MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

HUKUMAN UNTUK  ANWAR, KEHAKIMAN DAN POLIS   

Setelah Perbicaraan yang agak panjang, maka akhirnya DSAI telahpun dijatuhi  hukuman yang seperti dikehendaki Perdana Menteri-Diktator Tua Mahathir A/L  Iscander Kutty. Sememangnya pun kita boleh baca arah tuju perbicaraan,  bila mana apa saja yang dihujahkan peguambela tidak dilayan .Ertinya  perbicaraan itu hanyalah untuk memenuhi ciri-ciri atau untuk membuktikan  yang kita mendokong Rukun negara- KELUHURAN DAN KEDAULATAN  UNDANG-UNDANG. Walhal, Si Diktator itu hanyalah mahu DSAI dipenjarakan  selama yang mungkin- maka bolehlah dia bebas lepas untuk menjalankan  kerja-kerja jahatnya dalam kapasiti seorang Perdana Menteri  dalam memperkayakan kaum kerabat dan kroni.  

Sebenarnya sepanjang tempoh kejadian ini, Sang Dr (disebut diktator)  bertujuan untuk menunjukkan akan kekuasaan mutlaknya dalam negara kita. Tetapi  dalam masa yang sama ia bersilap mata seolah-olah segala perjalanan mahkamah  itu bebas dan saksama. Dia akan tanpa segan-silu membuktikan mahkamah kita  bebas dengan merujuk kepada kes-kes seperti Mokhtar Hashim, Dato' Harun Idris dan  lain-lain. Kita harus faham dan mengambil tahu bagaimana sistem kehakiman  berjalan. Terlalu banyak perubahan yang telah berlaku selepas tragedi  Tribunal Tun Salleh Abas. Bagaimana Dr (disebut diktator) tua itu telah  menggantikan Yang Arif Hakim dengan Beruk-beruk belaan yang memakai topeng  manusia berupa Arifin Joker dan Angguksetia Paul dalam mahkamah yang hina  itu. 

Lihatlah bagaimana beruk bertopeng ini merosakkan profesion dan  mencarikkoyakkan maruah mereka sendiri dengan cara bersekongkol dan  melunaskan impian dan hajat diktator tua itu. Untuk memudahkan kerja-kerja  jahatnya dia akan mengangkat makhluk-makhluk bangsat ini memegang  jawatan-jawatan tinggi seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan  sebagainya. Maka terjadilah seperti apa yang telah menimpa DSAI khasnya dan rakyat jelata secara umum. Dalam perbicaraan DSAI, yang dibicarakan ialah proses perundangan itu sendiri dan juga Yang Arif. Ternyata Arifin Joker tanpa ada keraguan mengesahkan kepada umum dan seluruh isi alam bahawa dirinya yang sebenar-benar adalah seekor BERUK belaan Mahathir a/l Iscander Kutty. Rakyat yang tidak berkelulusan undang-undang pun tahu akan kebodohan dan kehodohan perbicaraan DSAI.  

Demi mengukuhkan lagi cengkaman ke atas rakyat maka Diktator tua ini  menunggang dan meliwat pula institusi Polis. Maka muncullah nama-nama yang menjijikkan seperti Bapa Anjing Rahim No, SAC 1 Musang Hassan, Redzuan, Hanif Omar dan rakan-rakan sekutu yang mengotorkan institusi ini. Golongan keparat seperti inilah yang menyebabkan Sang Dr (Diktator) itu terus bermaharajalela ke atas rakyat jelata dan seterusnya perbendaharaan negara kita ini. Dari tahap yang amat disanjungi rakyat oleh jasa pegawai-pegawai  yang terdahulu, kini ianya jatuh ke tahap yang hina dan meloyakan. Ini di cermin kan oleh gelaran-gelaran yang dilemparkan kepada mereka seperti Siput Babi, Belatuk Merah, Anjing dsbnya. Secara rasionalnya, jangan marahkan rakyat atas gelaran sebegitu. Gelaran yang diberi tentulah bersebab-kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang! 

Dari tinjauan rambang dan pengakuan polis sendiri mengesahkan akan adanya perlakuan buruk dan amalan keji mereka. Bahkan dikatakan inilah golongan majoriti dalam perkhidmatan polis. Fakta ini telah disahkan oleh kajian tentang rasuah oleh BPR sendiri. Hasilnya...... Polis mengungguli tempat pertama . Lalu bagaimana mungkin kita mengharapkan keselamatan kita terjamin. Bolehkah pegawai yang bergelumang dengan rasuah membenteras sesuatu yang memang sudah mendarahdaging sekian lama. Sedangkan kita, rakyat pembayar cukai inilah yang mengongkosi dan menanggung pembiayaan mereka. Hatta jika rakyat menuntut hak mereka, nescaya yang ada pada batang tubuh mereka hanyalah- seluar dalam!!!!! 

Kita merasa hairan dan anih akan sikap polis yang sanggup menghambat dan mencederakan rakyat yang tidak melakukan apa-apa jenayah. Hak berkumpul adalah hak asasi yang termaktub dalam perlembagaan. MENGAPA tidak mereka tangkap saja Diktator yang seekor itu ???. Jika pemikiran mereka terlalu dangkal... nah, dengar dan telitikanlah apa yang diluahkan dan dirintihkan oleh rakyat/reformis yang rata-ratanya ternyata lebih tinggi tahap akademi dan pemikiran mereka. Janganlah terus-terusan menyuap anak bini dengan sumpahan dan seranah rakyat. Akuilah bahawa tahap penggunaan akal kamu begitu terhad sekali. Kamu dulu dilatih di PULAPOL dan ditanam keyakinan diri untuk mudah berhadapan dengan masyarakat dalam menjalankan tugas. Bukan dilatih untuk menjadi sombong semacam. Jangan jadikan diri anda seperti kupang tembaga- tak bernilai langsung dalam masyarakat apabila telah pencen/berhenti.

Akhir kata, hukuman ke atas DSAI ini sebenarnya telah menyedarkan lebih ramai rakyat akan makna ketidakadilan dan betapa perlunya kita membuat perubahan demi kesejahteraan generasi hadapan.

Sekian, 

Dr (bukan diktator)  

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia