MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

ABU MENANG JADI ABU, ABU KALAH JADI ARANG!

Alkisah Abu... yang suatu dulu asalnya dari kayu. Pada pandangan umumnya, kayu ini adalah dari jenis yang berkualiti...sehinggakan ketika Dr. Mahathir nak gunakan ia sebagai tiang seri di Selangor Darul Ehsan.. maka kayu tadi juga telah dikomen oleh MB Kelantan sebagai kayu yang kelihatan bermutu dan terbaik berbanding kayu-kayu lain yang terdapat di negeri yang dikatakan termaju itu.Akhirnya...PAS tewas di tangan calon yang berasal kayu itu.

Kemenangan ABU telah telahpun diduga, kalau dijangka kalah masakan Dr.M sanggup buat pilihanraya kecil.

Ringkasnya ABU menang. Bila ABU menang...sejumlah besar wang..baki dari 17 kilo wang yang telah Mat Taib gunakan, maka ABU telah belanjakan untuk tinggal di hotel...kununnya  atas alasan kediaman rasmi MB belum siap direnovation. AKHIRNYA 100 Ribu RM($) telah jadi ABU gara-gara ABU jadi MB.

Bila ABU sudah masuk rumah yang baru diperbaiki...ABU menang tapi duit rakyat Selangor+Malaysia 5 juta RM($) pula jadi ABU. Ekoran dari tindakan ABU itu..... masih lagi ABU terselamat dari tiupan angin...kerana ABU disucikan oleh Maha.

Maha sudah tahu ABU telah masuk perangkapnya. ABU masih beranggapan dia akan selamat...tidak kah ABU ingat peribahasa Melayu "Seperti ABU Di Atas Tunggul"?

ABU sepatutnya telah lama menjadi baja...dengan berbakti kepada bumi (anak dan keluarga) tapi ABU masih tidak puas bermain politik...ke mana lagi ABU NAK PERGI? bukankah jawatan MB tu..dah cukup istimewa? nak bertanding Naib Presiden lagi? patutnya selepas satu-dua penggal jadi MB cukuplah...lagipun rambut sudah putih(tua) dan juga beruban....tanda hampir mati?(politik).

Cita-cita politik ABU disaat-saat kegawatan UMNo menyebabkan sinar ABU telah pudar....akhirnya ABU terpaksa pegang jawatan politik peringkat negeri sahaja.....itupun atas ihsan PM lantik ABU jadi Pengerusi Perhubungan UMNo Negeri.

Saat kejatuhan ABU dari tunggul semakin hampir, hanya menunggu ANGIN KENCANG.

Maka tibalah angin kencang.... tapi ABU lupa angin kencang itu adalah makhluk Allah yang bakal membawa kemusnahan....angin kencang itu berlaku di THE SHIP.

Sepatutnya ABU berterima kasih kepada pegawainya kerana cuba membersihkan  THE SHIP. Adakah patut..orang yang cuba bersihkan THE SHIP dianggap tersalah ambil tindakan.... sedangkan orang yang buat SHIT di THE SHIP dapat pembelaan pula oleh semua pihak dan ABU adalah orang yang menghina jabatannya sendiri(JAIS) dan mengarah pegawainya menarik balik kes THE SHIP.

Tindakan ABU tadi mendekatkan kemurkaan Allah SWT...akhirnya walaupun ABU menang dan menyelamatkan penumpang THE SHIP tapi ABU sedang ditiup oleh Allah dari takhtanya. Tidakkah ABU sedar perumpamaan Melayu..seperti ABU di atas tunggul? Walaupun ABU MENANG DALAM KES THE SHIP, TAPI DIA TIDAK SEDAR AKAN JADI ABU.

Entah malang sungguh, sungguh-sungguh malang nasib ABU...bila ABU dikatakan terlibat dengan skandal seks. Sekali lagi ABU menang meratah kenikmatan seks haram jika ianya betul....tapi hakikatnya ABU MENANG JADI ABU, ABU KALAH JADI ARANG KERANA TELAH MENCONTENG ARANG DI MUKANYA.

OLEH ITU, Sepatutnya bila ABU dibuang...tinggalah Hassan dan HASSAN itu sangat layak menjadi pemimpin untuk orang Selangor. HASSAN itu bukan ABU tapi dari BA.

Dia ialah DR HASSAN ALI regu rapat Ustaz HASSAN SYUKRI.

Oleh itu...PAStikan BA menang 2004. IsyaAllah. 

Graduan PJJ  

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia