MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

BA LEMBIK?

Tulisan Fathi Aris di Malaysiakini sedikit banyak mengusik minda dan kalbu yang beku. Sama ada tulisan itu untuk menyedarkan yang masih mengelamun atau sebagai satu "push" adalah sesuatu yang patut di ambil perhatian.

Rata-rata kenyataan demi kenyataan mengutuk telah di keluarkan oleh parti-parti komponen BA (dah bersatu kah?). Kalau di lihat pada PAS, sememangnya PAS banyak bersabar....Harakah di "bungkus" sebegitu rupa pun
di "sabarkan" dengan satu demonstrasi dan sembahyang hajat. Sekarang isu Anwar pula...Kalau nak di kira fikiran logik, sememangnya isu ini amat baik untuk bangun menuntut keadilan.  Ezam sudah ke sana ke mari merancang bagi pihak Keadilan....namun yang lainnya masih "bersabar".

Memang kita fahami bahawa BA tidak merestui sebarang bentuk keganasan. Dan hanya menunggu untuk memenangi pilihanraya 11 akan datang. Hmm....apakah kita asyik bermimpi di siang hari? Jikalau pilihanraya 10 telah diranapkan oleh BN dengan segala tipu daya UNDI HANTU, UGUT, RASUAH PENGUNDI... pilihanraya 11 akan muncul dengan sepuluh kali ganda tipu daya tersebut.  Boleh lah di ramal bahawa jika kita terus bersabar dengan segala penekanan, mungkin BA akan dapat menguasai satu lagi negeri, tetapi
BN pastinya masih menang ...di menangkan oleh kaum yang takutkan rusuhan,
takutkan ketidakpastian.

Persoalannya.....
Jika BA menunggu 2004....adakah kita biarkan ANWAR di mahligai Sungai buloh sehingga BA menang?

BA harus lebih agresif dalam menyahut ketidakadilan yang sudah sampai ke tahap yang menjijikkan (apa tak jijiknya.....skandal demi skandal telah keluar...). BA harus terus mengajak rakyat memboikot BN ......perkara yang menjadi hidup mati BN harus di cari dan di boikot satu persatu. Jika BA masih dengan "statement" demi "statement" atau laporan polis (dah lah POLIS tu sendiri yang jahanam), takut pula nanti rakyat akan bertukar
sikap dari..."biarkan lah depa buat ...." kepada "kita tak boleh buat apa dah...undi BN saja lah"

ATAU MUNGKIN KAH BA SEDANG MERANCANG BAGAIMANA UNTUK MEMBEBASKAN ANWAR SEKARANG INI??? ALLAH SAJA YANG TAHU.

DAMAK

Nota webmaster:
Saudara Damak, saudara patut baca komen saya dalam penulisan Menanti Nafiri Jihad tulisan Bomohdin

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia