Ramai reformasi mungkin bertanya apakah yang mereka perjuangkan memandangkan hasilnya nampak sia-sia. DSAI masih terpenjara, penjahat-penjahat seperti
Maha Firaun tetap berkuasa dan mengganas. Sampai ada reformasi sanggup mengatakan
bahawa pemimpin reformasi hanya berceramah sana-sini tapi habok pun takde. Nak
sabar sampai bila?
Pada pendapat saya, memperjuangkan reformasi mempunyai pelbagai peringkat dan
pendekatan. Adalah baik jika PAS dan pemimpin Barisan Keadilan mengambil jalan
undang-undang kerana Maha Firaun hanya menanti kesilapan mereka untuk menangkap
atau mengharamkan mereka. Dalam sudut ini, tindakan PAS dan pemimpin seperti
Ezam harus disanjungi sebagai obor menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
Reformasi perlu memikirkan strategi masa panjang dan dalam hal ini perlulah
bersabar kerana ianya masih relevan. Tunggulah pilihanraya yang satu lagi dan
satu lagi. Insya Allah keadilan akan berjaya di Parlimen dan negara amnya. Dalam
pada itu, sebarkan maklumat dan berilah pendidikan sebaik-baiknya kepada rakyat.
Bukukan dengan cepat-cepatnya segala kemungkaran dan kejahatan Maha Firaun khususnya dan kejahatan BN amnya.
Yang menghairankan saya ialah bagaimana masih ada orang-orang melayu yang masih
mahu bersekutu dengan UMNO dan mempertahankan kuasa UMNO sedangkan UMNO bukanlah
pejuang sejati untuk bangsa Melayu malahan memperlekehkan agama dan adat resam
orang Melayu. Walau bagaimanapun, itu hak dan pilihan mereka – salah mak
bapaknya jugakan sehingga anak mereka pun tak dapat mereka didik dan
reformasikan.
Saya yang memiliki isteri dan anak-anak yang masih kecil memahami betapa
sukarnya untuk pergi berdemonstrasi dan bergusti dengan anjing-anjing (polis) Maha Firaun. Untuk saya (bukan untuk orang lain) risikonya lebih dari kesannya.
Itu tidak bermakna saya menentang bahkan menyokongnya. Sumbangan saya sebagai
kakitangan kerajaan A ialah dengan menyebarkan maklumat secara berhati-hati dan
memberi derma ke arah perjuangan ini dan menunggu pilihanraya. Saya, isteri saya
akan mengundi Barisan keadilan (anak-anak saya masih kecil tapi tidak ada masalah untuk saya mendidik mereka mana yang betul dan bathil bahawa UMNO
adalah parti syaitan).
Bagaimanapun, seperti saya telah katakan., perjuangan mempunyai pelbagai
pendekatan dan peringkat. Kalau dilihat, perjuangan menentang ketidakadilan
selalunya berjaya sekiranya mahasiswa seluruh negara bangun menentang dan
mendesak keadilan (reformasi). Bapa-bapa dan emak-emak sepatutnya memberikan
lampu hijau kepada mereka tanpa mengira risiko dan berada anaknya bukan di belakang. Galakkan mereka
berdemonstrasi dan biarlah polis menangkap mereka
beramai-ramai, itu pun kalau ada tempat nak sumbat, sampai polis dan Maha Firaun bosan. Jangan lari bila polis kejar dan jangan melawan kalau polis tangkap.
Tanya sebab apa dia ditangkap – seperti yang ditetapkan dalam Kanun acara
jenayah. Tapi kalau Polis pukul atau tak beri sebab kenapa ditangkap maka lawan
balik, biar sama-sama luka. Ini publisiti berkesan untuk reformasi. Biar di
gantung atau dipecat dari universiti – apa nak dirugikan sebab mak-bapa
boleh tanggung. Bila UMNO dan BN dah tumbang boleh masuk universiti balik.
Ingat., dulu DSAI juga `pemberontak’ (masuk ISA) – tapi jadi juga
TPM. Kalau anak saya sudah besar, saya akan suruh dia berdemonstrasi, kalau
polis nak masukkan nya dalam penjara , nak kasi makan minum di dalam apa
salahnya. Pengalaman anak lelakikan sementara masih bujang. Masalahnya kalau
dia saja masuk seorang, memanglah takde kesan, kena lah masuk ramai-ramai.
Perjuangan ini mak-bapa semua kena faham. Mak-bapa tak boleh pentingkan diri
sendiri – salah, pentingkan anak-anak sendiri saja. Saya syorkan
mahasia-siswa yang masih bujang (mak bapa mesti berikan lampu hijau) hantar
memorandum pada Agung beramai-ramai tangkap dan siasat Mahathir dan duduk tengah lebuh raya
di depan Istana (biar traffic jam). Semua jangan berganjak dan biarlah polis tangkap semuanya. Kalau tidak usah bicara tentang perjuangan dan
reformasi, sebab habok pun takde.
Mahasiswa kita pengecut sebab mak bapa mereka juga pengecut – betul juga
kata cucu Datuk Bahaman. Pada saya mak bapalah yang telah membiarkan orang
seperti Datuk Maharajalela dan DSAI teraniaya. Bangunlah dan sedarkanlah
mak-bapa mahasiswa. Insya Allah, perjuangan akan mudah selepas itu.
Jinbravo