nabi Adam. Tuhan hanya memerintahkan
Nabi Adam yang dipilihnya bagi menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan perintahnya itu
kepada
mereka, tetapi di sebaliknya syaitan pula mengambil tempat Nabi Adam itu bagi
memberitahu dan
menyampaikan ayat-ayat dan perintah Tuhan itu kepada manusia.
Maka
syaitan itu telah mengubah tempat ayat tersebut dan menggantikannya perintah Tuhan
tersebut dengan
yang tidak diperintahkannya kepada manusia. Maka sesatlah Nabi Adam
dan Isterinya oleh syaitan
tersebut. Dialah yang menghalang jalan Tuhan yang lurus
itu serta membengkokkannya kepada manusia.
Tuhan memerintahkan kepada Rasul-Nya
untuk menyampaikan kitab suci Al Quran dan ayat-ayatnya dan agama Islam itu kepada
manusia, maka syaitan berusaha mengubah ayat-ayat tersebut dan menggantikannya dengan
yang tidak diperintahkan oleh Tuhan itu kepada mereka, dengan cara menyesatkan mereka.
Tugas
Rasul setelah wafat, telah diambil oleh para-para alim ulamak, ahli-ahli kitab,
tuan-tuan
guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, imam-imam masjid. Sebaliknya
syaitan dan pengikutnya telah membelakang dan meninggalkan ajaran Islam dengan
alasan kononnya Rasul sudah tidak ada lagi selepas wafatnya Nabi Muhammad.
Di
dalam surah Kulya, Allah menegaskan antara lain yang ditujukan kepada orang-orang kafir
itu, bahawasanya kita umat Islam tidak menyembah Tuhan yang mereka sembah dan mereka pun
(orang kafir yang disesatkan itu) tidak menyembah Tuhan yang ia sembah.
Maka
Tuhan dan sembahan serta agama Rasul itu tidak sama dengan agama anutan orang-orang yang
kafir tersebut. Merekalah yang menjadi punca kesesatan umat.
APABILA DATANG YANG HAK
MAKA HILANGLAH YANG BATIL.
Yang benar,
Kahar
A. Jalal
Utusan Tuhan