RE: PERPADUAN
En. Misran... Semoga sihat wal'afiat diucapkan.
Maaf, sekiranya tulisan saya yang
terdahulu menganggu minda En. Misran.
Dalam memperkatakan sesuatu isu-isu semasa,
perlu diingat dan perlulah berlandaskan pada janji kita pada Allah untuk bertakwa padanya,
seperti yang selalu dilaungkan oleh Imam pada setiap Kuthbah Jumaat.
Sudah jelas
apa yang diperkatakan oleh Astora itu telah terpesong dari landasan dan akidah agama
Islam, diantaranya:
- Isu Tudung (menolak hukum Allah)
- Isu Arak (menolak hukum
Allah)
- Isu Menghina Nabi (menolak sunnah Rasul)
- Isu Kemanusiaan (pengadilan
tanpa hukum Allah),
- terutama pada isu Anwar Ibrahim (dihukum tanpa hukum Allah)
-
Abu
Hassan Omar (tak dihukum dengan hukum Allah)
- dan lain-lain yang berkaitan dgn akidah.
Yang
mana beliau telah memperlekehkan hukum Allah dengan mencipta fakta-fakta yang tersendiri.
Seolah-olah AL-QURAN (yakni kata-kata Allah) itu boleh diubah-ubah mengikut keadaan. dan
ini pula disokong oleh pihak kerajaan yang langsung tidak menghiraukan seseorang yang
boleh memesongkan akidah Agama Islam yang tercinta... yang wajib bagi seorang umat Islam
memeliharanya.
Persaudaraan Islam memang wajib, memang dituntut dalam Islam. Tetapi
apa pula jika seseorang Islam menganiaya seseorang Islam dalam negara kita yang dikatakan
demokrasi dan berpegang pada Agama Islam, tetapi tidak mengikut hukum Islam sepenuhnya
secara praktiknya ?
Jikalau Amanat Hj. Hadi pada 10 tahun lepas diutarakan kembali,
yang sekarang menjadi isu hangat, bagi pendapat saya itu tidak ada silapnya.
Cuba En.
Misran renungkan pada Al-Quran:-
Surah Al-Maa'idah, Ayat 44:
"Barang siapa
yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang
KAFIR"
Dari Kalam Abu Hasan Asj Syazali Rahimahullah:
"Jangan kau
jadikan orang yang kafir itu sebagai pemimpin & jangan kau jadikan orang yang beriman
itu sebagai musuh dan berpindahlah dengan kelebihan takwa mu didunia"
Surah
Ali-Imran, Ayat 32:
Maksudnya...
"Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad.
Taatilah Allah dengan mengikuti segala perintah-perintahnya dan jauhilah segala
larangannya. Dan taatilah Rasullullah dengan mengikuti suruhannya, dan jadikanlah
petunjuk-petunjuknya sebagai pedoman dalam hidup"
Semoga taubat yang En.
Misran anjurkan pada saya, dapat En. Misran renungkan kembali buat En. Misran sendiri ...
Wassalam...