MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

WIRA DUNIA KETIGA YANG MASIH MENUTUP PINTU

Sdra webmaster,
Seperti yang dijangkakan, tunggu masa saja kita pasti akan mendengar komen dari pihak kerajaan yang akan cuba menangkis segala komen dari dunia luar mengenai perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan terhadap DSAI. Bertalu talu sistem kehakiman negara dihentam. Boleh dikatakan dari segala pelusuk dunia! Dari negara negara maju dan juga dari negara-negara membangun.

Malang sekali kenyataan yang dibuat oleh Syed Hamid sekadar batuk di tangga sahaja. Langsung tidak ada kredibiliti. Sebaliknya, menjadi bahan ketawa. Kononnya, DSAI adalah rakan baik pemimpin-pemimpin negara luar yang menghentam sistem kehakiman negara kita menjadi salah satu sebab yang cuba diketengahkan oleh Syed Hamid. Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa satu dunia mengiktiraf kewibawaan DSAI? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa satu dunia menaruh harapan kepada DSAI sebagai pemimpin pelapis yang berpotensi pada alaf baru ini?

Apa yang sudah berlaku memang telah menghancurkan imej dan kredibiliti negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita malu dengan apa yang berlaku. Rakan-rakan dari Indonesia dan Thailand yang pada satu ketika dulu kurang demokratik dari kita, pun terkejut dengan apa yang berlaku di negara kita. Instead of moving forward your country is moving backward! Your laws sound more like laws of the jungles! It is a shame for these things to happen when we are now in a civilised world! Begitulah komen mereka tentang perkembangan2 di negara kita sekarang.

Amat jelas sekali, kita kini menjadi bahan ketawa satu dunia. Tambah mereka lagi, if such things happen in our country, no way the government can last long! We will go on the streets and protest until the government bows to our pressure. We will use peoples' power and students power! 

Yang lebih menyakitkan hati ialah apabila rakan2 dari negara maju dan membangun ini mencabar kita dengan berkata 'We wonder how you Malaysians can tolerate all these nonsense. Your beautiful country is being run down by some crazy maniacs and yet you all dont do anything! You all dont have  balls. You are all timid! Betapa pedihnya apabila disindir sedemikian. Tambah2 lagi sindiran datang dari rakan2 dari negara2 jiran yang pada satu ketika dulu jauh lebih otokratik dari negara kita! Lakukanlah sesuatu! Selamatkan negara kita!!!

RAKYAT PRIHATIN

Nota webmaster:
Memang satu dunia sudah arif akan perkembangan politik yang berlaku dalam negara kita. Dengan prasarana secanggih ini mereka mampu meneliti perkembangan itu hari demi hari. Amat malang bagi kita sebuah negara yang mendakwa termaju di kalangan negara-negara membangun dan bertindak sebagai pemimpin (wira) bagi mereka, kini sedang berhadapan dengan kemelut politik yang sukar sekali. Rakan-rakan saudara dari negara seperti Indonesia dan Thailand merasa malu kerana pemimpin mereka (Wira Dunia ke tiga) mengamalkan dasar pintu tertutup dalam berkomunikasi dengan rakyatnya. Inikah dikatakan Malaysia Boleh?

Anihnya... semua tak boleh!!

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia