Saya ingin menyumbang sedikit tentang penawanan tanpa berdarah kota suci Mekah oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Memang betul sebelum penawanan tersebut telah
berlaku peperangan dengan pihak kufar seperti perang badar dan uhud. Walau bagaimanapun, peperangan tersebut berbeda kerana Rasullullah pada masa itu
tiada pilihan ,melainkan mempertahankan Islam dan umat Islam yang pada masa itu
amatlah sedikit. Kedudukan pada masa itu ialah perang (mempertahankan diri) atau
binasa kesemuanya. Pihak kufar takde masa untuk berunding apatah lagi
pilihanraya, kecuali membinasakan Islam dan kesemua pengikutnya sehingga
Rasullullah pada saat-saat perang akan bermula, berdoa seandainya Allah tidak
memberikan kemenangan, tidak akan ada orang yang akan menganut agama Islam lagi.
Pihak Islam pun ada juga mengambil tindakan menyerang kabilah-kabilah tujuannya
mengugat ekonomi kufar di Mekah. Berikutan kejadian inilah, kalau saya tidak
silap puncanya ditandatanngan perjanjian Hudaibiyah. Walau apapun, ada sesetengah
pengikut Rasullah cukup tidak sabar dan berpuashati kerana perjanjian itu agak
berat sebelah. Bilamana perjanjian dicabul oleh pihak kufar, baharulah kota
mekah ditawan. Pada masa itu, jelas kekuatan Islam cukup jitu sehingga penduduk
Mekah naik kecut.
Persoalannya, sampai kesudah masanya untuk menetang ameno secara mengangkat
senjata atau kewarasannya berbuat demikian? Saya rasa belum perlu lagi walaupun
ianya saya akui masih relevan. Kita masih ada pilihanraya dan ameno belum lagi
bertindak menembak mati umat-umat Islam di Malaysia. Bermakna kita masih boleh
berdiplomasi dalam memperjuangkan Islam dan keadilan. Membangkitkan kesedaran
adalah utama terutamanya di kalangan orang Melayu. Apa bezanya orang-orang Melayu
amnya dengan yang lain seperti Mahathir (tiruan), Abu Hassan, Daim, Aziz
Shamsudin sehinggakan mereka bertindak demikian dan bagaimana mereka boleh
terpilih untuk menerajui negara kalau bukan orang Melayu sendiri yang menyokong
termasuklah ssaudara-saudara kita?
Ini menunjukkan bahwa minda dan kesedaran
orang Melayu masih terlalu ketinggalan. Orang melayu masih lagi suka
berhibur-hibur dan malas membaca (tak suka membaca) dan `dhaif’ walaupun
sekarang ini adalah zaman maklumat. Memang Mahafiraun akan menipu dalam
pilihanraya, tapi itu masih pilihan terbaik ataupun cukup baik berbanding
perang. Mahafiraunpun tahu, menipupun ada batasannya kerana kalau rakyat
rata-rata menolak BN, tipu macam manapun BN akan kalah juga dalam pilihanraya.
Maka janganlah terburu-buru, tapi satu persatu. Piliharaya kecil Teluk Kemang
menunjukkan bahawa pihak tentera sudah mula meluat dengan BN. Saya rasa polis
pun begitu kecuali segelintir.
Sebenarnya tidak ada jalan tengah, mahupun jalan tepi. Jalan atas, bawah, tepi,
kiri dan kanan, bengkang-bengkok semuanya boleh pakai sesuai dengan keadaan.
Syor supaya diadakan perhimpunan besar-besaran di Terengganu dan Kelantan adalah
idea yang baik dan bagus kerana di sana polis lebih berhati-hati dan bersimpati. Lagi pun mereka sedar bahawa
negeri itu bukan di bawah telunjuk Mahafiraun. Jadi
permit perhimpunan bukanlah satu masalah. Nak adakan hari kebangsaan di
Trengganu pun baik kerana inilah masa dan ketikanya nak persembahkan budaya
Islam orang Melayu. Umat Islam juga perlulah bersatu padu untuk menawan satu
lagi negeri.
Ini tidak berlaku di bandaraya KL. Seorang bapa yang tertangkap bereformasi
tentunya menyusahkan isterinya dan anak-anaknya. Sebenarnya yang kena tangkap
bukanlah dia tapi isteri dan anak-anaknya. Cakap memanglah senang. Begitu juga
sekiranya webmaster bereformasi dan tertangkap, maka siapa pula nak jaga laman
ini?
Kesimpulannya ialah risikonya lebih dari kesannya. Maka sebab itulah saya
syorkan agar siapa yang boleh turun padang turunlah berdemo. Dalam hal ini,
orang-orang bujang dan pelajar/mahasiswa beribu-ribu sepatutnya berdemo. Jangan
lari kalau polis kejar. Biarlah polis tangkap beribu-ribu kalau ada tempat nak
simpan. Akhirnya akan mendapat simpati dan sokongan mak-bapa. Mak-bapa kenalah
faham dan jangan menangis kalau anaknya duduk dilokap beberapa hari –
bukannya tak dapat makan dan minum. Tapi kalau ketua keluarga yang kena tangkap,
isteri dan anak dirumah siapa nak jaga?
Maka sebaliknya serulah pelajar-pelajar
dan mahasiswa-mahasiswa bangun dan berarak dan berdemo ramai-ramai
(ribu-ribuanlah). Bila itu terjadi, saya rasa kita sudah berada diambang
kemenangan, insya Allah sebagaimana tentera-tentera Islam bergerak memasuki
Mekah beramai-ramai. Persoalannya ialah kalau seorang atau beberapa kerat saja
pelajar yang mausk lokap memanglah sedih dan teraniaya. Memang lebamlah mata
kena pukul oleh anjing Firaun. Itulah penting kalau polis nak tangkap, biarlah
tangkap semua beribu-ribu mahasiswa yang berdemo. Masa itu pucatlah dan
terkencinglah Mahathir.
Walau apa pun, reformasi mesti dipertingkatkan dengan mempertingkatkan kesedaran
dikalangan rakyat. Ini sudah nampak kejayaannya seperti penipuan persitiwa sauk,
perletakkan Jawatan MB Selangor, penipuan dan penganiayan DSAI, perampokkan
harta negara oleh Mahafiraun dan kroni.
Insya-Allah Barisan keadilan lebih
bersedia untuk mengugat BN di pilihan raya akan datang. Hasrat menawan
Parlimen dan Exco negeri masih relevan, sepatutnya lebih utama dan terdahulu
berbanding perang gerila atau mengangkat senjata secara terbuka terhadap
kerajaan. Ingatlah bahawa hartabenda dan nyawa rakyat masih terjamin dan pintu
pilihanraya dan perjuangan secara berdiplomasi masih terbuka untuk menegakkan
kesedaran dan keadilan dinegara ini. Sekali lagi saya seru agar jangan
terburu-buru kerana padahnya buruk.