MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

LANJUTAN PENULISAN HC (TAMAN MELEWAR DICABUL: PAS RILEKS LAGI)

 
Terpanggil saya untuk mengulas tulisan yang telah disiarkan di sini pada Ogos 12 2000 bertajuk Taman Melewar Di Cabul : PAS Rileks Lagi tulisan Sdr. HC.
 
Secara ikhlas, saya ingin mengucapkan syabas kepada Sdr. HC kerana mengutarakan satu pandangan dari dimensi yang berbeza. Juga secara ringkas, saya setuju dengan pandangan saudara.
 
Luahan pandangan dari Sdr. HC sepatutnya penting untuk kita amati dan halusi dengan pandangan yang positif. Sdr. HC telah menyatakan sesuatu yang mungkin pada pandangan ramai bahawa ia nya seolah olah berbentuk 'provokasi'. Tetapi, secara teliti ianya berbentuk 'mengenal diri sendiri'.
 
Dengan berlakunya penaklukan pihak polis sehingga ke 'tangga' Markas PAS, ini bermakna pihak polis telah berani mencabul 'rumah' PAS sendiri. Seandainya rumah kita diceroboh, semestinya kita cuba untuk mempertahankan hak kita. Kita sepatutnya mempunyai hak ke atas rumah kita dan semua tetamu yang tidak diundang kita ada hak untuk menghalaunya. Ini baru terjadi kepada 'rumah' kita, tetapi besar kemungkinan lambat laun, 'anak isteri' kita pula dirogolnya. Apakah kita yang mempunyai maruah sanggup membiarkan segala yang jijik ini berlaku di depan mata sendiri hanya disebabkan sikap kita sendiri yang defensif?
 
PAS sebagai sebuah parti besar yang serba lengkap dari segi jentera kerja dan berpotensi untuk mengambil alih pemerintahan negara, sepatutnya bersikap lebih ofensif dan berani. Sesuatu yang hak, patut dipertahankan. Apabila Mahadead cuba mengaitkan Al-Ma'unah dengan PAS dan cuba untuk membuang nama ISLAM dari parti PAS, bergemuruh pemimpin PAS istihar 'perang' dengan pihak kerajaan. Tetapi, jikalau benar-benar berlaku, tidak keterlaluan kalau saya andaikan PAS akan berkata, ' tak kisah lah...kita ambil semula ISLAM tu apabila kita memerintah negara ini'. 
 
Telahan yang saya buat berdasarkan pengamatan saya selama PAS wujud sebagai satu parti politik. PAS bergerak secara berhati-hati dan lembab juga ketinggalan dalam arus senario politik negara dan selalu tertipu dengan putar belit politik UMNO. PAS sebenarnya masih gagal untuk bersaing dengan parti UMNO dari segi strategi dan perancangan. PAS seolah olah bergantung kepada nasib dan kesilapan pihak lawan. Seandainya kecacatan pihak lawan tidak dapat dikesan, saya rasa PAS masih lagi di takuk lama.
 
Pemecatan Sdr. Anwar Ibrahim memberi banyak rahmat kepada PAS. PAS tidak boleh menafikan hakikat itu. Telatah Mahadead yang memainkan isu ugama secara logik bodoh beliau, juga menafaatkan PAS. Kelantangan parti KeADILan membongkar salah laku pemimpin negara yang terlibat dalam rasuah dan sebagainya, juga menguntungkan PAS. Seandainya, tiada isu Anwar Ibrahim, tiada KeADILan, tiada kebodohan Mahadead.....tiada lah PAS di tempatnya sekarang ini.
 
PAS seolah-olah hanya 'menerima pemberian' tanpa bersusah payah untuk 'mencari sendiri'.
 
Kita cuba imbas kembali bagaimana PAS sebelum pemecatan Sdr. Anwar Ibrahim. Adakah rakyat sedar akan 'keindahan' parti PAS? Walaupun PAS boleh menafikan dengan menyatakan bahawa ruang media untuk mereka terlalu terhad, tetapi HARAKAH wujud dua kali seminggu sebelum 2 Sept lagi. Apakah bezanya dengan HARAKAH sebelum dan selepas 2 Sept. (sebelum di jadikan 2 kali sebulan)?. Apakah isu isu yang dimuatkan di dalam HARAKAH sebelum 2 Sept adalah isu-isu remeh? Adakah Memali itu isu remeh? Adakah 'Amanat Haji Hadi' itu isu remeh? Dan juga pelik...kenapa isu Perwaja tak sesensasi sekarang? Kenapa isu 'BMF-Scandal' tidak sehangat isu '200 juta Mahligai?'. Di mana silapnya?
 
Yang nyata, PAS seolah olah tidak terlalu sensitif, defensif, berhati-hati dan lembab. PAS tidak sepantas DAP dan KeADILan.
 
Bersambung.......
 

Ucop demo

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia