MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

NORIAN MAI KATA PENCULIKAN BERMOTIF POLITIK, INGAT TAK?

Sdra webmaster,
Rasa terpanggil saya untuk menulis sesuatu setelah membaca artikel dari Wisma Putra berhubung dengan isu SIPADAN. Ramai yang tertanya-tanya mengapa Aziz Shamsuddin agak sibuk asik pergi ke Filipina dan bukan Syed Hamid atau Timbalannya dari Kementerian Luar untuk menyelesaikan masalah tebusan di Jolo.
Masalah ini memang panas dan kemungkinan besar akan meletup kerana Azizlah dalang yang mengguna pendatang-pendatang asing ini secara haram semasa pilihanraya dulu. Dibayar duit, dijanji macam-macam kepada pendatang-pendatang asing ini semata-mata untuk memastikan kemenangan memihak kepada BN sehingga kami di SPR tidak boleh buat apa-apa.

Kerja-kerja kotor ini semasa pilihanraya yang lalu direstui oleh PM sendiri kerana sebelum pilihanraya lagi PM sudah berkata bahawa beliau konfiden Sabah dan Sarawak akan memberi kemenangan yang besar kepada BN. Memang betul pun, Sabah dan Sarawak memberi kemenangan amat besar kepada BN dan yang ganjilnya, keputusan-keputusannya diketahui lebih awal-sebelum jam 9.30 malam kita sudah tahu kesemua keputusan dari Sabah dan Sarawak walaupun dari segi infrastruktur, negeri-negeri ini mempunyai banyak masalah. Yang lebih ganjil, orang kuat seperti Datuk Pairin boleh menang tipis di kubu kuatnya!!

Kerana takut rahsia ini terbongkar dan menjadi isu di peringkat antarabangsa apabila pendedahannya berpunca bukan dari dalam negeri tapi dari negara luar, maka bergegaslah Aziz ke Filipina untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bayangkan jika CNN menyiarkan berita 'Abu Sayyaf says the previous Malaysian election was rigged and they have evidence to support it!'Macam mana kerajaan hendak menangkisnya?

Yong Teck Lee pun ada kelihatan bersama-sama Aziz di Filipina untuk menyelesaikan masalah ini kerana sejurus selepas pilihanraya dulu Yong ada berkata bahawa masalah isu pendatang asing di Sabah perlu diselesaikan dengan segera dan mana boleh keistemewaan diberi kepada mereka yang melebihi rakyat tempatan? Kenyataan Yong ini dipadam cepat-cepat oleh pihak media dari dibincang lebih lanjut kerana pihak-pihak tertentu takut lebih banyak pekung akan terbongkar. 

Sehinggalah tercetusnya isu SIPADAN.....kepada pemimpin-pemimpin BA, renungkanlah samada BA berupaya mencapai kemenangan pada tahun 2004 nanti. Selagi taktik-taktik kotor BN/UMNO tidak berupaya dibongkar dan dicegah, amat sukar untuk memperolehi kemenangan melalui peti undi.

SPR

Nota webmaster:
Kita amat berterima kasih di atas maklumat yang disampaikan oleh rakyat yang prihatin dari Wisma Putra, JPM. Inilah maklumat yang amat penting untuk mendedah dan mengkoyakrabakkan sokongan rakyat kepada BN. Kita semua tahu penipuan yang dilakukan oleh BN menjelang pilihan raya. Kita tentu berpeluang melihat bagaimana pengundi hantu dibawa pada waktu tengah malam dengan bas yang besar menunggu hari pagi untuk segera mengundi. Tatkala itu ramai rakyat masih enak dibuai mimpi.

Berita tawanan Jolo sudah disangkap tabir pendedahannya sejak awal lagi. Mungkin ketika itu kita berasa sukar untuk mengaitkan apakah peri pentingnya rakyat di selatan Filipina itu kepada saebahagian rakyat negara ini. Kehidupan mereka pula diketahui dhaif dan melarat. Misteri penemuan penduduk-penduduk selatan Filipina yang memakai baju 'Undilah BN' itu memang tidak menghairankan kerana kedudukan pulau-pulau kecil di selatan negara itu bertaburan. Kedudukan mereka berhampiran dengan Sabah. Tentu kita masih ingat betapa Mahathir menuntut satu dari pulau itu dengan mendakwa ia milik negara ini. Untuk apa benar-benar mahu dipertahankan jika ianya sudah melepasi sempadan antarabangsa negara. Sudah semestinya satu muslihat tersembunyi.

Kini pendedahan berlaku sudah. Misteri bertahun-tahun selama ini juga terbongkar. Kisah penculikan beberapa orang rakyat negara ini oleh Kumpulan Abu Sayyaf terjawab sudah. Jika Abu Sayyaf sering kali dikaitkan dengan keganasan, mengapa mereka mahu membebaskan sebahagian rakyat negara ini yang diculik itu? Perbuatan ini mendedahkan kepada kita bahawa 'menuntut balas' atau soal dendam perlu dilunaskan akibat perjanjian telah dimungkiri oleh satu pihak. Keengganan Mahathir atau wakilnya melunaskan janji-janji mereka kepada rakyat selatan Filipina memaksa kumpulan Abu Sayyaf mengharungi lautan gelora untuk menuntut seribu janji yang sudah dimeterai.

Kita mungkin akan dapat mendengar kisah ini sekiranya bertemu dengan bekas tahanan Abu Sayyaf yang dibebaskan dahulu. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai perbuatan Mahathir yang bukan sahaja mengkhianati negaranya, tetapi juga dengan terang dan jelas bahawa menipu rakyat negara lain untuk kepentingan politiknya. 

Ingatkah anda sewaktu mengumumkan berita tawanan kepada media massa April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai sudah jelas menyebut 3 perkara yang dianggap sebagai dorongan kepada penculikan Kumpulan Abu Sayyaf. Salah satunya kata beliau, bermotif politik!!

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia
OX Free Counter
OX Free Counter