MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN?

Mengapakah doa kita tidak di kabulkan tuhan? (sekadar peringatan utk yg lupa). 

Ada lapan sebab doa kita tidak dikabulkan Allah.

  1. Hati mati disebab kan tidak menunaikan perintah Allah.
  2. Membaca Al Quran tetapi tidak mengamal kannya.
  3. Kamu kata kamu sayang pada Rasullallah tapi kamu tidak amal kan syariat nya. (Rasullallah). 
  4. Kamu takut kan mati tapi kamu tidak bersedia untuk nya.
  5. Kamu takut Api neraka tapi kamu berusaha untuk ke arah nya (Makan makanan haram).
  6. Kamu mahu ke syurga tapi kamu tidak berusaha untuk kesana (syurga).
  7. Kamu nampak kesalahan orang lain tapi kamu tidak nampak kesalahan sendiri. 
  8. Kamu tahu Iblis itu musuh kamu tapi kamu ikut kata kata nya. 

Ini ada lah kata-kata saorang Wali Allah yang bernama Ibrahim Adham semasa ditanya oleh penduduk sebuah negeri di timur tengah (Mesir?) apa bila negara itu dilanda kemarau. Puas sudah di usahakan dengan bersembahyang berjemaah, sembahyang hajat, sembahyang meminta hujan, dan berdoa. Tetapi tidak juga di kabul kan oleh Allah doa mereka itu, lalu mereka berjumpa dengan Wali Allah ini (Ibrahim Adham) Maka berkata lah ia seperti di atas tadi.

Muslimah

Nota webmaster: Jazakumullah.

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia