MAHATHIR HANDAL DI GELANGGANG UMNO SAHAJA
Hackerzparadize Editor
Notes:
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Datuk Abu Hassan Omar (DAHO)
meletak jawatan sebagai MB Selangor... sesuatu yang tidak dijangka sebenarnya. Bukanlah
mudah untuk seseorang MB daripada BN hendak meletak jawatan dengan alasan ingin menumpukan
masa kepada keluarga dan masalah kesihatan.
Ia merupakan alasan yang pertama
didengari oleh kami apatah lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Agak lama untuk
kami memahami maksud sebenar beliau meletak jawatan. Bagaimanapun kami mengucapkan syabas
kepada DAHO kerana memilih meletakkan jawatan biar apa pun alasan yang sebenarnya beliau
maksudkan.
Bagi orang 'selurus' DAHO, bukanlah tempatnya untuk dia berpencak di
gelanggang UMNO. Terlalu banyak pendekar dan tak kurangnya pulak lanun dalam dunia politik
tersebut. Pantang silap langkah pasti kecundang. Sedangkan timbalan guru (guru kaka) yang
handal itu pun boleh terpelanting, inikan pula DAHO. Tetapi yang pasti tok gurunya tak
akan kecundang, mungkin ada ilmu kebal ataupun masih menyimpan buah rahsia guru yang tidak
diperturunkan kepada muridnya.
Rahsia kehandalan tok guru DAHO itu atau lebih mesra
dikenali sebagai Madey sebenarnya terletak kepada dua perkara itulah, kekebalan dan buah
rahsia guru, tidak kepada Taming Sari seperti mana Laksamana Tuah dulu. Dengan kekebalan
Madey, beliau mampu menewaskan siapa saja hatta para Sultan sekalipun. Segala
undang-undang di bawah telapak kakinya, para hakim umpama peon sahaja. Sekali digertak
kecut seluruh anggota. Sebelum jawatan melayang, baik buat sahaja.
Buah rahsia guru
yang dimiliki oleh Madey ini tak lain dan tak bukan ialah rahsia juga, rahsia peribadi
para penyokongnya termasuk si DAHO tersebut. Rahsia itu tentulah yang tidak manis dan
mengaibkan yang boleh membuatkan sesiapa sahaja akan melutut menyembah si berhala puaka
itu agar tidak mendedahkannya. Oleh itu mereka tiada pilihan lain maka menurut sajalah
kehendak si penyimpan rahsia tersebut. Disuruh meletak jawatan pun letaklah, kalau tidak,
tak payah ceritalah...
Namun kegagahan dan kehandalan sang guru tersebut hanyalah
di gelanggang usang UMNO sahaja, kalau diajak berpencak di gelanggang lain, gelabah tak
keruan sekalipun diberitahu jurus-jurus yang akan dilepaskan terlebih dahulu. Itulah yang
terjadi seketika waktu dulu bila beliau diajak bertarung dengan timbalan sendiri di
mahkamah.
Mungkin beliau telah tersilap mengajar buah rahsia guru kepada
timbalannya itu terlebih dahulu sebelum memecatnya. Itu yang menyebabkan tok guru sehebat
Madey boleh menjadi sepenakut itu untuk hadir di mahkamah. Namun beliau masih punya satu
lagi kekuatan iaitu kekebalan yang membolehkan beliau menumbangkan timbalannya. Itulah
yang digunakannya hingga berjaya membenamkan DSAI 15 tahun di penjara.
Sememangnya
dunia UMNO dipenuhi oleh segala macam kekalutan, daripada rasuah, salah guna kuasa, iri
hati, dendam, hinggalah kepada skandal seks. DAHO dulunya dilantik menggantikan Tyson yang
rasuah. Setelah puas disaring kononnya untuk mendapatkan calon yang benar-benar bersih
daripada sebarang kekotoran yang biasa terdapat dalam parti tersebut, DAHO itulah yang
termampu buat UMNO Selangor, kini ribut pula dengan skandal seksnya.
Tiada apa yang
boleh diharapkan oleh orang Melayu dan umat Islam kepada UMNO lagi. Saban hari kita
diperdengarkan dengan segala macam haru biru dari parti melayu tersebut. Perjuangan bangsa
kononnya kini menjadi perjuangan peribadi. Mereka sanggup saling menikam rakan sendiri
untuk melonjak naik ke atas. Untuk apa kalau bukan untuk kepentingan sendiri.
Para
penyokong mereka hanya boleh mengigit jari melihat pemimpin yang mereka harapkan
berlumba-lumba mengumpul kekayaan melalui projek-projek bumiputera yang sepatutnya
diserahkan kepada rakyat. Kalau mendapat habuan pun umpama sisa-sisa makanan untuk kucing
peliharaan sahaja. Kepada orang-orang tua di kampung yang menyokong mereka ini atas dasar
semangat nasionalis hanya mampu mengorak senyum sumbing bangga tak tentu hala melihat
bangunan-bangunan tinggi yang kosong tidak berpenghuni, kononnya kemajuan. Apa yang mereka
dapat? Sekadar diajak melancong melihat bangunan-bangunan, tugu dan ceramah setiap 5 tahun
sekali sebelum pilihanraya. Selepas itu tinggallah mereka menghitung tahun menunggu wakil
rakyat mereka datang menjenguk untuk mengajak mereka melancong lagi.
Menyusur
prestasi buruk UMNO tersebut, hampir pasti parti itu akan menjadi bahan sejarah sedikit
masa lagi. Umpama dinosaur yang pupus itu, kalau tinggalpun mungkin fosil-fosil berupa
menara berkembar Petronas, mahligai PUTARjaya dan mungkin patung sang guru untuk dikenang.
Generasi
pelapis yang diharapkan bukanlah pendekar terbilang yang diasuh dengan kekerasan semangat
perwira. Sebaliknya mereka dimanja, dipertahankan dan diberikan kemewahan asal saja tidak
melawan orang tua. Semua itu membentuk mereka menjadi pemuda pingitan kalaupun bukan
pondan. Kaum wanita mereka pula asyik berantakan sesama sendiri dan janganlah diharapkan
untuk membela parti. Mereka umpama anai-anai yang menghuni tunggul reput menanti untuk
dihumban ke dalam api.
Sisa-sisa hayat mereka kini amat bergantung kepada guru tua
Madey itu yang entah berapa lama akan menongkat dunia lagi. Sebaik sahaja sang guru padam,
akan berperang dan berbunuhanlah sesama mereka untuk merebut jawatan yang akhirnya tiada
siapa lagi yang akan tinggal. Sedangkan semasa hayat sang guru pun mereka telah berebutan,
inikan pula setelah tiada lagi penghalang yang tua bangka itu.
Kepada rakyat yang
masih menaruh harapan tinggi kepada parti reput itu, kami nasihatkan kalian agar tidak
terlalu berharap. Fikirlah sendiri apa yang akan berlaku dengan prestasi buruk parti
berkenaan, dengan pemimpin-pemimpin pelapis sebacul mereka yang sentiasa dimanjakan
sebelum ini oleh Madey. Apakah yang boleh diperjuangkan mereka untuk kalian nanti kalau
tidak meneruskan tradisi menjual bangsa sendiri untuk terus berdiri dengan parti-parti
lain yang mementingkan bangsa seperti mereka dalam komponen BN itu.
Sekian,
teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
110800