BAHAGIAN 2 LANJUTAN TULISAN SAUDARA HC: TAMAN MELEWAR
DICABUL: PAS RILEKS
Berhubung
dengan penaklukan Markas PAS di Taman Melewar, sehingga hari ini tiada langsung
bantahan rasmi dari mana-mana pemimpin PAS walaupun PAS gah dalam membuat sebarang
bantahan. Adakah majlis yang dianjurkan oleh pihak parti KeADILan, maka PAS tidak
berhak untuk masuk campur, walaupun diadakan di rumah sendiri? Kenapa dua malam
sebelum itu saudara Mahfuz Omar bersemangat sekali untuk bersama-sama dengan Barisan
Pemuda Alternatif bagi menjatuhkan Mahadead dalam masa 15 bulan (Kempen Anwar 15)?
Kenapa parti KeADILan di 'aniaya' tetapi tidak mendapat pertolongan dari PAS? Kenapa
parti PAS tidak mengotakan kata-kata 'bersama-sama menentang kezaliman dan menegakkan
kebenaran' yang sering dilaungkan di pentas-pentas ceramah?. Mungkin erti
'bersama-sama' bagi PAS adalah hanya sekadar berceramah bersama-sama tapi apabila ke
gelanggang KeADILan berjuang bersendirian. Apakah sindrom 'hanya suka berceramah' pada
parti PAS itu masih relevan dalam senario politik yang semakin menekan dan sempit?
Kita masih tertanya-tanya di manakah kedudukan
parti PAS sebenarnya berhubung dengan isu saudara Anwar Ibrahim? Adakah hanya untuk
menangguk di air keruh lagi? Apabila saudara Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman 9 tahun
penjara pada 8 Ogos lalu, hampir semua pemimpin PAS berkokok....'sistem
kehakiman yang korup'....'matinya sistem perundangan yang adil'...dan sebagainya.
Bantahan demi bantahan dibuat. Terlalu pantas PAS membuat kenyataan seiring dengan
bantahan-bantahan yang di buat oleh pihak lain. Malahan pula, apabila KeADILan
mengisytiharkan 'perang' dengan keputusan hakim, PAS juga masih nampak seiringan
dengan pihak-pihak lain. Sehinggalah program-program di atur untuk menggerakkan rakyat
membantah sistem kehakiman yang korup.....tetapi, di manakah saudara Mahfuz Omar?
Terbukti pada hari Jumaat 11 Ogos di Masjid
Negara dan 13 Ogos di Penjara Sg. Buloh, tidak nampak kelibat pemimpin-pemimpin dari
Dewan Pemuda PAS...apatah lagi saudara Mahfuz Omar!!
Apakah 'bersama menegakkan kebenaran dan
menentang kezaliman' hanya sandiwara PAS? Adakah PAS sudah rasa mencukupi apabila
hanya menyertai menghantar memorandum kepada SUHAKAM pada 12 Ogos yang lalu? Kalau
hanya itu sumbangan PAS sejak kempen 'Anwar 15' dilancarkan, saya tidak pasti apakah
PAS ikhlas dalam perjuangan ini.
Kalau di buat analisis, PAS tidak perlu turun ke
padang untuk menjuarai isu saudara Anwar Ibrahim kerana PAS memang tahu, rakyat Melayu
yang beragama Islam akan menyokong mereka. Tetapi PAS perlu ada maruah diri,
jangan sampai di labelkan sebagai parti 'ambil kesempatan'. Apa yang telah berlaku dan
sedang berlaku sekarang, sememangnya PAS tidak ikhlas bersama-sama KeADILan berjuang
menentang kezaliman Mahadead. Rakyat sedang memerhatikan gelagat PAS dalam banyak
isu dan keadaan.
PAS sebagai parti yang terbesar dalam Barisan
Alternatif seharusnya jangan terlalu ego dan mendabik dada tetapi sering bekerjasama
dengan lain-lain parti komponen. Rakyat Malaysia telah mengamanahkan kepada parti PAS
untuk menerajui pakatan ini. Sepatutnya, sebagai ketua dan abang kepada parti-parti
lain, PAS mesti lebih pro-aktif, berani, ofensif dan berkemampuan memimpin.
Sepatutnya, PAS perlu menerajui kempen 'Anwar 15' kerana isu saudara Anwar Ibrahim adalah isu nasional bukan hanya isu peribadi. Malahan pula PAS perlu
menunjukkan bahawa mereka menghargai segala apa yang mereka perolehi dari isu saudara An*/war Ibrahim.
Dengan sikap mendiamkan diri pemimpin PAS
terhadap pencabulan Markas PAS di Melewar, hanya kerana parti KeADILan menganjurkan
ceramah tersebut, sedikit sebanyak telah mengiyakan tanggapan saya selama ini terhadap PAS
setelah saudara Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet pada 2 Sept 1998. Masih
terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana di awal pemecatan dahulu, ada pemimpin PAS
yang pernah memanggil 'Anwar B****t' di dalam ceramah mereka. Allahualam....
Saya ingin menyatakan bahawa pandangan saya dan
saudara HC adalah ikhlas dan bukannya untuk memprovok mana-mana pihak. Cuma sebagai salah
seorang rakyat yang cinta kan perjuangan ini, PAS semestinya 'bukan hanya perlu IKHLAS
tetapi mesti nampak IKHLAS.' Peranan yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk
memimpin Barisan Alternatif seharusnya dinobat dan dipikul dengan rasa penuh tanggungjawab. Bekerjasama
lah sesama rakan perjuangan, kerana perjuangan ini perlu di
teruskan dan saf perlu dirapatkan untuk mencapai kemenangan.
Salam Reformasi......Lawan Tetap Lawan.
Ucopdemo