MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Suara Rakyat Suara Keramat!!' .......masih terngiang-ngiang lagi suara DSAI melaungkan slogan ini satu masa dahulu. Saya amat bersetuju sekali dan saya kira rakan-rakan reformis jalanan juga sedemikian. Atas sebab itulah
mereka ini tidak jemu-jemu berdemonstrasi walaupun terdapat pandangan-pandangan negatif dari beberapa kerat manusia yang hanya pandai bercakap dan memberi pandangan tetapi tidak berani turun dan 'come in
action'!.

Saya setuju dengan pandangan yang mengatakan terdapat berbagai-bagai cara untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak berkuasa. Terpulanglah kepda rakyat sendiri untuk memilih cara bagaimana
yang mereka mampu melakukannya. Seperti kata penulis 'Bertindaklah Semampunya', memberikan pandangan-pangdangannya yang bernas, cara-cara sedemikian tidak terbatas dan sesungguhnya mampu dilakukan oleh semua rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, ianya masih tidak memadai dan tidak cukup 'vokal' untuk memperlihatkan kepada kerajaan betapa seriusnya rakyat ingin membuat perubahan. Lantaran itu demostrasi oleh reformis-reformis jalanan ini telah membuka satu lagi jalan kepada rakyat untuk meluahkan
hasrat mereka secara lebih 'vokal'.

Cara ini saya lihat boleh menarik lebih ramai golongan muda / pelajar menyertai misi kita. Anak-anak muda inilah sebenarnya yang boleh menyemarakkan lagi semangat perjuanangan di kalangan rakyat melalui kreativiti-kreativiti dan idea-idea mereka.

Sebagai contohnya semasa perhimpunan aman 8/8/2000 tempoh hari, dicelah-celah pidato pemimpin-pemimpin reformis terselit pula persembahan teater dan sajak oleh golongan muda / pelajar. Ini amat tidak diduga dan
merupakan sesuatu yang baru. Jelas sekali ianya mendapat sambutan hangat yang spontan dari kami semua. Nyanyian-nyanyian 'Suara Rakyat' dan sebagainya itu usahlah dilihat sebagai kebudak-budakan dan membuang masa. 

Kepelbagaian yang demikian sesungguhnya telah menarik ramai orang di sekeliling untuk turut berhimpun dan secara tidak langsung  mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh pemimpin -pemimpin reformis. Tidakkah ini semua turut menyumbang dan memberi kesan kepada perjuangan kita? Saya kira tidak mustahil kemenangan rakyat Indonesia yang dipelopori oleh golongan muda / pelajar itu turut dimiliki oleh kita semua melalui jalan yang hampir serupa. Sepatutnya kita janganlah terlalu ghairah di dalam memberikan pandangan sehingga meng'condemn' inisiatif orang lain. Ingatlah....niat dan azam kita sama! 

Oleh itu saya seru kepada sesiapa yang 'berkemampuan' sertailah reformis-reformis jalanan ini. Janganlah padamkan semangat dan pengorbanan yang hanya mereka faham dan menanggungnya sendiri. Mereka
mungkin tidak berkemampuan untuk menawarkan wang ringgit tetapi pengorbanan dan keberanian mereka lebih mengatasi segalanya! Saya percaya sekiranya lenyap golongan-golongan reformis jalanan ini maka malaplah juga perjuangan kita. Cara penulis 'Bertindaklah Semampunya' dan cara reformis-reformis jalanan ini sekiranya dapat berjalan segandingan pasti akan merealisasikan impian kita semua.

Satu lagi saya lihat bilangan orang yang menyertai perhimpunan sekarang nampaknya tidak begitu memberansangkan. Usah gusar wahai reformis sekalian. Cadangan saya biarlah semua pihak dapat berganding bahu di dalam mnganjurkan satu demonstarsi / perhimpunan aman. Sekarang kita lihat terdapat berbagai-bagai kumpulan / pihak yang mengadakan perhimpunan pada tarikh , tempat dan masa yang berbeza. Ini menyukarkan kami, khasnya yang jauh di utara ini, untuk kerap turun menyertai kalian di sana. Mungkin pihak-pihak yang terlibat ini mempunyai sebab-sebab tertentu untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun saya seru agar semua pihak dapat membuang sebarang pebezaan di antara mereka dan fikirkan tekad dan tujuan kita yang sanya satu itu. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh! 

Apa kata satu tarikh, tempat dan masa ditetapkan dan pihak pelajar, KeADILAan, NGO, PAS, DAP, PRM bersama-sama duduk berbincang menyusun strategi untuk melaksanakan demo/ perhimpunan kali ini. Ini sekurang-kurangnya dapat menghimpun lebih ramai rakyat di dalam satu masa dan dapat menunjukkan sokongan rakyat kepada perjuangan kita semua. 

Ingat........lebih ramai rakyat..........lebih banyak suara.......dan lebih kuat suara rakyat...... kerana.......'SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT'!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

p/s  Kepada pihak pelajar, jangan putus asa sekiranya perancangan kalian
seperti tidak mendapat sambutan. Kami tetap yakin kepada 'STUDENT POWER'!


Kak Id 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia