MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

CADANGAN KEPADA PAS 

(siri 2)

CADANGAN TAMBAHAN:
Pas juga dapat menjalankan khidmat seperti:
- Bantuan Kepada Isteri Yang Suami Sedang Dipenjara.
- Bantuan Kepada Ibu Tunggal.
- Bantuan Kepada Muslim Yang Memerlukan Perhatian Khas
- Mengadakan ‘Sister Link’ bagi Dewan Muslimat.
- Bantuan untuk mencari keluarga angkat kepada anak yatim atau anak-anak orang miskin.
- Skim Bantuan Makanan Berkhasiat kepada golongan miskin.
- Latihan vokasional dan keusahawanan kepada belia.
- Dll.

Banyak lagi bantuan yang harus diberikan kepada orang Melayu khasnya. Nasib mereka tidak pernah terbela sebelum dan selepas merdeka dan menjadi lebih teruk di zaman diktator syaitan Mahathir Kutty. Saya perlukan cadangan dari para netters dan semua lapisan masyarakat untuk menyambung senarai ini. Dengan perasaan rendah diri saya mengakui saya tak dapat menyambungnya kerana terlalu banyak yang harus ditolong. Dengan perkataan yang mudah difahami, tubuhlah satu Convoy of Mercy di segenap bumi yang dipijak oleh ahli PAS. Ceramah sahaja tak mencukupi sebenarnya. PAS mesti turun padang betul-betul untuk bantu orang Melayu.

c. Aktiviti ilmiah dan pusat pembangunan wanita.

Cadangan ini juga boleh dikatakan telah sedia maklum. Cuma kita perlu meluaskan skop dan mengalakkan penglibatan segenap lapisan masyarakat.

Cadangan Pertama

Tak lain tak tak bukan ialah KULIAH AGAMA dan Ilmu pengurusan keluarga untuk kaum lelaki. Contoh yang terbaik ialah seperti yang dilakukan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad yang menyentuh segala aspek secara menyeluruh kepada anak muridnya. Beliau juga menggunakan internet(www.shamsuri.com) dalam menyebarkan dakwah sehinggakan ramai penuntut kita di luar negara masih dapat mengikuti kuliah beliau. Saya cadangkan agar Ustaz Shamsuri Haji Ahmad dilantik sebagai ketua penyelaras modul-modul kuliah bagi seluruh negeri kerana beliau amat faham akan masalah yang melanda kita. Saya tak mahu memperpanjangkan cadangan yang pertama kerana kita sudah sedia maklum. Mungkin saya akan rujuk semula suatu hari nanti bila kelapangan.

Cadangan Kedua

Yang saya ingin tekankan ialah Bimbingan Untuk Kaum Wanita Sebagai suri rumah ataupun yang bekerja. Sebab saya tekankan kaum wanita ialah kerana wanita itu adalah sekolah yang pertama bagi anak-anak kita dan juga sumber penenang jiwa suaminya. Jika rosak wanita, pendidikan anak-anak juga rosak dan seterusnya rosaklah generasi kita yang mendatang. Jika rosak wanita, apa yang akan terjadi kepada prestasi suaminya di tempat kerja? Bagi Yahudi, mereka rosakkan wanita Islam sejak dahulu lagi demi mengekang kebangkitan Islam. Mereka rosakkan wanita Islam dengan pelbagai jenis kata-kata dan yang paling top sekali ialah ‘kebebasan’. Wanita perlu bebas memilih itu dan ini, memakai pakaian itu dan ini dan boleh keluar kemana sahaja tanpa disekat oleh sesiapa walaupun bapa mahupun suami. Mereka menunjukkan bagaimana bergayanya wanita-wanita barat yang memakai pakaian yang berjenama, bermake-up tebal, lincah, riang gembira dan mendedahkan aurat. Mereka menggunakan bentuk badan perempuan yang memang rarely achievable bagi sebahagian besar perempuan yang ada di dunia ini supaya wanita itu sentiasa sepanjang zaman membeli alat-alat keluaran mereka untuk mencantikkan badan mereka kononnya seperti model-model yang tersiar dalam Majalah Wanita, HerWorld dan Cosmopolitan. Tak ramai yang sedar yang model itu semua di bayar untuk memakai dan wanita kita kena bayar baru boleh pakai.

Dalam proses pembangunan wanita, aktiviti mendidik wanita dengan:
- ilmu agama,
- ilmu psikologi anak-anak.
- ilmu makanan dan kesihatan keluarga.
- Penjagaan badan dan kecantikan diri.
- Pengurusan kewangan keluarga.
- Memasak dan menjahit.

Perlu dijadikan tumpuan. Saya senaraikan diatas mengikut kronologi kepentingan di zaman ini.

Ilmu Agama

Penekanan ilmu agama penting supaya kita sekeluarga selamat di dunia dan di akhirat. Segala pengetahuan fardhu ain mestilah dah berada dalam tangan wanita itu kerana ia adalah ilmu asas ataupun kewajipan seseorang muslim yang mesti diperturunkan oleh seorang ibu kepada anaknya. Bagi seorang ibu yang dekat dirinya pada Agama, besar kemungkinan dia akan mendodoikan bayinya dengan kalimah Allah SWT. Saya ingin memetik dari satu ceramah Ustaz Ismail Kamus dimana beliau pernah bercerita di Acheh Indonesia, suri rumah mendodoi anaknya dengan menyanyikan “Kalau Belanda datang bunuh….. Kalau Belanda datang bunuh….. “, hasilnya bila anak itu membesarkan, apabila Belanda datang, memang para pemudanya bunuh dan sebab itulah Belanda tidak dapat berkuasa di Acheh. Di Acheh juga 2 tahun dahulu, mereka sanggup mati berperang dengan polis semata-mata mahu menegakkan undang-undang Islam.
    Moral dari cerita ini mudah sahaja, jika kita mengasak anak-anak kita dengan kalimah Allah SWT, insyaAllah anak-anak kita akan sebati dengan Islam dan kuat semangat juangnya pada agama.

Wanita itu juga tahu cara untuk mentaati dan berkelakuan terhadap suaminya. Adakah dia boleh memanggil dengan menggunakan nama? Apakah dosa tidak menutup aurat? Apakah kelebihan memulakan masakan dengan doa? Apakah pahala dan kelebihan menyusukan susu ibu pada bayi?
...
Semuanya wanita itu dapat memahami setelah dia mengikuti kuliah Al-Quran dan Hadis. Ada sesetangah dari orang tua tua menamakan sessi kuliah ini sebagai ‘pegi baca kitab’.

PAS insyaAllah dapat menghidupkan semula aktiviti ini secara bersepadu.

Psikologi Anak-anak

Wanita juga haruslah diberi pendidikan dalam membentuk psikologi anak-anak supaya dapat membentuk generasi yang mempunyai ketahanan mental. Mereka haruslah diajar cara –cara yang betul mendidik dan melatih anak menjadi pintar, cerdas, bertanggungjawab dan pandai bergaul. Tanamlah di dalam jiawa anak-anak kita akan ‘The Glory Of Islam’ supaya anak-anak itu sayang pada agamanya. Wanita perlulah diajar akan cara-cara menasihati, memberi motivasi pada kanak-kanak, membelai dengan penuh kasih sayang, tidak memanjakan secara berlebihan, tahu memilih alat permainan yang dapat menggalakkan pemikiran serta berani mencuba dan pelbagai lagi asas-asas untuk menjadikan seseorang insan itu berguna kepada masyarakat suatu hari kelak.

Ajarlah juga mereka akan perkembangan psikologi anak-anak ketika anak itu membesar sejak ia dilahirkan sehinggalah remaja. Kekurangan sensitiviti akan perkembangan psikologi mereka mungkin akan menyebabkan anak-anak itu memberontak, bercelaru pemikiran dan bermasalah dalam mengeluarkan buah fikiran serta menunjukkan sikap tidak sepatutnya.

Pemakanan dan Kesihatan Keluarga.

Suri rumah juga patut diberi pengajaran sebagai seorang jururawat dan pakar pemakanan. Wanita itu harus tahu akan makanan atau cara pemakanan yang memudaratkan. Jika gula dilebihkan, kita akan mengidap diabetis tetapi berapa ramai isteri-isteri yang tidak tahu bahawa dalam roti dan nasi juga ada gula kerana mereka ingat hanya ‘gula timbang kilo’ saja yang ada gula? Dengan kata yang mudah difahami, yang manis itu gula dan yang mana tawar itu bukan atau tak ada gula. Begitu juga dengan pengawalan bagi makan berlemak, kesan ajinomoto yang berlebihan, penjagaan kolestrol, cokelat dan penjagaan gigi, garam, kaffein dan kesan-kesan lain yang disebabkan cara pemakanan yang kurang sihat.

Selain dari itu, mereka haruslah diajar akan klasifikasi jenis-jenis makan seimbang dan seperti makanan untuk tenaga, tumbesaran anak, makanan untuk membantu kecerdasan dan makanan yang ‘bagus untuk suami’. Jika ilmu ini dapat didik dengan sempurna, suri rumah atau pembantu rumah tidak akan masak secara sembrono atau masak semata-mata kerana sedap atau ‘suami saya suka makan itu’, ‘masak ini mudah sikit masak itu susah’, ‘masak apa yang ada dalam peti ais’ dan bermacam-macam lagi alasan yang tak sepatutnya dikeluarkan. Jadilah suri rumah orang Melayu sebagai suri rumah yang berilmu.

Disamping itu, adalah bagus diajarkan teknik-teknik pertolongan cemas kepada wanita sebagai persediaan menghadapi waktu kecemasan semasa ketiadaan suami di rumah, kebaikan bersenam dan teknik-teknik untuk mengurangkan stress. Ini semua penting untuk kesihatan sekeluarga.

Kementerian kesihatan sepatutnya memainkan peranan ini. Tetapi memandangkan Mahathir Kutty dan anak-anaknya nak menswastakan segala hospital yang ada, semua mesti bayar kecuali kroni dan suku sakat, kita mestilah membuat langkah-langkah pencegahan sebelum penyakit itu terjadi di samping membuat bantahan keras dan demo. PAS haruslah educate masyarakat kita supaya kurang berpenyakit dan  mengambil berat akan hal-hal kesihatan. Jika rakyat kurang berpenyakit, bagaimana anak-anak Mahathir Kutty nak kaut keuntungan selagi SB tak letak arsenik dalam makanan seluruh rakyat Malaysia(hee…he..he..)?

Ini juga satu jihad wahai saudara-saudaraku. Knowledge is Power, so we have to educate people. Do not leave the women behind.  Mereka akan lahirkan anak-anak, mereka akan membesarkan anak-anak kita, anak-anak kita akan meruskan jihad kita, agama kita dan akan mendoakan kita bila kita sudah kembali ke rahmatullah.

Allah berfirman yang bermaksud “Jauhilah kamu dan keluarga kamu dari api neraka”.
Macam mana nak jaga?? macam yang dicadangkan inilah cara nak jaga. Kita mesti mula dari yang betul-betul asas(basic, root).

Penjagaan badan dan kecantikan diri

Point ini agak bertindan(redundant) dengan point yang sebelumnya. Kita hanya memerlukan sedikit tambahan di sini. Allah sukakan kecantikkan dan kecantikkan para isteri hanya untuk suami. Bagi si isteri yang mempunyai masalah terutama sekali masalah berat badan, anda mungkin berpeluang memperbaiki keadaan jika perkhidmatan seumpama ini diadakan. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan anda menjadi malas bergerak, mungkin liat untuk beribadat dan melengah-lengahkan waktu sembahyang, kerap mengantuk, dunia anda menjadi sempit, naik bas sempit, naik teksi sempit, pakaian anda pun sempit, pintu rumah pun sempit  dan anda akan berasa tertekan, dan bila anda tertekan anda akan makan lebih banyak, dan mengembang dan tertekan lagi. Proses ini akan berterusan dan anda memerlukan sedikit nasihat, disiplin dan ketabahan. Suami pun tertekan bila melihat isteri tertekan. Dan yang paling penting sekali, berat badan yang berlebihan biasanya ada kaitan dengan penyakit lain lagi seperti lemah jantung dan sakit kaki akibat terpaksa menyokong berat badan. Moralnya, penjagaan badan juga penting untuk memastikan kekuatan bangsa.

Pengurusan Kewangan Keluarga

Pengurusan kewangan keluarga penting demi keluarga itu dapat menguruskan keutamaan(priority) perbelajaan, mengurangkan kemungkinan si suami terpaksa berhutang dengan bank yang terpaksa bayar riba, mencari ruang untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan mencari pasaran-pasaran untuk barangan yang boleh dibuat di rumah seperti kuih dan kraftangan.

Para isteri juga mungkin boleh dididik untuk menjadi akauntan kecil kepada si suami jika diajar ilmu perakaunan secara ringkas. Munkin juga mereka boleh diajar cara-cara untuk menggunakan perisian spread sheet  seperti Microsost Excel dan Lotus dan dapat menjana pelbagai bentuk graf yang dapat menunjukkan  perjalanan kewangan keluarga. Asalkan suami tahu mengawal isteri agar dia tidak main chat, IRC atau seangkatan dengannya  sehingga jahanam  segala rancangan.

Disebakan kesuntukkan masa, saya tak dapat sentuh akan hal memasak dan menjahit, saya yakin ramai yang dah faham.

Kesimpulan Awal

Amatlah banyak perkara yang dapat dilakukan oleh isteri jika berada di rumah sebenarnya sebagai ibu moden. Jika terdapat suatu pergerakkan seperti ini yang dapat memberikan segala tunjuk ajar dalam aspek Pembangunan Wanita. InsyaAllah, wanita kita akan menjadi wanita yang berkualiti walaupun sebagai seorang suri rumah lebih baik berbanding negara-negara maju. Wanita kita akan mempunyai kepakaran sebagai seorang isteri, ibu, guru, ustazah, jururawat, pakar pemakanan, usahawan kecil, akauntan dan teman setia pada suaminya. Ubahlah sikap mereka yang asyik sibuk dengan membeli belah berlori-lori setiap minggu kepada insan yang gembira dan berkobar-kobar untuk memastikan perjalan keluarga di rumah berjalan dalam keadaan baik.  Inilah Reformasi. Kita mesti besarkan skop wanita bukan hanya setakat tukang masak dan mengemas rumah yang kusut masai. PAS haruslah memikirkan hal ini supaya pembangunan muslimatnya lebih terancang seterusnya akan mengalakkan menghidupkan markas-markas PAS untuk kaum muslimin dan kaum muslimat dengan mengadakan khidmat nasihat, kelas dan seminar.

Pengiklanan

Usahawan-usahawan kecil dapat mengiklankan barangan khidmat mereka di markas-markas PAS. Dengan kata yang mudah difahami, markas PAS dapat bertindak sebagai Directory bagi masyarakat Islam setempat. Iklan-iklan seperti:

- kelas komputer
- katering
- sekolah agama
- kelas membaca Al-Quran.
- Sewa lori
- Plumbing
- Rumah sewa
- Dan lain-lain

Dapat ditampal untuk kemudahan orang ramai. PAS juga akan dapat menolong memajukan usahawan Muslim dengan monolong mereka mencari pelanggan. Jika usahawan Muslim untung, ekonomi Islam juga untung apabila mereka mengeluarkan zakat perniagaan atau pun menderma. Akhirnya markas PAS akan menjadi pusat tumpuan orang ramai kerana ia dikunjungi oleh rakyat biasa dan usahawan Muslim. Sediakanlah papan potis yang berkualiti dan layanan yang baik.


B) MENGGUNAKAN KEKUATAN STATISTIK DAN PERANGKAAN

Menggunakan kekuatan statistik dan perangkaan akan bertindak sebagai PELENGKAP kepada cadangan sebelum ini yang memungkin penubuhan Intellectual Centre dan menolong PAS/BA mem’publish’kan kertas kerja dan buku-buku. Apakah gunanya statistik? Statistik berperanan sebagai:

Penguat hujah-hujah ketika ceramah , hujah-hujah buku-buku yang dikeluarkan, usaha pemantauan dan ‘analisis pasaran’.

Dari statistik, Pas akan dapat membuat kesimpulan dengan lebih jitu dan dapat menyakinkan rakyat. Sebagai contohnya, jika PAS membuat kaji selidik pertambahan bohsia di Kuala Lumpur bermula dari zaman Mahathir Kutty memerintah sehinggalah tahun 2000, nescaya PAS akan dapat menunjukkan graf pertambahan yang mencanak macam nak rak itu pada rakyat ketika berceramah ataupun di dalam Harakah. Gunakanlah projektor atau slide show  sekerap mungkin. Use technology to shape the value and mind among the citizen. Dengan graf itu pun sudah cukup untuk rakyat untuk membuat kesimpulan mereka sendiri yang Mahathir Kutty memang gagal dalam mengawal gejala sosial. Memang tak kawal pun sebenarnya. PAS mesti melakukan sesuatu untuk membolehkan pada rakyat nampak dengan sejelas-jelasnya apa yang telah berlaku selama ini jika ditunjukkan peratusannya dan graf-graf yang ‘cantik’ itu. PAS perlulah rajin mengkaji selidik samada menghubungi Jabatan Perangkaan, jabatan-jabatan kerajaan dan mengadakan temubual rambang dengan rakyat jelata dan bandar mahupun di desa.

Banyak statistik dan kaji selidik yang boleh dibuat seperti ‘Adakah rakyat menyokong’ :

- pembinaan KLCC ‘H’asmah?
- Mahligai Air Mata Rakyat di Putra Jaya?
- Litar Sepang Bodoh?
- Tanam Padi atas bumbung rumah oleh Sanusi kaki pukul? Kubota, traktor dan jentera penuai akan panjat bumbung rumah 2 kali setahun untuk menuai padi.
- Bakun Bahlul Empangan Ting?
- Pembinaan gereja terbesar di Shah Alam?
- Wang Petronas, KWSP dan Tabung Haji digunakan untuk bail-out  anak Kutty?
- Tindakkan keras keatas orang yang berdemo secara amam?
- KL Tower yang dah mula retak?
- Tindakkan JAIS Abu Hassan incest?


Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan temubual/questionaire yang boleh dijadikan bahan bukti akan sokongan(?) atau bantahan rakyat terhadap tindakan kerajaan sebenarnya.

PAS juga haruslah mengumpul, menyimpan, menganalisis, mengemaskini,  dan menyebarkan analisis statistik mereka seperti:

- Perbelanjaan ibubapa pada anak-anak di universiti ketika baru mendaftarkan diri, wang saku setiap bulan.
- Bilangan dan peratusan pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekurangan wang.
- Purata sedekah yang dikeluarkan oleh individu kepada masjid setiap minggu sembahyang Jumaat? Berapa peratus yang sedekah dan berapa peratus kadang-kadang dan berapa peratus tak pernah lansung?
- Peratusan Melayu yang membeli kaset-kaset ceramah agama? Berapa kekerapan bagi setiap individu itu membeli? Apakah taraf mereka samaada rendah atau sederhana? Jantina mereka, analisa harga etc. Tinjauan saya 90% kaset dibeli oleh lelaki.
- Anggaran perbelanjaan untuk membaiki kereta setiap kali servis?
- Bilangan rakyat yang terpaksa ikat perut menunggu gaji bulanan dimasukkan.
- Bilangan dan peratusan jam rakyat menonton TV. Jenis rancangan.
- Bilangan dan peratusan pendapatan rakyat yang menggunakan bas setiap hari.
- Bilangan dan peratusan petani yang mendapat subsidi tanpa perlu mengampu.
- Issu murtad, buang anak, buang keluarga.
- Respon atas kelembapan, birokrasi dan red-tape di jabatan-jabatan kerajaan.

Banyak lagi statistik yang perlu dikumpulkan. Sila tambah. Kita perlu mendapatkan perangkaan ini dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar issu kerana apa sahaja yang dilakukan oleh Mahathir Kutty adalah DUIT TAX PAYER. BUKAN DUIT BAPAK DIA. Semasa menjawab questionaire atau temubual, rakyat berpeluang memberikan komen dan dari situ juga kita akan dapat mengetahui pendirian mereka, cadangan mereka, kehendak mereka, perasaan mereka, harapan mereka dan seterusnya statistik ini akan dapat kita janakan suatu program, merencanakan polisi dan merangka perjuangan yang lebih mantap kerana kita disokong oleh angka-angka dan kita telah mengetahui dengan jitu akan kehendak rakyat.

AKHIR KATA

Sekian dulu cadangan saya buat kali ini. Saya amat berharap cadangan saya ini dapat dikemukan kepada pucuk pimpinan PAS untuk dibincangkan seterusnya menjana Kemenangan 2004 dan memberi bantuan kepada orang Melayu pada masa yang sama. Saya mengakui masih banyak lagi kelemahan tulisan saya ini dan saya berharap ia dapat diperbetulkan dan saya pohon maaf atas kekurangan ini. Sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Sejak kebelakangan ini saya agak terkejut dan terharu akan segelintir para netters yang mengirimkan rintihan mereka pada laman-laman REFORMASI dan ada yang seolah hampir putus asa apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama 15tahun. Ada yang mengatakan seolah-olah demo semacam tak membawa kesan, saya tidak mahu menidakkan kenyataannya. Oleh itu, saya dengan sedaya upaya memerah otak sepanjang hari cuba merangka satu ‘GRAND DESIGN’ untuk menggalakkan penglibatan rakyat, mencadangkan dan membuka ruang-ruang yang memboleh berjuang dan berjihad mengikut kepakaran masing-masing. Saya yakin kita akan berjaya kerana perjuangan kita merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sesuai sepanjang zaman dan di mana jua serta telah dibuktikan oleh Para Khalifah Islam terdahulu yang menguasai 2/3 dunia. Apa yang perlu dilakukan oleh kita ialah satu merangka SATU GERAK KERJA YANG SISTEMATIK DAN MENYELURUH OLEH PEMIMPIN PARTI, MENGGALAKKAN PENGLIBATAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DARI SEGI PENGORBANAN TENAGA, MASA DAN WANG, PEMANTAUAN DAN ANALISIS AKAN RESPON MASYARAKAT, PEMANTAUAN DAN ANALISIS AKAN KEBERKESANAN SETIAP AKTIVITI PARTI, SENTIASA BERWASPADA, MERAMALKAN TINDAKBALAS MAHATHIR KUTTY SERTA DOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT SECARA KONSISTEN DAN TIDAK PUTUS ASA.

Sekali lagi saya merayu saudara dan saudari untuk membawa cadangan ini kepada pucuk Pimpinan PAS.

Sekian dulu buat sementara waktu.

Bersambung ...

IMR 14 Ogos 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia