MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KEUTUHAN SEMANGAT JIHAD

Saya merasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat setelah membaca beberapa maklumat di dalam laman web pro reformasi. Kedapatan terlalu banyak penulis berwibawa tidak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menarik minat semua golongan rakyat membaca maklumat berkenaan. Sepatutnya kita perlu memikirkan cara terbaik untuk menyebarluaskan maklumat berkait dengan bahasa yang lebih sopan kerana orang Melayu Islam majoritinya berjiwa lembut serta pemaaf.

Oleh itu, kita mestilah menghindarkan diri dari terjebak menggunakan bahasa-bahasa yang boleh menjauhkan rasa simpati kepada perjuangan ini.

Saya sangat setuju kita perlu menanamkan perasaan ingin berjihad ini dengan penuh semangat, tetapi mestilah menolak kebiadapan berhujah. Jangan mencaci peribadi seseorang dengan keterlaluan kerana ia boleh mengundang rasa mual serta benci (meluat). Kita perlu menggunakan bahasa yang boleh melahirkan simpati.

Gunakan hikmah supaya yang dijalankan mendapat redha Allah.

Marilah sama-sama berdoa agar perjuangan ini tidak berhenti separuh jalan. Jangan jadi sebahagian manusia yang berjuang hanya untuk kepentingan sendiri semata-mata.

Salam takzim dari:-
Pencinta Islam Sejati (PIS)

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia