BENARKAH KITA PENGECUT ? ~ JAWAPAN KEPADA HJ
MOHNAS.
Sebenarnya saya telah dapat menduga bahawa tulisan saya yang bertajuk
“Kita Sebenarnya Masih Pengecut” beberapa hari lepas bakal mengundang respon tertentu dari pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada yang sebaliknya. Bagi saya,
perbezaan pandangan dan fikiran adalah perkara biasa yang akan menyuburkan lagi tahap
kematangan seseorang. Dalam soal kritik mengkritik ini, saya bersikap terbuka dan boleh
menerima apa juga pandangan yang bersifat ilmiah.
Semenjak DSAI disingkirkan dari
kerusi TPM dua tahun lalu, saya adalah antara orang yang terawal ‘berjuang’ di alam
siber ini membela dan mempertahankan beliau dari perbuatan aniaya tersebut. Tujuan saya
adalah untuk memberi kesedaran dan ‘membuka mata’ rakyat melalui penulisan-penulisan
dan maklumat yang saya perolehi. Dilihat dari segi ‘gila’nya saya mempertahankan
Anwar dalam tulisan-tulisan saya selama dua tahun ini, mungkin ramai yang
beranggapan bahawa saya dahulunya adalah bekas ahli UMNo yang kecewa dengan penyingkiran
Anwar. Jangankan bekas ahli UMNo, ‘bau bekas’ nya pun TIDAK terlintas sama sekali untuk saya menciumnya. Dan saya juga bukanlah ahli Parti Keadilan yang terlahir semenjak
Anwar tersingkir !
Hj Mohnas adalah salah seorang yang beranggapan sedemikian
apabila dalam tulisannya, “Benarkah Kita Pengecut ?” semalam yang disiarkan
dalam Tranung Kite dimana pada perenggan ketiga tulisan beliau itu, beliau telah membuat
kesimpulan yang amat cacat terhadap pendirian politik saya. Untuk
pengetahuan Hj Mohnas, saya semenjak remaja belasan tahun lagi, TIDAK PERNAH sama
sekali, jangankan menjadi ahli UMNo, bersimpati sedikit pun TIDAK SAMA SEKALI
terhadap parti puaka itu. Saya meminati politik tanahair seawal usia 12 tahun dan segala
rentetan politik tanahair semenjak Tragedi 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan. Dari
segi umur mungkin saya lebih muda dari Hj Mohnas, tetapi dari segi sensitiviti
politik, saya bukanlah orang yang ‘baru lahir’ ke alam kesedaran.
Seperti
juga dengan Hj Mohnas, saya bukanlah ‘peminat’ Anwar ketika beliau masih berada
dalam UMNo, malah saya antara orang yang amat kecewa apabila Anwar mengambil keputusan
untuk ‘mencuci tong taik dari dalam’ dengan memasuki UMNo pada 1982. Ketika beliau
menjadi pemimpin ABIM saya masih lagi menjadi pengagum beliau, tambahan pula dengan
karisma beliau yang luar biasa itu diharapkan dapat menjadi pemangkin yang amat kukuh
kepada perjuangan Islam di negara ini. Ketika itu, saya percaya kita semua menaruh
harapan yang amat tinggi terhadap Anwar untuk menjadi pemimpin ummat melalui wadah
Islam. Walau bagaimanapun, keputusan beliau memasuki ‘tong taik’ UMNO itu
telah membuatkan saya ‘menyampah’ dengan beliau dan semenjak itu, selama 16 tahun di
dalam ‘tong taik’ UMNO, saya tidak lagi menaruh sebarang ‘minat’ untuk
mengkagumi Anwar.
Malah apabila isu tohmahan seks yang dilemparkan ke atas
Anwar pada 1997 lalu mula kedengaran, saya hampir-hampir mempercayainya kerana sikap
berdiam diri Anwar telah mengundang seribu persoalan yang tidak terjawab. Hinggalah ke
saat akhir selepas beliau dipecat pun saya masih lagi hampir mempercayainya. Cuma
apabila berlakunya beberapa perkara ‘ganjil’ selepas itu barulah saya
mula untuk menolaknya dan menyifatkan bahawa memang ia satu konspirasi jahat Mahathir
semata-mata. Atas sikap untuk membela orang yang teraniaya inilah maka saya telah
membela Anwar habis-habisan dalam tulisan-tulisan saya selama ini.
Saya akui
sebagai seorang ‘academician’ dan bukan ‘politician’, saya tidak dapat bergerak
aktif dalam parti, tetapi samada seseorang itu aktif atau tidak dalam aktiviti parti
bukanlah suatu ukuran mutlak komitmennya terhadap perjuangan menegakkan yang haq. Apa
yang dilalui oleh Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Din dan Dato Hassan Ali adalah suatu
contoh untuk menjelaskan keadaan ini. Dan kita juga telah lihat betapa mereka yang
dahulunya begitu aktif dalam parti, menjadi orang penting dalam parti, tetapi akhirnya
gugur dalam perjuangan. Lihatlah apa yang telah menimpa Nakhaie Ahmad dan Dato Asri Muda
dahulu.
Saya tidak bertujuan untuk ‘bergaduh’ dengan Hj Mohnas berhubung
dengan pandangan saya dalam tulisan saya tersebut walaupun ramai yang bersependapat
dengan saya. Tetapi saya amat marah apabila Hj Mohnas membuat kesimpulan yang amat
cacat terhadap pendirian politik saya dengan beranggapan bahawa saya adalah bekas ahli
UMNo yang keluar selepas Anwar teraniaya. Bagi saya, usahkan menjadi ahli UMNo, mencium
baunya pun sudah terasa mual dan jijik. Apatah lagi dengan UMNo di zaman Si Mamak
Tongkang ini, yang busuknya sudah tidak dapat dibendung-bendung lagi. Insya Allah,
selagi saya waras dan beriman kepada Allah, saya akan pastikan adalah HARAM untuk saya
memasuki UMNo, hatta ‘condong hati’ kepadanya sekalipun ! (Melainkan UMNO sudah
‘memeluk Islam’ ).
Saya berharap agar Hj Mohnas lebih cermat sedikit apabila
mahu membuat kesimpulan terhadap pendirian politik orang seperti saya. Apa yang saya
nampak, Hj Mohnas merupakan ‘orang baru’ dalam penulisan siber ini, yang muncul
sejak beberapa bulan lepas. Takkan apabila saya membuat sedikit teguran dan kritikan
membina terhadap pucuk pimpinan maka mudah sahaja dibuat kesimpulan-kesimpulan yang liar
sebegitu ? Walhal inilah pertama kali saya mengkritik pucuk pimpinan semenjak 20 tahun
dahulu !! Apakah kita mahu menjadi pak angguk sama seperti ahli-ahli parti puaka UMNo
itu ? Sorry, I am not a yes man !!
Cucu Datuk Bahaman
12 Ogos 2000