Cadangan buat para reformis
Terlebih
dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan ini tidak tersusun bahasanya, kerana saya
bukanlah seorang penulis.
Sebagaimana kita semua maklum bahawa kerajaan pimpinan
Mahathir tidak akan sekali-sekali membenarkan perhimpunan kepada para reformis untuk
melaungkan slogan reformasi, undur Mahathir-undur, hancur BN-hancur dikhalayak ramai.
Sebagaimana
semua reformis tahu pada 31 Ogos ini adalah hari kebangsaan negara yang tentunya akan
disambut dengan besar-besaran (yang biasanya diadakan di stadium bukit Jalil). Untuk
menyambut hari kebangsaan ini, biasanya kerajaan akan menganjurkan satu perhimpunan
besar-besaran. Perhimpunan ini akan dihadiri oleh Mahathir sendiri, para menterinya, dan
juga jemputan diplomat asing, disamping rakyat jelata dan pelancung asing. Upacara ini
juga biasanya akan disiarkan secara langsung di radio dan juga TV.
Oleh itu para
reformis boleh mengambil kesempatan ini dengan menghadiri perhimpunan ini, dan di masa
itu kita semua laungkan slogan-slogan yang sepatutnya di depan Mahathir sendiri.
Saya
cadangkan, untuk melaksanakan rancangan ini, segala agenda perjalanan rancangan ini
hendaklah dibuat seperti berikut:
- Pada hari upacara tersebut, para reformis
hendaklah masuk duduk berkumpul secara kumpulan kecil di antara 5-10 orang di celah-celah
penonton yang lain. Ini untuk menjadikan setiap 100-200 penonton mesti ada
sekurang-kurangnya 50 orang reformis yang duduk berkumpul dalam kumpulan kecil sebanyak
5 atau 10 kumpulan.
- Setiap reformis perlu menyediakan satu tanda pengenalan
seperti riben putih, dan hanya perlu disemat atau dipakai setelah masuk ke dalam stadium
dan pada satu waktu yang perlu ditetapkan (misalnya 10 minit setelah upacara sambutan
telah berjalan).
- Para reformis tidak perlu membawa sebarang kain rentang atau
sepanduk, tetapi perlu membawa skrip slogan-slogan yang perlu dilaungkan semasa upacara
sedang berjalan. Dicadangkan skrip slogan-slogan yang perlu dilaungkan ialah;
“Reformasi”, “Allahuakbar”, “Undur Mahathir Undur”, “Hancur UMNO-BN
Hancur”, “Mahathir Zalim”, “Mahathir Kejam”, “Mahathir berhati haiwan”,
“Selamatkan Malaysia”.
- Biasanya sebelum hari sambutan sebenar, akan
diadakan satu raptai untuk upacara-upacara yang akan dijalan pada hari sambutan. Pada
hari raptai ini, reformis hendaklah sebolehnya mengikuti raptai ini dan mencatatkan perjalanan
upacara-upacara yang akan dijalankan. Catatkan apakah upacara pertama, kedua
dan seterusnya dan setiap upacara mengambil masa berapa lama juga hendaklah dicatatkan.
- Setelah kita mengetahui perjalanan upacara sambutan secara terperinci, reformis yang
mengikuti raptai ini, hendaklah membuat perancangan bila masa yang sesuai untuk
melaungkan slogan-slogan reformasi yang sesuai, misalnya pada upacara lintas hormat
kumpulan pertama, kita laungkan reformasi dan seterusnya.
- Rancangan terperinci
ini hendaklah disebarkan melalui internet paling awal dua hari sebelum hari sambutan
(ini termasuk skrip slogan yang perlu dilaungkan).
- Kepada semua laman web pro
reformasi bolehlah membuat iklan secara meluas tentang rancangan ini.
Cubalah
anda bayangkan, jika selama ini Mahathir hanya mendengar laungan “undur Mahathir undur” hanya melalui laporan polis, tetapi kali ini beliau mendengar sendiri dengan
telinga sendiri dan di depan matanya sendiri dengan disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia
melalui TV dan juga oleh pelancong asing dan para diplomat jemputan - apakah
agaknya yang terjadi kepadanya. Mungkin beliau boleh terus gila atau pengsan atau koma
atau meracau sepei orang demam panas yang terlalu panas hingga tidak tertahan.
Walaupun
tindakan ini akan juga memalukan negara di mata dunia kerana reformis menggunakan upacara
rasmi negara untuk berdemonstrasi, tetapi pada pendapat saya hanya inilah sahaja peluang
yang masih ada untuk kita melepaskan rasa tidak puas hati kita kepada pemimpin yang
zalim seperti Mahathir.
Ini hanyalah cadangan saya untuk difikirkan bersama, dan
jika para reformis merasakan elok dilaksanakan bolehlah dirancang dan dilaksanakan. Jika
ianya tidak elok, tidaklah perlu dilaksanakan.
Sekian.
Awang2000.
Nota
webmaster: Harap-harap kepimpinan BA meneliti perkara ini ...
|