MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Penjelasan Dr. Mahathir Tentang Isu-Isu Semasa

Peristiwa ini dirakamkan semasa Dr. Mahathir memberi penerangan kepada ahli-ahli MKT di PWTC, Kuala Lumpur dalam rangka persiapan untuk mengadakan "road show" keseluruh negara bagi menjelaskan kepada ahli-ahli parti Umno di peringkat akar umbi mengenai peristiwa-peristiwa semasa yang telah banyak diselewengkan oleh parti pembangkang.

Di pemulaan ucapannya, Mahathir mengucapkan syukur kepada tuhan kerana memberikan kekuatan kepadanya menghadapi fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang dan ini menguatkan iltizam beliau untuk terus berkhidmat untuk negara sehingga ketitisan airmatanya yang terakhir.  Beliau juga mengingatkan parti pembangkang terutamanya parti PAS bahawa "dosa memfitnah itu adalah lebih dahsyat dari dosa membunuh" dan beliau menyeru kepimpinan PAS agar segera bertaubat sebelum sakratulmaut menjemput mereka.  Disaat itu beliau tidak dapat lagi meneruskan ucapannya kerana terlalu sedih dan sambil mengesatkan airmata beliau terus berkata "perjuanganku masih belum selesai".  Melihat keadaan tersebut, Abdullah Ahmad Badawi mengambil kesempatan memeluk erat Dr. Mahathir lalu dia berkata "Sabar Dato' Seri, kerana sabar itu sebahagian dari iman".

Agenda seterusnya adalah sesi soaljawab bersama wartawan yang dijemput khas.

Wartawan 1:     Assalamualaikum Dato' Seri.

Mahathir:          Hmm.. Hmm.. Selamat pagi.

Wartawan 1:     Dato' Seri, bolehkah Dato' Seri menjelaskan tohmahan pihak pembangkang, pihak asing dan rakyat jelata yang mengatakan tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan konspirasi pihak tertinggi yang didalangi oleh Dato' Seri dan hukuman yang dikenakan adalah terlalu berat serta tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya?

Mahathir:          Tuduhan mengenai, kununnya, terdapat konspirasi dalam kes ini adalah fitnah dan merupakan "hear-say" semata-mata tanpa bukti yang kukuh. Sekiranya mereka mempunyai bukti yang kukuh bahawa saya adalah "mastermind" dalam konspirasi menjatuhkan "dia" saya sedia dihadapkan ke mahkamah dan mereka boleh membuat laporan polis.  Polis dan mahkamah kita tidak akan bersikap "double-standard" dan mereka adalah profesional.  Baru-baru ini pun saya telah dijemput oleh peguam pembela "dia" ke mahkamah dalam perbicaraan tersebut, tetapi malangnya pihak mahkamah tidak membenarkan saya hadir walaupun saya benar-benar ikhlas untuk berbuat demikian. Tetapi mahkamah mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak membenarkan saya hadir sebagai saksi.  Mengenai hukuman yang dikenakan, saya amat menyetujui pendapat bahawa hukuman tersebut adalah terlalu berat.  Pada malam sebelum hukuman dijatuhkan saya sempat berjumpa Ariffin (Jaka) untuk memujuknya agar tidak menjatuhkan hukuman yang terlalu berat ke atas "dia".  Tetapi apa yang telah berlaku amat diluar jangkaan saya.  Saya benar-benar marah, dan mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Australia pada petang itu juga.

Wartawan 1:     Tapi Dato' Seri, kenapa tiba-tiba sahaja Dato' Seri bersikap amat berlainan, sedangkan Dato' Seri sendiri yang mengatakan bahawa Dato' Seri mempunyai bukti yang kukuh terhadap salah laku Dato' Seri Anwar Ibrahim?

Mahathir:          Rakyat sebenarnya tidak faham dengan apa yang sebenarnya saya maksudkan dengan bukti yang kukuh itu.  Sebenarnya saya sendiri mempunyai bukti yang kukuh bahawa "dia" tidak bersalah dan mahkamah jelas membuktikan perkara ini.  Pada hakikatnya, saya amat bersedih dengan peristiwa yang berlaku dan terasa juga ingin memprotes, tetapi mahkamah mempunyai sebab yang kukuh untuk menjatuhkan hukuman sedemikian.  Kalau kita protes mungkin kita dikenakan tindakan menghina mahkamah pulak. Jika ikutkan hati, ingin saya bersama-sama rakyat berdemonstrasi di jalanan untuk membantah keputusan tersebut, tetapi saya sudah tua, jika saya ditangkap dan dibelasah oleh polis dan SB matilah saya.

Wartawan 1:     Mengenai bantahan rakyat melalui demo di jalanan dan bantahan pihak luar tentang sistem keadilan kita, cuba Dato' Seri beri sedikit komen.

Mahathir:          Sebenarnya saya amat bersetuju dengan tindakan membantah oleh rakyat di jalan-jalan raya kerana mereka berani meluahkan perasaan, tidak seperti ahli-ahli parti (UMNO) saya yang buta-tuli, macam lembu dan suka mengampu serta menjilat buntut saya ini.  Kalau buntut saya ini lawa tak apalah.  Lagi pula, bila lagi polis-polis kita dapat menjalankan tugas mereka.  Selama ini mereka ini macam, apa nama tu, "mengabihkan boreh ajo" dan makan gaji buta derta makan rasuah.  Sekarang inilah masanya mereka menunjukkan skil mereka. Mengenai bantahan pihak luar, saya sememangnya menjangkakan tindakan ini.  Persoalannya, mengapa mereka sibuk sangat? Seperti yang selalu saya katakan mereka ini amat mencemburui kejayaan kita mentadbir negara sehingga berjaya sampai ke tahap ini.  Sepatutnya mereka menjaga hal ehwal negara mereka yang lebih teruk lagi di mana aktiviti homoseksual amat berleluasa.  Jika kita memerintah di negara mereka sudah tentu penjara kita tidak dapat menampung banduan-banduan yang suka buat kerja tak senonoh tu.

Wartawan 2:     Saya ingin mengubah tajuk perbincangan saya mengenai skandal terbaru di dalam UMNO iaitu mengenai menteri besar Selangor sehingga memaksa beliau meletakkan jawatannya.  Adakah Dato' Seri bersetuju jika menteri besar tersebut mengadakan ujian DNA bagi membersihkan namanya?

Mahathir:          Tidak baik menuduh orang tanpa bukti yang kukuh.  Dalam Islam kita ada kaedah kita sendiri iaitu kita perlu ada empat orang saksi yang adil untuk menentukan seseorang itu benar-benar melakukan sesuatu perkara yang sumbang.  Mana boleh kita menuduh sembarangan atau membawa, apa nama, tilam sebagai bukti.  Kalau mahkamah kangaroo lainlah.  Lagi pula kita ada mahkamah syariah untuk menyelesaikan masalah ini.  Dalam hal mengenai orang Islam biarlah mahkamah ini yang menguruskannya.  Tak payah nak buat ujian DNA kerana zaman nabi mana ada ujian sedemikian.  Saya difahamkan bahawa perletakan jawatan menteri besar tersebut adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.  Saya bersetuju dengan alasan tersebut.  Saya nak tanya, bagaimana kita boleh memerintah jika kesihatan kita tidak mengizinkan?  Lihat saya, walaupun umur dah menjangkau 75 tahun masih lagi sihat wal'afiat berkat doa dari rakyat semua.  Syukur kepada tuhan.

Wartawan 2:     Dato' Seri, baru-baru ini media tempatan menggembar-gemburkan semula "Amanat Haji Hadi" sedangkan perkara tersebut telah lama berlaku.  Apa komen Dato' Seri?

Mahathir:          Saya rasa tidak ada apa yang salahnya dalam amanat tersebut.  Ini semuanya kerja timbalan saya yang suka menyusahkan saya membangkitkan isu remeh temeh ini.  Saya akan memberi amaran kepada beliau supaya tidak lagi membangkitkan isu tersebut kalau tidak saya akan membongkarkan skandal seksnya dengan Mokhtar Dugong.  Saya ada bukti yang kukuh mengenai perkara ini.

Wartawan 3:     Dato' Seri, baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa rampasan senjata di Sauk.  Apakah perkembangan terkini mengenai mereka-mereka yang terlibat dan apakah perasaan Dato' Seri mengenai tohmahan pihak pembangkang yang mengatakan ini adalah sandiwara UMNO?

Mahathir:          Saya sungguh kesal dengan peristiwa ala rambo ini.  Bagi saya mereka ini mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita filem dari barat. Oleh itu, saya akan mengarahkan menteri penerangan saya mengharamkan sebarang filem dari barat yang boleh mempengaruhi rakyat terutamanya muda-mudi kita.  Bagi menggantikan filem-filem tersebut, kini Kerajaan sedang mengimport banyak filem-filem Bollywood dan filem-filem Hong Kong.  Kita juga akan menggalakkan pengimportan filem-filem lucah kerana filem-filem ini kita dapati tidak membahayakan kita.  Mengenai mereka yang ditahan, saya memberi jaminan bahawa mereka selamat dan dijaga lebih dari banduan-banduan biasa.  Makanan mereka pun sangat istimewa melebihi apa yang mereka dapati di luar. Semalam kita berjaya menangkap seorang lagi anggota, apa nama, Al-Maunah tersebut ketika dia cuba menembak saya dari belakang di mahligai saya di Putra Jaya.  Nasib baik saya sedar dan menepis senjata beliau dan kami bergelut selama satu jam sebelum saya melepaskan penumbuk sulung saya ke mukanya.  Dia pengsan dan saya terus menelefon polis untuk menangkapnya.  Cuba lihat, adakah ini sandiwara?

Wartawan 4:     Dato' Seri, semenjak kebelakangan ini banyak peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dan saya rasa sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan Dato' Seri.

Mahathir:          Saya sangat tidak bersetuju dengan awak.  Awak dari surat khabar mana?  Lepas ni suruh ketua awak jumpa saya segera.  Bagi menjawab persoalan tersebut, saya mahu awak semua melihat sendiri keadaan saya.  Saya masih sihat dan bertenaga.  Sebenarnya umur saya semakin bertambah dari hari kehari dan doktor peribadi saya menjangkakan saya boleh hidup sehingga tahun 2020.  Kalau Fir'aun boleh hidup sehingga beratus-ratus tahun, mengapa saya tidak.  Peristiwa-peristiwa yang berlaku sebenarnya menjadi saya bertambah matang dan saya bersedia menghadapi seribu satu macam peristiwa lagi.  Hanya yang saya risaukan adalah jika malaikat maut datang menjemput saya secara tiba-tiba.  Saya khuatir tiada siapa yang akan hadir menziarah saya ketika itu dan menjadi bertambah menyedihkan saya adalah tiada siapa yang saya rasa layak untuk menguruskan jenazah saya kerana saya amat tidak mempercayai ulama-ulama saya yang kaki mengampu seperti Astora Jamban,  Hamid Kurma, Ucop Noor dan General Zainal Sauk.  Apalah akan jadi pada diri saya pada masa tu.  Saya harap pada ketika itu, ustaz-ustaz PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Fadhil Nor dan Uztaz Mat Sabu sudi melupakan persengketaan kita dan mengimamkan jenazah saya amin.   Uhuk....uhuk....uhuk....………………………………………...

Sesi soaljawab terpaksa dihentikan kerana melayan perasaan sedih "budak tua" Mahathir Mamakutty" dan akan bersambung di lain masa.    

Lawan Tetap Lawan Sehingga Syahid 

Bomohdin

Nota webmaster:
Ini memerlukan kita memikirkannya dengan mendalam

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia